Bintik-bintik coklat yang muncul pada kawasan kulit, ia berlaku disebabkan pendedahan terhadap cahaya matahari. Jeragat bukanlah sesuatu yang berbahaya, ia sebenarnya muncul disebabkan penghasilan melanin yang berlebihan. Jom pudarkan jeragat guna tiga bahan dapur, ini petua orang lama.
Kalau rasa nak pudarkan jeragat dengan cara jimat dan selamat, anda boleh cuba tip yang dikongsikan hijabi ini. Bila masuk 30-an, nak tak nak anda kena juga pakai sesuatu di wajah bagi cerahkan kulit untuk hilangkan sel kulit mati.
Perkongsian Hawa ini sebagai rujukan bagi anda yang rasa tak rajin nak pakai banyak langkah, boleh cuba petua semula jadi ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Detoks Guna Lemon & Air Panas, Wajah Bebas Jerawat & Jeragat, Paling Best Kulit…
Ramai minta tip jeragat, kali ini Hawa share petua yang menjadi pada mak Hawa sendiri dengan hanya guna lemon, kunyit dan tepung beras dapat bantu hilangkan jeragat dan tompok-tompok hitam. Selepas cuci muka kulit muka rasa halus je.
Perkongsian jujur selepas basuh muka, kulit Hawa rasa berangin dan betul-betul nampak berseri.
Bahan-Bahan:
Cara Membuat:
1. Masukkan tepung beras dan kunyit ke dalam mangkuk.
2. Kemudian, masukkan perahan jus lemon tadi dan gaul rata.
3. Gosokkan perlahan-lahan di seluruh kulit muka.
4. Biarkan 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu bilas dengan air sebersih-bersihnya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.