Sebagai seorang Muslimah, semestinya aurat harus ditutup walau ap acara sekalipun. Kerjaya tidak seharusnya menjadi halangan untuk berhijab.
Baru-baru ini pasukan polis New Zealand telah merasmikan pelancaran hijab dipakai oleh anggota muslim mereka yang berhijab.
Rekaan hijab itu dilihat sebagai satu simbol kepelbagaian negara tersebut yang meraikan rakyatnya tanpa perbezaan tidak kira dari sudut bangsa, agama dan latar belakang. Meraikan kehadiran rekaan tambahan uniform polis ini, Konstabel Zeena Ali merupakan anggota wanita muslim pertama yang mengenakannya.
Dia merupakan rekrut baru pasukan polis itu menjadi wanita muslim pertama yang menggayakan hijab tersebut sebagai sebahagian dari uniform rasmi.
Menurut Zeena dalam sebuah hantaran di laman Instagram @newzealandpolice, “Memiliki hijab rasmi yang dikuatkuasakan oleh majikan sangat bermakna bagi wanita seperti saya yang selama ini menganggap kerjaya sebagai anggota polis bukan satu pilihan. Sangat bagus bagaimana Polis menggabungkan agama dan budaya saya.
"Saya gembira majikan berusaha untuk memastikan hijab yang saya pakai memenuhi syarat kesihatan dan keselamatan serta keperluan peribadi saya sendiri."
Konstable Zeena merupakan anak kelahiran Fiji yang berpindah ke New Zealand sejak dari usia 3 tahun menyatakan yang dia bersungguh-sungguh mahu menyertai pasukan polis selepas peristiwa serangan pengganas ke atas sebuah masjid di Christchurch awal tahun lalu yang mengorbankan puluhan nyawa.
***P/S – Min tersentuh bila melihat negara bukan majoriti Islam membuang sekatan dan meraikan wanita berhijab. It is a positive progress! Hijab lambang kekuatan, bukan penindasan.
Sumber: Instagram @newzealandpolice