Ramai di antara yang rasa malas nak cuci mekap apabila sudah mengantuk lalu hanya menggunakan makeup wipes saja untuk menanggalkan sisa mekap tersebut.

Rasa macam dah bersih namun sebenarnya banyak kesan buruk yang akan terjadi sekiranya kita kerap mengamalkannya. Jom kita semak apakah akibat negatifnya!

Punca Wajah Jadi Senang Breakout! Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Elak Pakai Makeup Wipes

Ia bukan penjagaan kulit wajah yang betul, hanyalah shortcut!

Ia tidak menghilangkan semua kotoran dan sisa mekap pun di wajah seperti pencuci muka kerana ia bukanlah diformulasikan untuk membersihkan wajah anda. Ia sepatutnya digunakan sebelum pencuci muka dan bukanlah sebagai gantinya.

Ads

Boleh membawa kepada tanda-tanda penuaan

Bila kita menggosok wajah menggunakan makeup wipes terutama sekali di bahagian mata, ia akan menyebabkan kulit kita meregang dan menghapuskan kolagen sekaligus akan mengakibatkan kedutan disebabkan tekstur wipes tersebut yang kasar.

Punca Wajah Jadi Senang Breakout! Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Elak Pakai Makeup Wipes
sumber: google

Punca Wajah Jadi Senang Breakout! Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Elak Pakai Makeup Wipes

Ads

Boleh menyebabkan iritasi dan mengeringkan kulit

Makeup wipes telah diformulasikan dengan sulfat, paraben dan pelbagai lagi bahan kimia serta pengawet berbahaya yang mungkin akan menyebabkan iritasi dan keradangan pada kulit. Ia juga akan menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kerana ia akan mengelupaskan kulit anda dengan berlebihan.

Boleh menyebabkan breakout

Makeup wipes menyapu segala kotoran, minyak dan mekap di sekeliling wajah anda lalu membiarkan sisa bakinya di wajah anda yang menyebabkan pori-pori tersumbat. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya breakout di wajah anda serta muncul blackheads.

Ads

Jadi, daripada menggunakan makeup wipes, lebih baik anda menggunakan micellar water dengan kapas muka sebelum melakukan double cleansing. Seterusnya sapulah pula, toner, serum dan pelembap di wajah anda. Pasti akan jadi berseri!

 

Punca Wajah Jadi Senang Breakout! Ini Sebabnya Kenapa Anda Perlu Elak Pakai Makeup Wipes

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI