PU Azman ‘Bawa’ Khabar Gembira #StayAtHome: “Kalau Kita Rasa Kita Beriman, Maka Wabak Ini Adalah Rahmat”

Share

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Oleh itu rakyat diseru untuk #stayathome dalam usaha untuk memutuskan penularan wabak #Covid19.

Namun masih ada yang masih degil sedangkan hakikatnya ini adalah usaha untuk kita semua ‘melawan’ wabak ini. Dalam masa yang sama kita jangan putus berdoa kepada Allah agar #Covid19 ini segera berakhir.

Baca perkongsian PU Azman tentang #StayAtHome

عن عائشة أم المؤمنين أنَّها سَأَلَتْ رَسولَ اللَّهِ ﷺ عَنِ الطّاعُونِ، فأخْبَرَها نَبِيُّ اللَّهِ ﷺ: أنَّه كانَ عَذابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ على مَن يَشاءُ، فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ، فليسَ مِن عَبْدٍ يَقَعُ الطّاعُونُ، فَيَمْكُثُ في بَلَدِهِ صابِرًا، يَعْلَمُ أنَّه لَنْ يُصِيبَهُ إلّا ما كَتَبَ اللَّهُ له، إلّا كانَ له مِثْلُ أجْرِ الشَّهِيدِ.

Maksud :Daripada Aishah, “Aku bertanya Rasulullah ﷺ tentang wabak taun. Baginda ﷺ jawab itu adalah AZAB yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah jadikan penyakit itu sebagai RAHMAT kepada orang-orang beriman. Tiada sesiapa yang ditimpa taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin jangkitan yang berlaku adalah ketentuan Allah, melainkan Allah akan memberinya pahala Syahid”.

(Sohih Bukhari).

Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.

Tu kena tepuk dada sendiri.

Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.

Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.

Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.

Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat.

Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.

Sumber kredit: Cik Man

Published by
Norhasliza