Sumber Gambar: Kiri via Tudung People, Kanan via pexels.com

Isu pemakaian purdah tidak pernah lapuk dek zaman, ada yang menyokong dan tidak kurang juga yang kurang senang dengan hal ini. Terbaru dalam temubual bersama personaliti TV, Amin Idris, Dato’ Dr Asri atau lebih popular dengan gelaran Dr Maza menerangkan tentang isu berpudah ini dengan jelas. Yang penting isu ini dikupas sebaik mungkin tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

Jawab Dr Maza apabila di soal tentang isu ini, “Memakai purdah ini adalah hak individu, seperti mana dia berhak memilih memakai tudung labuh, tudung bulat, atau apa pun warna tudung itu adalah pilihan mereka selagi mana ia tidak mengganggu orang lain dan selagi mana mereka tidak menuduh orang lain kurang iman kerana tidak memakainya dan sebagainya.

“Purdah bukan tuntutan agama, bahkan kalau kita lihat dalam semua mazhab-mazhab Islam dari Mazhab Abu Hanifah, Imam Malik, Syafie dan Hambali semua menegaskan bahawa muka dan tangan wanita itu bukan aurat.

“Pada yang memakai purdah saya hargai, kerana saya percaya mereka memakai kerana ingin mengamalkan agama yang sebaik yang mereka percaya. Dan saya rasa tiada siapa pun yang berhak mengeji mereka ataupun mengutuk mereka kerana pilihan itu kebanyakan menyangka itulah jalan yang disuruh oleh agama.

IKLAN

“Cumanya pada sisi pandangan saya sama seperti mazhab jumhur iaitu agama tidaklah mewajibkan kita memakainya. Bahkan kalau kita mengelakknya untuk memberi persepsi positif bahawa Islam bukan agama yang membebankan itu adalah lebih baik.

Namun begitu pilihan peribadi seseorang tiada sesiapa yang boleh mempertikaikannya ataupun menyalahkannya selagi mana ia tidak membebankan orang lain.

IKLAN

“Kalau ada yang menyatakan sebab hendak menguatkan agama, mungkin apa yang patut dilakukan adalah kita kuatkan ibadah, tahajud, zikir, solat, sedekah, budi bahasa kita dan amalan-amalan yang lain. Maka itu mungkin lebih baik daripada kita menambah hal-hal yang tidaklah menjadi kewajipan untuk kita.”

IKLAN

***P/S- Penulis suka dengan jawapan yang diberikan oleh Dr Maza kerana ia menerangkan dengan baik tentang isu ini. Supaya selepas ini tiada lagi kekeliruan dan mengatakan bahawa purdah tuntutan agama sebaliknya lebih kepada pilihan sendiri. Namun jangan pula kita memandang pilihan orang dengan negatif.  Semuanya pilihan masing-masing dan kita raikan kebebasan untuk memilih ini dengan baik.

Sumber : Instagram Amin Idris

https://www.instagram.com/p/CGlb1zPBy8e/

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI