Puasa mempunyai banyak hikmah dari sudut kesihatan yang perlu kita fahami dan yakini kerana syariat Allah membawa kebaikan kepada manusia seluruhnya. Kajian sains menunjukkan berpuasa mempunyai banyak faedah kesihatan.
Di samping itu juga, amalan berpuasa memberikan kesan positif kepada kesihatan psikologi dan fizikal. Puasa yang betul akan membantu kita menurunkan berat badan. Puasa juga membantu sistem pencernaan untuk penghadaman lebih sempurna dengan merehatkan sistem pencernaan ketika berpuasa.
Kajian juga mendapati puasa boleh membantu mengawal tekanan atau stres dengan memberi ketenangan psikologi dan bersabar. Berpuasa juga boleh membantu mengawal masalah kolesterol berlebihan.
Selain puasa sunat Isnin dan Khamis, kita juga disunatkan untuk beramal dengan puasa hari putih, ia juga dikenali sebagai puasa ayyamul bidh iaitu puasa pada hari ke-13, 14 dan 15 di pertengahan bulan Islam (Hijriyyah).
Banyak hadis yang menjelaskan berkaitan puasa hari putih dan kelebihan beramal dengannya. Pahala sunnah ini seumpama berpuasa sepanjang tahun. Allahu Akhbar, sungguh besar gandaan pahala Allah kurniakan buat umat Nabi Muhammad SAW.
Ads
Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata;
“Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa pada hari bidh iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun”. (Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)
Untuk melafazkan niat puasa ini, kita dibolehkan untuk menggunakan bahasa Arab mahupun bahasa Melayu.
Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.
Photo by Naim Benjelloun from Pexels
InsyaAllah, kita cuba berniat dan melaksanakan puasa hari putih pada bulan ini bermula 25-27 Februari 2021 bersamaan 13-15 Rejab 1442H (Khamis-Sabtu). Mudahan kita tergolong di kalangan yang dijanjikan Syurga Ar Rayyan iaitu khusus untuk orang yang melazimi ibadah puasa.
Ads
Sabda Nabi SAW:
Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.” (HR Bukhari dan Muslim)
HIJABISTA: Bulan Ramadan tinggal hanya sebulan lebih sahaja lagi. Apa kata mulakan untuk berpuasa bagi melatih diri sebagai persediaan sebelum menyambut bulan Ramadan.
Musim sekolah ini menyaksikan ramai daripada kita yang mengambil kesempatan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Walaupun hanya mengerjakan umrah tetapi dugaan yang diterima tetap sama seperti jemaah yang mengerjakan ibadah haji. Semuanya bergantung kepada keupayaan mental dan fizikal seseorang untuk melakukan ibadah sepanjang berada di sana. Jemaah yang pergi ke sana tidak akan melepaskan peluang beribadah dan mengunjungi beberapa kawasan.
Salah salah adalah Raudhah atau Taman Syurga yang merupakan salah satu ruangan dalam Masjid Nabawi yang dijadikan pusat tumpuan jutaan jemaah yang datang berdoa dan bersolat di taman-taman ini. Oleh sebab itu ramai jemaah yang berebut-rebut untuk berada di situ. Namun tidak semua yang diizinkan Tuhan berpeluang untuk menjejakkan kaki di taman ini.
Perkongsian dari pengguna laman sosial, Suhaili Mohd Zain ini memberi beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi jemaah lain yang mahu mengerjakan ibadah di sana dan mahu melawat Raudhah.
Menurutnya yang membahasakan diri sebagai Sally ada waktu tertentu yang disarankan bagi kaum wanita untuk memasuki Raudhah dan mengerjakan solat di situ. Jom baca perkongsiannya.
BERSOLAT TANPA GANGGUAN
Malam ini Sally nak kongsi pengalaman masuk ke Raudhah di mana anda boleh solat semahu-mahunya. Cara paling selamat, paling aman, tidak bertolak, tidak perlu berlari dan paling penting boleh berdoa dan bersolat tanpa ada gangguan dari Jemaah lain dan pengawal Arab wanita.
Alhamdulillahh kali ini Sally berpeluang 4x memasuki Raudhah. Itu pun sebab sehari Sally demam. Kalau tidak pastinya setiap hari paling tidak 2x sehari pasti hendak mengunjungi makam Rasulullah saw. Itulah tempat yang menjadi idaman setiap muslim jika di Tanah Madinah Al Munawwarah.
Berlainan dengan pengalaman umrah pertama, kali ini Sally memilih untuk memasuki Raudhah mengikut keadaan Sally sekarang. Sally tidak boleh berlari dan bertolak-tolakan. Mengandung 3 bulan membataskan pergerakan agresif Sally. Lebih-lebih lagi membawa bonda bersama yang baru sahaja recover dari stroke. Kali pertama beliau masuk ke Raudhah mengikuti kumpulan kerusi roda. Tapi apabila Sally amati keadaan, seperti biasa, strategi Sally buat dan susun secantiknya. Yang paling penting adalah kesabaran. Masuk dan sabar menunggu. Tidak perlu tergopoh-gapah.
WAKTU SESUAI MASUK RAUDHAH
Waktu yang paling sesuai untuk memasuki Raudhah bagi wanita adalah selepas Subuh dan selepas Isyak. Pastinya melalui pintu masjid no 25. Tidak perlu terburu-buru atau tunggu di masjid selepas solat. Sally nasihatkan anda balik dulu selepas solat. Selepas Subuh misalnya, balik ke hotel untuk sarapan dulu. Berehat, buang air, berwuduk dan sebagainya dan sebagusnya kenakan jubah dan khimar berwarna hitam supaya tidak diganggu oleh pengawal Arab wanita kerana kita nampak serupa dengan orang Arab, Pakistan dan sebagainya.
Dan kalau boleh beg umrah yang diberikan oleh travel agen tu digantung di dalam telekung atau tidak dibawa langsung. Kerana beg itu adalah pengenalan kita dan dah dikenalpasti kita dari Malaysia. Selepas berwuduk dan mengenakan pakaian serba hitam, kembali ke masjid Nabawi mengikuti pintu 25 sekitar pukul 8.00 pagi dan terus ke bahagian depan. Penghadang kayu antara ruangan wanita dan lelaki telah dibuka. Laluan ini adalah laluan menuju ke Raudhah.
Waktu ini anda tidak perlu berebut dan tidak perlu bertolak dan berhimpit. Hanya perlu berjalan lemah lembut dan terus ke Raudhah. Maybe kali pertama pergi, anda boleh mengikuti kumpulan mutawif tetapi untuk sekian kalinya, better pergi sendiri. Lagi kecil group lagi senang pergerakan kita dan sukar dicam oleh pengawal wanita arab. Kita boleh menyelit di mana-mana kumpulan. Jika anda nak masuk selepas Isyak, balik dulu ke hotel untuk dinner dan sekitar pukul 10.00 malam kembali ke masjid Nabawi mengikut cara yang Sally jelaskan di atas tadi.
Selepas melalui penghadang kayu, anda akan masuk ke kawasan dataran Raudhah. Dari sini sudah kelihatan makam Rasulullah di bahagian hujung iaitu kawasan bilik Siti Fatimah. Anda boleh duduk dulu di dataran Raudhah, solat tahiyatul masjid, berzikir, baca al Quran dan apa-apa sahaja di sini. Biasanya Sally lebih suka masuk selepas Isyak. Sally tunggu sahaja di sini lebih kurang 1 jam setengah. Tidak terasa lama jika waktu yang ada diisi sebaiknya. Biarkan sahaja kumpulan lain masuk terlebih dahulu.
TENTUKAN TEMPAT SOLAT
Kita sabar sahaja menunggu. Bila orang sudah tidak ramai, sekitar 1-2 kumpulan sahaja, kita sudah boleh mula menyelit masuk. Sampai giliran kumpulan yang kita menyelit tadi, berjalanlah menuju ke Raudhah dan menghimpit ke kiri rapat ke makam Rasulullah saw. Tidak perlu terus ke karpet hijau. Biasanya Sally duduk dahulu di karpet merah. Sampai salam sahabat dan sebagainya. Bila keadaan agak reda, Sally akan masuk terus ke karpet hijau, rapat ke dinding dan mula bersolat di situ.
Oleh kerana keadaan kita di bahagian tepi dinding, jadi tiada siapa yang akan menolak. Jika ada 3-5 orang sekumpulan, beraturlah dan pastikan semua mendapat tempat di tepi dinding. Solat taubat dahulu dan kemudian solat hajat. Satu solat hajat untuk satu hajat dan disambung lagi solat dan solat dan solat. Doa dibaca ketika setiap sujud terakhir. Solat sambung menyambung tanpa henti. Tidak pernah ada kekuatan untuk solat sebanyak itu.
Jika di Malaysia, solat sunat hajat 2 rakaat sekali sahaja. Dhuha pun paling banyak 6 rakaat. huhuhu.. tetapi bila di Raudhah rasa seperti tidak mahu berhenti solat. Jangan sesekali berdoa mengangkat tangan dan duduk termenung menangis. Pengawal Arab wanita akan menghalau kita keluar secepatnya. Tapi jika kita kekal dalam keadaan solat, mereka tidak akan ganggu atau menyuruh kita berhenti dan keluar.
WAKTU BERSESUAIAN
Biasanya Sally akan menyertai kumpulan masuk ke Raudhah sekitar pukul 11.30 malam selepas sejam setengah menunggu. Dan kami habiskan masa lebih kurang 1 jam di dalam Raudhah. Selepas solat di dinding bahagian kiri, bergeraklah ke kanan seolah-olah ingin keluar. Tapi masa ini Sally akan rapat ke bahagian depan berdekatan dengan tiang Siti Aisyah dan ambik peluang bersolat di situ. Kawasan tengah Raudhah sekitar pukul 12.30mlm agak lengang.
Dan kita boleh bersolat di mana sahaja. Pengawal Arab wanita sudah mula untuk meminta jemaah keluar dari Raudhah kerana pukul 1 pagi mereka akan menutup Raudhah bagi wanita dan buka peluang untuk jemaah lelaki pula pada pukul 2 pagi. Dan waktu ini, kita akan rasa puas, aman dan rasa macam dah habis doa nak dibaca dan bersolatlah taubat sebanyaknya. Jika kita masuk berebut- rebut dan tergopoh gapah dan bersesak kemungkinan kita berpeluang solat sekali sahaja. Alhamdulillahh kali ini Allah berikan jalan yang terbaik buat Sally dan keluarga. Bonda, nenda dan kakanda amat berpuas hati dan semua kembali ke hotel dengan senyum puas dan syukur pada peluang yang Allah berikan.
Sally harap perkongsian Sally ini dapat dimanfaatkan dan anda juga berpeluang ke Raudhah dan rebutlah peluang beribadat di sana. Sally tidak mengikuti mana-mana mutawif kerana rasakan agak susah bergerak dalam kumpulan yang besar. Dan ada yang tergopoh untuk balik dan selesai awal. Sally lebih suka santai dan punyai lebih masa di sana. Cubalah, anda akan lebih rasa manisnya. Jangan pernah serik memasuki Raudhah dan sentiasalah semai rasa rindu untuk ke sana sepanjang di Madinah.
Di sini Sally kongsi video malam terakhir Sally di Raudhah pada 11hb Dec 2017. Video pertama di dataran Raudhah tempat Sally menunggu dengan sabar dan video ke dua sekitar pukul 12.35pagi saat Sally hendak meninggalkan Raudhah. Keadaan agak lengang.
Semoga anda juga dapat mengunjungi Taman Syurga. Amin.
Benar apa yang dikatakan Walaupon perit untuk kita terima Memang itulah caranya untuk kita bertahajud di 1/3 malam. Memang dengan memaksa diri adalah cara mudah & praktikal untuk kita semua kecapi magis-magis dari Allah swt.
Bila saya mula-mula wujudkan group ini atas sebab kekhilafan diri ramai yang join dari pelbagai usia, negara, pangkat, dan yang paling saya “salute” pada otai yang sudah istiqamah selama lebih 10 tahun.. Allahuakbar
Secara teori & praktikalnya memang dengan paksaan mental & fizikal untuk bangkit dan kalahkan selimut kita. Bagi saya itu juga titik permulaan bila saya mula ingin bertahajud . Sebab nak sangat rayu padaNya, nak sangat nangis padaNya, nak sangat mengadu keluh kesah padaNya. Tiada cara lain melainkan saya paksa diri pada waktu itu . Wallahualam
Di samping pelbagai tips yang saya terima dari “otai-otai” dalam ahli GT5P.
Di antaranya:- Jangan makan selepas 8-9 malam, Tidur awal sebelum 11malam, Minum air sebelum tidur, dan macam-macam lagi tips dari mereka yang saya sangat salute ada yang istiqamah lebih dari 10 tahun .
Subhanallah Subhanallah Subhanallah Semoga Allah pandang usaha kita untuk bermunajat padaNYA
Ikhlas dari Puan Saira #gengtahajud5pagi #Jomkalahkanselimutanda Salam Tahajud
Tersebar sebuah video dan gambar yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial yang bertujuan untuk membandingkan wajah selebriti dulu dan kini. Beberapa selebriti tanah air menjadi mangsa termasuk Zara Zya.
Namun, Zara Zya tidak kisah apabila di persoalkan mengenai keadaan itu. Dia tampil dengan tenang dan akui bila ada duit, sesiapa sahaja boleh buat apa yang terbaik untuk penampilan mereka.
Bila dah ada duit, macam-macam boleh di lakukan.
Pelakon terkenal tanah air, Zara Zya tidak kisah atas apa-apa andaian yang di buat oleh warganet mengenai video yang membandingkan perubahan wajah seseorang selebriti. Dia juga turut muncul dalam video tersebut tidak nafikan ramai artis yang berusaha untuk menjaga penampilan diri.
Zainurul Razia Mohd Zainuddin atau sering di kenali sebagai Zara Zya akui tidak menjadi satu masalah untuk sesiapa menjaga penampilan mereka. Tambahan pula, rawatan dan penjagaan wajah bukan satu benda yang salah.
Di temubual oleh Harian Metro, mungkin perubahan yang sedikit akan jelas ternampak melalui wajah seseorang apabila mereka sudah mula untuk menjaga penampilan. Itu adalah hakikat yang patut semua hadam sejak dulu lagi.
“Memang betul apabila dah ada duit macam-macam boleh buat. Itu saya setuju. Lagipun zaman dulu tiada ‘filter’, sekarang dah banyak. Mahu mendapatkan ‘filter’ pun kena menggunakan telefon bimbit mahal.
“Lagi satu, macam dulu tidak banyak klinik estetik yang mahu menaja dalam memberikan rawatan muka. Sekarang, ada banyak termasuk rawatan laser dan sebagainya. Jadi, berbanding sekarang semuanya ada dan mudah. Bagi saya selebriti memang perlukan itu, kenapa tidak kan? Tak ada masalah pun,” katanya.
Aktres berusia 37 tahun itu akui tiada masalah baginya jika seseorang mahu bandingkan wajahnya dulu dan sekarang. Perubahan itu sudah pasti ada, cuma ia bukan mengubah ciptaan Allah SWT.
“Secara peribadi saya tak ada masalah jika orang nak tunjuk dan buat perbandingan wajah dulu saya dan sekarang. Dari segi umur memang jauh berbeza. Lagi pun saya tak ada buat muka berlebihan macam buat hidung, sebab hidung saya masih asli.
“Kalau cucuk atau ambil suntikan pun ia untuk kesihatan kulit. Ini kerana selebriti memang bersolek hampir setiap hari, jadi muka akan naik jerawat dan jeragat. Jadi perlukan suntikan vitamin,” ujarnya lagi.
Kenyataan Zara Zya mengenai isu ini sangat dekat dengan isu terkini yang sering kita lihat ramai orang sanggup menghabiskan wang untuk mengubah penampilan dan menjalani pembedahan plastik. Tetapi tidak semua yang mengikut jalan seperti itu untuk menjaga penampilan.
Bukan sekadar dakwahnya tawan peminat Arab, Ustazah Oki Setiana Dewi kini pelakon drama komedi di bumi Mesir.Nama pelakon dan pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi,...