Ramai di antara yang rasa malas nak cuci mekap apabila sudah mengantuk lalu hanya menggunakan makeup wipes saja untuk menanggalkan sisa mekap tersebut.
Rasa macam dah bersih namun sebenarnya banyak kesan buruk yang akan terjadi sekiranya kita kerap mengamalkannya. Jom kita semak apakah akibat negatifnya!
Ia tidak menghilangkan semua kotoran dan sisa mekap pun di wajah seperti pencuci muka kerana ia bukanlah diformulasikan untuk membersihkan wajah anda. Ia sepatutnya digunakan sebelum pencuci muka dan bukanlah sebagai gantinya.
Bila kita menggosok wajah menggunakan makeup wipes terutama sekali di bahagian mata, ia akan menyebabkan kulit kita meregang dan menghapuskan kolagen sekaligus akan mengakibatkan kedutan disebabkan tekstur wipes tersebut yang kasar.
Makeup wipes telah diformulasikan dengan sulfat, paraben dan pelbagai lagi bahan kimia serta pengawet berbahaya yang mungkin akan menyebabkan iritasi dan keradangan pada kulit. Ia juga akan menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kerana ia akan mengelupaskan kulit anda dengan berlebihan.
Makeup wipes menyapu segala kotoran, minyak dan mekap di sekeliling wajah anda lalu membiarkan sisa bakinya di wajah anda yang menyebabkan pori-pori tersumbat. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya breakout di wajah anda serta muncul blackheads.
Jadi, daripada menggunakan makeup wipes, lebih baik anda menggunakan micellar water dengan kapas muka sebelum melakukan double cleansing. Seterusnya sapulah pula, toner, serum dan pelembap di wajah anda. Pasti akan jadi berseri!