Tidak kira lelaki atau perempuan, masing-masing memang begitu menitik beratkan soal kecantikan dan penjagaan wajah.
Hati memang rasa tak tenang kalau wajah yang sebelum ini elok tetapi menghadapi masalah kulit seperti breakout. Pelbagai usaha dilakukan untuk memulihkannya bagi mengelak jadi lebih teruk.
Seperti perkongsian lelaki ini yang pernah mengalami masalah kulit wajah breakout akibat salah penggunaan produk. Mengalaminya ketika awal tahun dan kini dia berjaya memulihkannya setelah menggunakan produk bersesuaian.
Perkongsiannya di laman twitter menggunakan nama akaun @adamxfirdaus ini mendapat ribuan butang ‘like’. Malah komen netizen juga nyata teruja melihat dia yang berjaya mengatasi masalah kulit wajah serius dan akhirnya mendapat wajah yang flawless.