Bagi mereka yang mempunyai kereta generasi baru pasti sudah terbiasa dengan adanya “Push start button” untuk menghidupkan enjin kereta anda. Ia dikenali sebagai kecanggihan teknologi yang digunakan zaman kini. Ianya mudah akan tetapi ramai yang ambil mudah tentang push start button ini sampai boleh jadi rosak! Wanita pun wajib ya!
Bagi mereka yang mempunyai kereta baharu, kereta yang diimport daripada luar pasti sudah biasa dengan push start button ini. Sistem ini makin banyak digunakan kerana ia sangat memudahkan individu yang memakai kenderaan kerana anda tidak perlu lagi mencucuk batang kunci untuk menghidupkan enjin.
Apa yang perlu dilakukan adalah anda hanya menekan sahaja butang “push start button” itu sehingga enjin menyala. Kuncinya? Campak sahaja di dalam bag anda atau di dalam poket seluar. Mudahkan! Wanita juga perlu mengambil berat tentang ini kerana ianya penting untuk anda mengetahui ilmu kenderaan ini.
Artikel Berkaitan: Wanita Malaysia Kongsi Bagaimana Dia ‘Survive’ Sewaktu Lockdown 40 Hari Di China
Sememangnya, ia sangat mudah buat pemandu atau pemilik kenderaan kerana ciri-ciri kecanggihan dan kemewahan tersebut. Jadi, apa yang menjadi masalah untuk teknologi baharu ini? Sudah semestinya, penjagaan yang baik butang ini untuk tidak rosak. Kebanyakan orang di luar sana suka tidak mengambil kira akan penjagaan yang betul untuk mengelakkan kerosakan.
Untuk pengetahuan anda, jika kereta tersebut mempunyai ‘push start button’
, apa yang perlu dilakukan adalah pemandu perlu memijak pedal brek dan menekan ‘push start button’ sebaik sahaja masuk dalam kenderaan. Sebenarnya cara sedemikian mampu merosakkan enjin anda dalam jangka masa panjang!Terdapat tiga langkah yang boleh diikuti jika anda mempunyai kenderaan yang menggunakan “push start button” untuk menghidupkan enjin iaitu:
Apa yang perlu anda buat adalah, tekan sekali sahaja “push start button” tanpa memijak pedal brek. Ini membolehkan panel elektronik sahaja yang akan menyala dahulu.
Seterusnya, anda perlu menekan butang “stop/start” buat kali yang kedua untuk menghidupkan panel instrumen meter kereta anda. Ini akan membuatkan kotak meter menyala sedia untuk dihidupkan secara keseluruhan! Jadi anda boleh cuba cara ini dengan mudah.
Biasakan untuk biarkan lima ke tujuh saat kemudian baru anda boleh menekan pedal brek dan tekan butang “stop/start” sekali untuk menghidupkan enjin kereta pula.
Sumber: Mstar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.