PU Azman -“Apa Guna ASINGkan Baju Suami Tapi Kata-kata Tajam Isteri Pun Buat Suami Rasa TERASING”

Share

Isu tentang elak campur baju suami dengan anak-anak bila cuci pakaian nampaknya terus diperkatakan. Ramai yang memberikan pendapat masing-masing. Ada yang bersetuju dengan kenyataan itu dan ada yang tidak.

PU Azman terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang isu ini di laman Instagramnya.

 

 

Bila keluar kenyataan “asingkan pakaian suami sebagai tanda memuliakan suami”, akan berlaku tempias kepada isteri-isteri lain yang campurkan pakaian suami dengan pakaian anak-anak di mana mereka merasakan diri mereka tak memuliakan suami.

Kalau kena asingkan pakaian suami tanpa sebab kukuh seperti kelunturan warna baju atau najis pada pakaian anak-anak, maka kelihatan ia berlebih-lebihan.

Kalau korang buat sistem atau undang-undang pengurusan di rumah yang korang selesa dan mampu untuk lakukan, jangan bersifat “memaksa” orang lain buat atas nama agama.

Menimbulkan kesukaran untuk mengasingkan. Bukan semua situasi suri rumah itu sama. Islam bukan agama yang menyusahkan. Ini dinamakan takalluf (memberatkan) dalam agama.

 

Jangan buat orang lain rasa bersalah dalam agama. Ada unsur melampau dalam memuliakan suami. Bila dah kata pakaian suci, maka ini adalah pengiktirafan syariat. Maka tiada faedah untuk pengasingan atas alasan adab.

Sama macam kita cakap, kalau susun baju suami jangan campurkan dgn baju anak-anak. (Yang dimaksudkan ialah asing atas dasar memuliakan, tapi kalau atas dasar supaya senang nak pilih, takda masalah) Ini tak masuk akal.

 

 

Kita bersetuju bahawa isteri berhak mohon pertolongan suami untuk buat kerja-kerja rumah. Dan hal ini jauh lebih berat dari sekadar mencampurkan pakaian suami.

Tetapi kita tak cakap pula isteri yang mintak suami bantu kerja rumah sebagai isteri yang tak memuliakan suami. Jadi, takkan sekadar campurkan pakaian tu dikatakan tak memuliakan suami.

Suami dan isteri adalah rakan kongsi rumahtangga. Maka mereka saling memudahkan, bukan menyusahkan.

Apa guna ASINGkan baju suami, tapi kata-kata tajam isteri pun buat suami rasa terASING.

Sumber kredit: Instagram PU Azman

Published by
Norhasliza