Masalah jerawat sememangnya masalah yang sering dialami oleh ramai orang. Sama ada mencuba produk yang dijual di pasaran atau mencuba cara rawatan tradisional, terpulanglah kepada anda untuk merawat masalah jerawat yang anda alami.
Mengambil makanan yang berkhasiat dan bernutrisi amat penting bagi mencegah jerawat daripada tumbuh pada kulit wajah. Tidak dapat dinafikan terdapat makanan tertentu yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat pada kulit wajah.
Antara makanan yang boleh menyebabkan timbulnya masalah jerawat ialah makanan bergoreng, makanan ringan, atau makanan yang mengandungi produk tenusu dan makanan yang tinggi gula.
Bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, sebaiknya amalkan lebih banyak buah-buahan segar, sayur-sayuran, atau biji-bijian untuk menjadikan kulit anda lebih sihat, lebih cantik, dan berseri.
Jika anda berhajat hendak mencuba cara tradisional, anda boleh mencuba cara berikut. Bahan yang digunakan pun boleh didapati di dapur sahaja. Berikut petua merawat jerawat seperti yang dikongsikan oleh Acha Syasyaa
Petua tradisional ini mestilah dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Cara hendak buat pun ringkas sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan juga tidak banyak dan mudah disediakan.
BAHAN-BAHAN:
1 sudu madu
1 sudu yogurt (pastikan perisa natural)
1 sudu serbuk kunyit
*Gaul hingga sebati, tempek pada kulit wajah. Tunggu kering dan bilas. Ketika disapu pada kulit wajah akan rasa pedih sedikit tetapi ianya normal kerana ia proses untuk mengecutkan jerawat.
Jika anda malas hendak membuat petua yang pertama, anda boleh cuba petua yang mudah seperti di bawah ini.
1. Ambil tomato yang sudah masak ranum, gosok lembut pada kulit wajah.
2. Biar selama 20 minit dan basuh. Kalau ada jerawat baru, selepas picit, memang akan rasa pedih sedikit. Tapi bagus sebab tomato ada antiseptik yang boleh mematikan kuman jerawat itu.
Anda juga boleh kisar semua bahan-bahan ini dan simpan di dalam tray ais. Simpan di dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. Apabila sudah keras, ambil seketul dan sambil menonton televisyen, boleh gosok lembut pada kulit wajah. Hasilnya memang kulit wajah akan lembut, lembap dan segar apabila kerap diamalkan. Ais pun bagus untuk menegangkn kulit muka dan kecilkan pori-pori.
Sebenarnya apabila kulit wajah sudah mula breakout, tidak perlu guna produk perawatan wajah yang baru. Perkara penting yang perlu dilakukan ialah untuk merawat kulit wajah terlebih dahulu. Apabila kulit wajah sudah pulih, barulah anda fikirkan produk perawatan wajah yang perlu dipakai.
HIJABISTA: Apa-apa jua petua tradisional yang anda amalkan, biarlah secara konsisten. Kebiasaannya petua tradisional mengambil masa yang lama untuk menunjukkan kesan kerana ia menggunakan bahan-bahan semula jadi. Namun kesannya tetap memuaskan hati.
Sumber kredit: Acha Syasyaa Top image: Photo by Anna Tarazevich from Pexels
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI