Seperti yang diketahui umum, Shila Amzah sedang meniti hari bahagianya pada minggu ini. Semalam, selepas waktu Asar dengan sekali lafaz, Shila Amzah sah bergelar isteri kepada cinta hatinya, Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri.
Majlis pernikahan tersebut dimeriahkan dengan kehadiran 400 orang tetamu termasuk ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat pasangan mempelai. Antara rakan selebriti yang hadir ialah Farah Fauzana, Zara Zya dan Jihan Muse.
Dress rona putih rekaan Nurita Harith menjadi pilihan Shila Amzah sempena majlis pernikahannya ini. Gaya yang cukup ringkas serta tidak memerlukan perincian yang sarat tetapi sudah cukup untuk membuat penampilan Shila tampak menawan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa isteri kepada Haris ini kelihatan begitu cantik dan ayu ditambah dengan solekan ringkas yang membuat wajah Shila tampak begitu berseri-seri.
Untuk rekaan pelamin pula, pasangan ini memberi sepenuh kepercayaan kepada ADIdecor & donebyAZMAN untuk menghias pelamin nan indah berkonsepkan bohemian forest garden. Harus diakui bahawa pelamin pasangan mempelai ini kelihatan begitu mewah dengan mainan palet kayu berkualiti tinggi, penggunaan daun-daun fresh dan less flower.
Selain itu, ibu dan bapa Shila Amzah dilihat sedondon memakai baju rona maroon manakala dayang-dayangnya memilih rona merah jambu sebagai warna tema mereka. Satu padanan yang cukup cantik dan menarik.
Pada majlis sebelah malam pula, difahamkan satu majlis telah diadakan sempena meraikan pasangan pengantin baru ini. Shila kelihatan begitu moden dan santai dengan busana rona biru lembut yang direka khas oleh Melinda Looi.
Tidak sabar rasanya untuk melihat persalinan di majlis resepsi Shila Amzah dan Haris Idraki. Hijabista ucapkan tahniah kepada pasangan mempelai. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke Jannah. Amin…
Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.
Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.
Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.
Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.
HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri.
Peti ais atau peti sejuk merupakan peti ‘ajaib’ yang sentiasa kita buka hari-hari apabila lapar. Sentiasa dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan, ia juga kadang kala mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan akibat campuran bau di dalamnya termasuklah bau daripada bahan masakan mentah.
Bagi menghilangkan aroma yang kurang menyenangkan, seorang jejaka ialah Sufri Jamaluddin telah menunjukkan cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini dengan cara yang ringkas dan kos yang murah. Tak sangka betul!
Tidak renyah, anda hanya perlu mengeluarkan segala isi di dalam peti ais dan kemudian lap menggunakan kain bersih bersama esen vanila.
Bukan hanya mudah dan murah, malah ia meninggalkan bau yang wangi dalam ruang peti ais anda. Tak percaya? Cubalah sis!
Adakah disebabkan ralat tidak mengundi, Hanis cuba mengeluarkan tudung khas buat kerajaan bagi menunjukkan rasa kesal dan malu beliau.
PRU 14 adalah hari bersejarah pada rakyat Malaysia dari segenap generasi seperti orang kenamaan, rakyat biasa mahupun celebriti. Netizen tidak pernah duduk diam untuk memerhati segenap sudut. Walaupun sebulan berlalu, kecoh netizen menghentam pasangan ini kerana tidak hadirkan diri mengundi.
Tidak berkesempatan menghadirkan diri, beliau dan suami terasa amat ralat dan menyesal. Hanis menegaskan bukan beliau dan suami tidak berusaha menghadirkan diri seawal mungkin ke tempat mengundi oleh kerana ada janjitemu pengambaran iklan, tetapi mereka tidak mendaftar dan tidak membolehkan pasangan ini sama sekali mengundi. Penyesalan itu bukan pada hari PRU14 tetapi sebelum hari bersejarah itu lagi yang mereka sudah tahu tidak dapat mengundi.
Umum ketahui, pasangan ini pernah berjumpa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad di kota London semasa percutian musim lalu dan menyatakan bahawa Tun adalah idola beliau. Apabila tiba saat dan ketika Hanis dan Hairul tidak mengundi seolah-olah tidak menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir.
Justeru itu, pasangan ini memohon maaf yang tak terhingga dan menyeru kepada rakyat di luar sana terutama generasi muda supaya tidak mengulangi kesilapan yang mereka lakukan, supaya selepas ini mendaftar lebih awal. Walaupun tidak berpeluang kali ini, pasangan ini cuba memberi sokongan sewajarnya pada Negara.
Tudung KHAS Sebagai Tanda Menyokong Kerajaan
“Setelah dikencam nitizen kerana tidak menghadirkan diri keluar mengundi PRU14 baru-baru ini, adakah Hanis akan menghasilkan tudung khas untuk kerajaan bagi menutup kesilapan beliau?”
Menjawab persoalan ini, Hanis berkata sebagai celebriti dan public figure beliau berpegang pada prinsip yang natural. Di mana tidak akan melibatkan politik dengan perniagaan yang sedia ada. Walaupun ada juga tawaran tetapi sebagai usahawan wanita yang memandang lagi jauh masa depan perniagaannya biarlah saya bersifat lebih natural. Meyakinkan lagi umum, tidak semestinya kerajaan berubah, pendirian beliau akan berubah.
MOTH Koleksi Raya Inspirasi Dekorasi
Menginteperasikan minat Hanis Zalikha cuba merealisasikannya pada rekaan terbaru koleksi hijab CAKENIS. Wanita suka mempunyai segala sesuatu yang cantik dan mewah, dari hiasan di rumah mereka hingga selendang yang mereka berikan. Direka dengan sempurna dan disesuaikan untuk wanita moden, Cake Moth datang dalam enam warna mewah; Biru Laut, Hijau, Pink, Khaki, Mint, dan Kuning pada harga runcit RM180 setiap kotak. Setiap kotak juga direka khas untuk menyesuaikan selendang edisi terhad yang terdapat di dalamnya. Koleksi Lily Cake di samping koleksi selendang Cakenis yang lain akan disediakan secara dalam talian melalui fashionvalet.com serta di stor fizikal di semua stor FashionValet.
Koleksi Untuk Memenuhi Permintaan CAKENISANS
Selepas kejayaan pertama Cakenis LE, The Lily Cake, Hanis tidak duduk diam memikirkan sesuatu yang baru untuk menghasilkan karya berikutnya. Maklum balas dan cadangan dari Cakenisans, Hanis memutuskan untuk tidak hanya menghasilkan selendang kali ini, tetapi juga untuk memenuhi permintaan Cakenisans, Hanis keluarkan tudung bawal atau selendang persegi juga.
Harga koleksi premium ini mampu milik kerana Cekenis tidak mengeluarkan LE dalam masa yang singkat. Oleh itu Cakenisans boleh memilikinya pada musim-musim tertentu. Sejajar dengan itu Cakenis Moth dilancarkan pada 25 May2018 sempena Hari Raya.
CAKENIS Made In Vietnam
Menganjak pada tahun ketiga, alhamdulilah Hanis cuba meletakkan satu peringkat yang lain menhasilkan rekaan tersendiri dan Hanis sendiri mendapati ramai peminat setia memilih yang original keluaran Cakenis.
Cakenis made in Vietnam, umum ketahui negara tersebut pengeluar terbesar tudung-tudung tiruan yang dilancarkan di Malaysia juga di seluruh dunia. Ditanya kepada Hanis sendiri, apa pendapat beliau mengenai perkara ini “Hanis memang terasa larat dengan sikap mereka ini kerana usaha menghasilkan sesuatu karya itu bukan mudah, tetapi apabila sudah terhasil, ada pula pihak bertanggungjawab ini menciplak usaha saya”.
Kerisauan isu ciplak ini tidak berpanjangan kerana Hanis bijak mencari jalan penyelesaian di mana beliau sendiri membeli tudung Cakenis made in Vietnam itu sendiri. Alhamdulilah ternyata keluaran Cakenis mempunyai mutu dan kualiti yang jauh berbeza dari yang ciplak. Hanis berharap peminat setia CAKENIS memilih hanya yang terbaik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...