Sempena Tahun Baru Cina, PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma atau nama singkatannya VVI (Voluntary Vehicle Inspection) sambil memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023!
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Artikel berkaitan: 7 Trik Yang Boleh Membuat KERETA Anda Tahan LEBIH LAMA. #3 Sering Berlaku Pada HIJABIS Tolong Elakkan Tabiat Ini.
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO | TEMPAT | TARIKH | MASA |
1 | Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi | 12 Januari 2023 | 9.00 pagi – 4.00 petang |
2 | Lotus’s cawangan Kepong | 14 Januari 2023 | 9.00 pagi – 4.00 petang |
3 | Wisma DRB-HICOM | 16 Januari 2023 | 9.00 pagi – 4.00 petang |
4 | Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak | 17 Januari 2023 | 9.00 pagi – 4.00 petang |
5 | Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh) | 19 Januari 2023 | 9.00 pagi – 4.00 petang |
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail; Kempen VVI percuma ini bertujuan untuk membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina.
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Artikel berkaitan: Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai? Mana Satu Lebih Baik? Jangan Sampai Jadi Beban
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI