PU Riz Tertinggal Al-Quran, Neelofa Bocor Kisah Bibit Awal Percintaan Dengan Suami

Share

Kisah pasangan selebriti iaitu Neelofa dan PU Riz memang sentiasa menjadi tumpuan ramai sejak mereka belum berkahwin lagi.

Mengadakan ‘live’ di laman instagramnya, pengasas jenama Naelofar itu telah berkongsi kisah bibit percintaannya bersama suami pada awal perkenalan mereka. Pasti ramai yang ternanti-nanti kisah ini bukan?

Jelas Neelofa, kisah mereka bermula apabila jejaka berusia 26 tahun itu tertinggal Al-Quran miliknya sewaktu menunaikan solat tarawih bersama keluarganya pada Ramadhan yang lalu.

 

“Ni Al-Quran yang Haris bawa untuk terawih dengan kitorang semua bulan Ramadan dulu, waktu cinta mula berputik. Haris tertinggal Quran kat rumah I lepas tu I pun kebas.

“I guna Quran ni untuk kelas tilawah, Haris mintak balik, I tak bagi sebab dah tanda. It’s mine now. Ikhlas tak bagi ni?”

Dapat dilihat dalam video itu PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail seperti malu-malu apabila diusik oleh isteri tercinta sebegitu.

Di ruangan komen, para peminat pasangan merpati dua sejoli ini juga terhibur melihat telatah mereka di samping merasai yang mereka sememangnya benar-benar melengkapi di antara satu sama lain.

 

Published by
QIST