Meski bergelar selebriti dan juga public figure, pengacara tersohor Uyaina Arshad mendedahkan bahawa dirinya juga tidak lagi dari mengalami masalah kulit. Tambahan pula, jenis kulit sensitif yang dimilikinya membuatkan dia sememangnya menitikberatkan pemilihan ketat sebelum memilih skincare.
Jelas Uyaina, tuntutan kerja sebagai selebriti membuatkan dirinya sentiasa perlu bersiap dan ditatarias agar tampil rapi dan presentable sebelum wajahnya menghiasi kaca televisyen.
Justeru, Uyaina berkata adalah amat penting bagi dirinya menggunakan skincare yang tepat untuk melindungi kulit wajah dari sebarang chemical yang terdapat dalam solekan.
Hijabista sempat bertanyakan apakah amalan dan tip yang diaplikasikan Uyaina khususnya dalam pemilihan skincare bagi Hijabi yang turut mempunyai masalah kulit jenis sensitif seperti dirinya. Ini yang disyorkan Uyaina!
“Yana memang kulit sensitif, sesiapa yang kenal Yana terutamanya jurusolek. Mereka memang tau, Yana ada kulit yang sangat sensitif.
“Salah pakai produk sikit akan ‘Breakout’, jerawat hormon memang akan ada rutamanya bila datang bulan dan sebagainya. So, it’s a struggle for me walaupun sampai sekarang,” Katanya.
Justeru, disebabkan mempunyai kulit yang sensitif. Yana berkata dia sememangnya mengutamakan bahan-bahan yang terkandung dalam setiap skincare yang di pakainya.
“Tetapi Yana rasa semakin Yana dewasa, semakin Yana faham tentang kandungan dalam sesuatu produk dan Yana ambil tahu dan belajar tentang ingredients. Sebelum Yana beli sebarang produk, Yana akan pastikan senarai kandungan terlebih dahulu,” ujar Yana.
Mengulas lanjut Yana berkata, jika hijabi diluar sana juga mempunyai jenis kulit yang sama seperti dirinya, Yana mengesyorkan agar hijabi mengambil kira perkara ini terlebih dahulu sebelum membeli atau menggunakan skincare.
“Dan kepada wanita di luar sana yang mempunyai masalah kulit sensitif seperti Yana, Perlu elakkan beberapa perkara ini dalam pemilihan skincare.
“Pertama, jangan pakai skincare yang ada wangian (Fragrance)
yang ada bau-bauan. Pilih skincare yang bebas wangian dan sudah tentulah yang selamat bebas kimia dan bahan merbahaya.Artikel berkaitan: Tak perlu hospital ‘Grand’ Pun…, Asalkan Selamat – Uyaina Nak Elak Perkara Yang Tak Diingini Berlaku
“Ini kerana, bau-bauan atau wangian ni yang mungkin akan triggered kulit kita, Yana tak tahu kesanya kepada kulit anda bagaimana, tapi inilah yang Yana dah buat kajian dekat diri Yana sendiri dan wangian dalam skincare adalah benda yang Yana memang akan elakkan,” tegasnya.
Uyaina yang mesra dengan panggilan Yana berkata demikian ketika ditemui Hijabista pada majlis pelancaran Herbs of Gold, dimana Uyaina telah diangkat sebagai Duta dan wajah baharu bagi rangkaian produk kesihatan berkenaan!
Sekarang dah tau kan, macam mana penjagaan kulit yang sewajarnya jika anda mengalami kulit jenis sensitif seperti Uyaina.
Sebagai wanita, untuk cantik kita juga perlu cakna terhadap bahan-bahan yang digunapakai kerana ia akan memberikan kesan kepada kesihatan kulit wajah kita. Anda adalah pelindung terbaik kepada kulit anda sendiri!
Artikel berkaitan: Cantik-cantik Gambar ‘Maternity Shoot’ Uyaina Arshad, Berseri-seri Wajah Bakal Mama
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.