Lagu Sayunk I Love You yang trending di aplikasi Tik Tok sering menjadi siulan para pelayar. Namun, bukan sekadar lagu yang menjadi perhatian pelantun suaranya, Chombi juga mendapat ‘spotlight’ sama.
Baru-baru ini penyanyi muda yang baru berusia 15 tahun itu, telah diundang menghadiri program Malaysia Hari Ini (MHI) bertujuan mempromosikan lagunya yang tersohor sehingga berjaya menembusi pasaran Indonesia.
Hantaran video yang tular dilaman Tik Tok pengguna akaun @syafiq.cools memaparkan anak kepada penyanyi Harry Khalifah itu, sedang mendendangkan lagunya secara langsung di TV3.
Chombi atau nama sebenarnya, Siti Maryam meraih pujian netizen apabila suaranya tidak berubah walaupun menyanyi secara live.
Muka Bercahaya Betul, Pakai Produk Apa?
@syafiq.cools #chombi #mhitv3 #fypviraltiktok ♬ Sayunk I Love You – Chombi
Selain pujian suara, rata-rata netizen turut memuji kecantikan kulit wajah Chombi yang dikategorikan sebagai ‘glass skin’, sehingga ada yang bertanyakan ‘rahsia’ penjagaan kulit dan rutin kecantikkan yang diamalkan Chombi.
Namun, ada juga netizen yang mengusik Chombi dengan meyatakan bahawa kulitnya bersinar seperti minyak tumpah, kerana dilihat terlalu berkilat.
Artikel berkaitan: Tak Mustahil Boleh Dapat Glass Skin Dalam Sebulan Je. Ini Caranya Yang Perlu Anda Tahu!
“Ada Minyak Tumpah Ka? Apapun Sedap Suara.”
“Hang Boh Spray Clear Ka Muka?”
“Dia Sapu Minyak Kat Muka Ke?”
Bagaimanapun, tak kisahlah muka berkilat macam lori minyak tumpah sekalipun. Janji suara sedap, empunya suara pun ada pakej lengkap, cantik hingga menjadi kegilaan ramai lelaki diluar sana.
Sumber: TikTok syafiq.cools & Instagram Chombi
Artikel berkaitan: Produk Lokal Bantu Kulit Kusam Putih Dan Berseri, Set Ini Untuk Hijabi Yang Impikan ‘Glass Skin’.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Percutian Indah Boleh Bertukar Bencana Kalau Salah Pilih Bagasi. Ciri No 6 Tu Macam Nak Bawak Satu Almari!
Isi Kandungan
ToggleMengimpikan percutian indah adalah sesuatu perkara yang paling stress untuk dilaksanakan. Merancang bercuti di hujung tahun memerlukan penelitian setiap sudut, lagi-lagi buat hijabi yang gemar melancong dan bergaya. Pasti semua keperluan ingin dibawa demi mencipta momen yang akan dimuat turun di laman sosial.
Hijabi travellers lebih mementingkan daya tarikan, oleh itu untuk melancong mereka perlu 4 beg ini iaitu tas tangan, sling beg ketika ootd, beg gajet dan paling utama bagasi. Namun yang lebih penting adalah cara memilih bagasi yang sesuai dengan keperlun dibawa supaya tidak ada masalah terlebih berat, rosak ketika dalam perjalanan dan juga keselamatan barangan yang dibawa.
Perlu Tahu 6 Ciri-ciri Ini Untuk Pilih Bagasi:
Banyak faktor yang perlu dilihat dan dikaji sebelum anda membuat keputusan untuk membeli bagasi kerana tiada satu bagasi pun yang akan kena dengan cita rasa pengguna. Cara kita travel juga berbeza bagi setiap individu.
Di sini ada sedikit tip yang boleh anda lihat dan teliti sebelum membeli bagasi diidamkan.
1. Saiz & Berat
Beg pakaian menang tangan untuk kemudahan peribadi anda supaya bagasi tidak menjadi bebanan dalam perjalanan. Pastikan saiz dan berat bagasi tidak membebankan anda untuk bergerak terutama hand carry bags. Berat yang bersesuaian adalah 5kg ke bawah.
2. Ciri-ciri Bagasi
Kebiasaanya, tidak semua syarikat penerbangan mempunyai spesifikasi kompartment yang sama. Oleh itu, untuk mengelakkan masalah berlaku, carilah beg yang paling ringan untuk dibawa bercuti. Jika tidak mahu check in beg anda, pastikan berat beg tidak melebihi berat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan dinaiki.
3. Pemilihan Yang Betul
Apabila memilih bagasi, periksa betul-betul dari setiap sudut termasuklah bahagian yang paling penting sekali iaitu bahagian roda! Ia sememangnya memuaskan untuk melancarkan koper anda dengan mudah, tali dan zip. Jenis jahitan, kulit dan kain yang di gunakan juga sangat penting kerana anda tidak tahu keberangkalian yang akan terjadi dengan bagasi ketika kerja-kerja pemunggahan.
4. Jenis Material
Antara faktor utama yang perlu dititikberatkan ketika membuat pemilihan dari segi material beg adalah rangka, fabrik dan jenis waterproof atau tidak. Pastikan beg tersebut juga ringan, mudah dibawa dan ada ciri-ciri yang terperinci untuk kegunaan yang anda perlukan. Paling penting tahan lama, selamat dan mudah untuk di bawa.
5. Jenama Juga Kualiti Beg
Pastikan anda membeli beg yang mempunyai kualiti tinggi dan jaminan yang lama. Antara bagasi tersenarai dalam 10 jenama bagasi terbaik untuk traveler adalah seperti American Tourister Somsonite, memiliki berat 4.9kg, permukaan bagasi yang diperbuat dari HS POLYPROPYLENE jenis polimer termoplastik dan paling ringan dari semua produk termoplastik. Ini menjadikannya bahan yang sesuai untuk mana-mana julat bagasi ringan. Kualiti tahan lama yang mempunyai jaminan selama 3 tahun.
6. Keselamatan & Harga
Ciri keselamatan amat penting, pastikan bagasi anda memiliki kod kunci keselamatan bagi memastikan barangan yang dibawa selamat dan terjamin. Selain itu pastikan harga yang ditawarkan di pasaran berbaloi dengan ciri-ciri lima di atas.
7. Warna Menonjol
Ciri ini nampak remeh tetapi benar untuk keselamatan dan juga diingatkan elak memilih bagasi berwarna hitam. Sekiranya memilih bagasi berwarna unik dan menonjol untuk perhatian sendiri dan kalau boleh lain daripada yang lain bagi memudahkan anda mengenal pasti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Alami Senggugut Sampai Berguling-Guling Wajib Risau, Sebabnya Salah Satu Tanda Hidap Endometriosis
Isi Kandungan
ToggleNormal bagi seorang wanita itu jika mengalami sakit perut disebakan senggugut setiap kali datang bulan. Ada yang terpaksa mengambil cuti kerana kesakitan yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Kalau boleh memang mahu berehat saja di rumah tanpa gangguan sesiapa. Tapi jangan sesekali pandang ringan kerana sengugut ini juga salah satu simptom kepada endometriosis. Perkongsian doktor ini di laman sosial memberitahu tentang penyakit ini yang bukan kanser tetapi paling kerap dihidapi kaum wanita selain fibroid.
Ini penjelasan Doktor Rafiuddin Hamizan di laman sosial facebook berkenaan sakit endometriosis.
SENGGUGUT SAMPAI BERGULING – GULING, MACAM RAHIM KENA GUNTING.
Saya pernah jumpa pesakit yang setiap bulan mesti akan ponteng kerja sehari dua. WAJIB. Sebab setiap kali datang haid, dia akan mengalami sakit senggugut yang kuat sangat sampai termuntah – muntah dan nak berjalan pun tak boleh. Dahsyat kan ? Tapi yang paling dahsyat, dah sekian lama baharu lah dia jumpa doktor. Sebabnya ? Semua orang cakap itu normal. Dan topik haid ni masih ‘taboo’ dalam kalangan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Hari ini saya nak menulis mengenai penyakit wanita yang bukan kanser tapi antara paling kerap dihidapi wanita selain fibroid, iaitu ENDOMETRIOSIS. 70 – 80% wanita yang menghidap endometriosis biasanya mempunyai simptom senggugut. Nampak tak betapa ‘biasa’ nya masalah ini ?
ENDOMETRIOSIS TU APE BENDA ?
Untuk memahami bagaimana endometriosis boleh terjadi, perlu difahami dulu anatomi rahim wanita. Rahim wanita terdiri daripada 3 lapisan. Lapisan paling dalam ialah endometrium. Lapisan tengah myometrium manakala lapisan luar ialah perimetrium. (Rujuk gambar pertama).
Lapisan endometrium yang berada paling dalam akan menebal setiap bulan di bawah pengaruh hormon estrogen sebagai persediaan untuk mengandung. Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan ini akan menipis semula dan gugur dalam bentuk darah haid setiap bulan.
Endometriosis berlaku apabila terdapat tisu endometrium yang sepatutnya berada di dalam rahim, menempel dan tertanam di bahagian luar rahim seperti di tiub, ovari, usus, pundi kencing dan dinding abdomen. (Rujuk gambar 2)
Jadi sebagaimana lapisan endometrium dalam rahim, tisu – tisu di luar rahim ini juga bertindak balas terhadap hormon secara serupa. Jadi, pendarahan haid bulanan yang berlaku di dalam rahim, berlaku juga DI LUAR RAHIM. Ini menyebabkan proses keradangan berlaku. Selain itu, keradangan ini juga menyebabkan berlakunya lekatan antara struktur – struktur organ di sekeliling tisu – tisu ini. Dan dalam sesetengah kes juga, berlaku pembentukan ‘chocolate cyst’ atau nama lainnya endometrioma. (Rujuk gambar 3).
Penyakit ini berlaku pada wanita dalam lingkungan usia selepas akil baligh sehingga menopause dan paling tinggi pada usia sekitar 30 – 45 tahun. Dianggarkan sekitar 10% wanita menghidap masalah ini [1], tetapi ia susah untuk dipastikan kerana pembedahan diperlukan untuk mendiagnosa penyakit ini secara pasti 100%. Kebiasaannya, doktor hanya membuat diagnosa berdasarkan simptom dan pemeriksaan klinikal, melainkan jika ada keperluan untuk pembedahan.
BAGAIMANA TERJADI
Sebab kenapa endometriosis terjadi sebenarnya tidak diketahui. Terdapat beberapa teori berkenaan punca ia terjadi tetapi yang paling popular ialah ia berpunca daripada aliran darah haid secara ‘backflow’ atau terbalik. Menurut teori ini, apabila berlaku pendarahan haid, sebilangan kecil akan keluar terbalik ke atas, melalui tiub ke ovari lalu melimpah ke bahagian dalam abdomen bersama – sama tisu endometrium [2]. Teori ini turut disokong oleh penemuan bahawa endometriosis kerap berlaku kepada perempuan yang mengalami organ wanita tidak normal yang menyebabkan aliran darah haid tersumbat [3]. (Rujuk gambar 4)
Secara umumnya, wanita yang mempunyai faktor risiko ini lebih cenderung untuk mendapat endometriosis :
1) lewat mendapatkan zuriat
2) kitar haid yang pendek, kurang 27 hari
3) keluar darah haid berpanjangan, lebih 7 hari
APA TANDA – TANDA ENDOMETRIOSIS ?
Antara masalah/simptom yang dihidapi wanita yang mungkin disebabkan oleh endometriosis ialah :
1) Senggugut, 70 – 80%
2) Sakit perut kronik, tidak mengira haid, 30 – 50%
3) Sukar mendapat zuriat, 20 – 40%
4) Sakit semasa melakukan hubungan seksual, 25 – 40%
5) Ketidakaturan kitaran haid, ~16%
6) Sakit semasa kencing, terutama ketika haid, 1 – 2%
7) Sakit atau berdarah semasa buang air besar, terutama ketika haid, 1 – 2%
8 ) Batuk berdarah disertai kesukaran bernafas, semasa haid – SANGAT -SANGAT JARANG, berlaku apabila tisu endometrium menempel di paru – paru
Kesukaran mendapat zuriat disebabkan endometriosis adalah pada sekitar 20 – 40% [4]. Ia disebabkan lekatan yang berlaku akibat dari keradangan yang disebabkan tisu – tisu endometrium di luar rahim. Lekatan ini menyebabkan kerosakan struktur terutama kepada tiub. Ini menyebabkan proses persenyawaan sukar berlaku.
BAGAIMANA DOKTOR MERAWAT ENDOMETRIOSIS?
Secara umumnya, rawatan akan dimulakan dengan merawat simptom dahulu seperti pemberian ubat tahan sakit dan hormon untuk mengurangkan simptom.
Jika terdapat keperluan, pembedahan akan ditawarkan kepada pesakit khusunya untuk pesakit yang :
1) sukar mendapat zuriat
2) mempunyai chocolate cyst yang besar
3) tidak respons kepada rawatan menggunakan ubat
Nasihat saya :
1) Jangan malu untuk bercakap mengenai haid anda. Wanita perlu prihatin dengan haid sendiri dan berkongsi dengan ahli keluarga serta doktor jika terdapat masalah
2) Kesakitan senggugut BUKAN SUATU YANG NORMAL terutamanya jika ia mengganggu anda melakukan aktiviti harian dan bersosial
3) Para lelaki (ayah, abang dan suami) perlu bersama – sama memberi sokongan untuk memperkasakan wanita. Jangan ejek atau perkecilkan anak, adik, kakak atau isteri anda jika mereka mengalami masalah senggugut.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ingin Kelihatan Awet Muda Seperti Rakan Sebaya? Ini Essence Terbaik Kunci Kecantikan Wanita Korea Sesuai Untuk Hijabi Asia.
Isi Kandungan
ToggleSekiranya anda ingin mencerahkan wajah, harus cuba mengaplikasikan beberapa peringkat perawatan wajah ala gadis Korea. Selain itu, yang paling penting adalah memilih produk lapisan essence dengan konsentrasi bahan aktif yang cukup tinggi.
Essence juga mampu untuk menjadikan kulit anda lebih sihat dan lembap kerana ianya diformulasikan dari bahan-bahan tertentu yang dapat mengatasi masalah kulit seperti garis halus, kedutan serta kulit kusam. Terkandung sejumlah bahan aktif yang berfungsi untuk menstimulasikan sel-sel kulit baru. Kenalpasti jenis kulit anda terlebih dahulu. Info berikut akan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk kulit wajah;
Cara memilih essence
Dalam memilih essence, ada dua faktor penting yang perlu anda perhatikan. Anda tidak perlu menganggap bahawa essence mampu melembapkan kulit wajah walaupun dari produk yang terbaik. Sebab, pada dasarnya air memang sulit terserap ke kulit manusia sehingga kondisi permukaan kulit lebih lembap. Jadi, apa sebenarnya kedua faktor yang menjadi dasar pemilihan tersebut?
Pilih tekstur dan aroma berdasarkan selera anda
Pilihlah essence berdasarkan efek yang anda rasakan setelah penggunaan. Setiap orang pastinya memiliki selera yang berbeza dalam hal ini. Anda boleh mencuba tester atau membeli starter pack terlebih dahulu sebelum menggunakannya dalam jangka panjang. Ada essence yang memberikan rasa matte setelah digunakan dan ada juga yang terasa meleket. Hal tersebut akan berpengaruh pada kemudahan pemakaian solekan.
Selain itu, di luar dugaan ternyata banyak orang yang merasa tidak sesuai dengan beberapa aroma essence. Beberapa produk essence memiliki aroma unik sehingga bagi anda yang sensitif terhadap aroma perlu memilihnya dengan lebih hati-hati. Sebelum membeli, sebaiknya anda semak aromanya dan pastikan kulit anda tidak mengalami iritasi setelah penggunaan.
Sangat penting untuk memilih essence berdasarkan tekstur dan aroma yang anda sukai. Hal ini akan mempengaruhi kecantikan Anda. Aroma yang sesuai dapat merangsang area hipotalamus di otak untuk memproduksi hormon serotonin sehingga bagus untuk memperbaiki mood.
Pilih yang memberikan rasa lembap
Anda tidak perlu mengutamakan kekuatan melembapkan sebuah essence. Produk yang memberikan rasa lembap tanpa kekuatan pelembap yang tinggi sudah cukup untuk digunakan.
Periksa kandungan yang boleh memberikan rasa lembap
Anda perlu memahami kandungan apa saja yang dapat memberikan kelembapan pada kulit. Berikut ini adalah beberapa kandungan yang umumnya dikenal sebagai bahan pelembap.
- Butylene glycol (BG) : Bahan ini memiliki kemampuan tinggi dalam menyimpan kelembapan dan tidak begitu melekit dibandingkan BG merupakan salah satu jenis alkohol polihidrat (*) yang sering digunakan dalam berbagai produk skin care maupun kosmetik.
- Glycerin : Salah satu jenis alkohol polihidrat (*) yang paling unggul dalam menyerap kelembapan. Begitu juga dengan concentrated glycerin dan
- Hyaluronic acid : Kandungan alami yang terdapat pada lapisan dermis kulit. Jika digabungkan dengan glycerin, kemampuan melembapkannya tidak perlu diragukan lagi.
- Kolagen : Protein berserat yang tidak bisa diserap kulit. Kolagen akan merubah dirinya menjadi peptida kolagen yang memiliki bentuk lebih kecil supaya bisa menembus kulit.
- Trehalose : Salah satu kandungan yang terbuat dari gula yang bisa menjaga kelembapan dengan baik. Oleh karena kemampuannya itu, trehalose kerap digunakan sebagai pelembap dalam produk kosmetik.
- Selain kandungan-kandungan di atas, ada juga kandungan pelembap yang diciptakan sendiri oleh produsen.
- (*) Alkohol polihidrat atau gula alkohol adalah pelembap yang dapat menyerap molekul air serta mengunci kelembapan. Oleh karena itu, alkohol polihidrat menjadi pelembap yang paling banyak dipakai.
Kandungan ethanol tidak selalu membuat kulit menjadi kering
- Anda mungkin sering mendengar bahawa essence dengan kandungan ethanol dapat membuat kulit mudah kering. Padahal, sebenarnya ethanol itu sendiri tidak menyebabkan kulit menjadi kering. Rasa kulit tegang anda rasakan setelah menggunakan produk dengan ethanol bukan bererti kulit akan menjadi kering.
- Produk yang mengandung ethanol tidak selalu membuat kulit menjadi kering. Kebanyakan orang menyamakan ethanol untuk kosmetik dengan ethanol yang digunakan di laboratorium atau klinik. Ethanol untuk kosmetik tidak menyebabkan kulit kering.
- Apabila kulit anda alergi dengan alkohol atau memiliki penyakit dermatitis atopik, ethanol memang perlu dihindari. Namun, untuk anda yang berkulit normal, produk ber-ethanol masih boleh digunakan.
Seperti jenis perawatan wajah lainnya, essence juga mempunyai banyak varian. Semak produk essence yang sesuai dengan kulit anda seperti di bawah ini.
1. Kiehl’s Iris Extract Activating Essence Treatment
Mengatasi masalah penuaan, kedutan, kulit kasar, dan kusam
Jika anda mencari essence yang memberi manfaat anti-aging, maka produk dari Kiehl’s ini dapat menjadi pilihan anda. Mengandunngi ekstrak akar Iris florentina untuk mengatasi masalah penuaan pada kulit wajah anda. Selamat tinggal kulit kasar, kusam, dan kedutan pada wajah!
Selain itu, produk berwarna transparan ini mengandung Lipo Hydroxy Acid (LHA) yang dapat meningkatkan regenerasi kulit sehingga tentu saja wajah akan terlihat lebih cerah. Teksturnya cair dan meninggalkan sedikit rasa meleket. Namun, anda tidak perlu kuawatir, rasa leketnya akan cepat hilang.
2. SK-II Facial Treatment Essence
Jadikan kulit wajah Anda sebening kristal!
Essence dari SK-II ini mengandung lebih dari 90% PITERA™, iaitu bahan alami yang kaya akan asid amino, vitamin, dan mineral. Kandungan PITERA™ ini mampu melembapkan, menutrisi kulit, serta mencerahkan kulit wajah anda yang kusam menjadi tampak berseri alami.
Produk ini telah beberapa kali memenangi penghargaan sebagai essence terbaik kerana manfaatnya yang tidak boleh disangkal lagi. Dengan tekstur watery yang super ringan, gunakan dua kali sehari dan dapatkan kulit yang menawan sebening kristal! Essence ini sesuai digunakan oleh anda yang bermasalah dengan kulit kusam.
3. L’OREAL Paris Skin Expert Revitalift Pure Centella Micro-Essence Water
Essence anti penuaan (anti aging) terbaik
Ingin kelihatan awet muda semasa bersantai bersama rakan-rakan sebaya? Cuba sekarang produk perawatan wajah yang terkenal di pasaran Malaysia, L’Oreal Paris menghasilkan kaedah penjagaan yang sesuai untuk kulit wajah wanita Asia. Diformulasikan daripada 92% ekstrak Pure Centella Asiatica yang dapat menghapuskan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah anda. Kulit anda akan tampil terhidrat, lembut dan anjal dalam masa beberapa hari. Essence ini berkesan untuk menghilangkan garis halus di wajah serta tekstur produk ini tidak melekit dan meresap terus masuk ke dalam kulit anda dengan cepat
4. Fresh- Black Tea Kombucha Antioxidant Essence
Langkah pra-esensi antioksidan yang perlindungan pencemaran untuk kulit licin & bercahaya.
Intipati kandungan bahan seperti kombucha, teh hitam yang ditapai manis yang mensasarkan kesan yang jelas dari pencemaran yang menyebabkan kedut dan radikal bebas. Kesan dari penggunaan essence ini wajah akan lebih berkilau, menghilangkan garis halus, meningkatkan keanjalan, menghaluskan tekstur kulit wajah, menyokong nada kulit yang lebih sihat, dan hidrat selama 24 jam dengan asid hyaluronik. Fresh- Black Tea Kombucha Antioxidant Essence sesuai untuk semua jenis kulit.
5. INNISFREE Soybean Energy Essence
Essence terbaik khas dari Korea mampu menutup cela di wajah
Ingin tampil cantik ala-ala artis wanita Korea? Bagi anda yang gemar menonton drama Korea, pasti anda tahu akan jenama Innisfree yang mendapat liputan meluas di Korea. Essence ini diperbuat daripada bahan semula jadi yang dapat membuat kulit anda tampak bermaya dan segar. Untuk wanita yang inginkan perlindungan kulit yang terbaik, produk ini untuk anda.
Manfaat essence ini adalah untuk mencerahkan kulit kusam dan meremajakan kulit wajah anda. Diformulasikan dari kacang soya yang diambil khas dari Kepulauan Jeju, essence ini mampu menghilangkan kekotoran dan menutup cela pada kulit wajah anda.
6. LANEIGE Water Bank Essence_EX
Produk essence terbaik untuk kulit kombinasi
Laneige, satu jenama penjagaan wajah yang tidak asing lagi dalam pasaran menghasilkan essence sesuai untuk kulit kombinasi (normal to dry). Diperbuat daripada bahan semulajadi, essence ini mampu untuk bertahan selama 24 jam dan meningkatkan tekstur kulit menjadi lebih bersinar.
Dengan ekstrak tillandsia, benih Quinoa dan Hydro Ion Mineral Water, essence ini akan cepat meresap masuk untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dan memperbaiki lapisan kulit baru. Fungsi utama essence ini adalah untuk mengekalkan kelembapan dan memberikan keseimbangan buat kulit anda agar kekal sihat.
7. BENTON Snail Bee High Content Essence
Essence bebas paraben dan alkohol – sesuai untuk si kulit sensitif
Anda berkulit sensitif dan tidak tahu produk yang sesuai? Essence dari Benton ini ada jawapan terbaik untuk anda. Dengan mengandungi 90% lendiran siput dan bee venom, ianya mampu menghapus sel-sel kulit mati serta melembap dan menghilangkan kedutan di kulit anda. Bagi wanita berkulit sensitif, anda tidak boleh memakai perawatan wajah yang ada bahan kimia. Essence ini bebas paraben dan alkohol, selamat untuk kulit anda. Tekstur essence ini mengandungi bahan-bahan dari semulajadi, tidak akan menyebabkan kulit anda bertambah iritasi.
8. GARNIER Sakura White Pinkish Radiance Essence Lotion
Essence yang murah di pasaran – sesuai untuk kulit remaja
Kebanyakkan remaja masih belum mengalami sebarang masalah kulit wajah akibat bahan kimia yang terdapat di dalam alat solekan mahupun asas penjagaan. Garnier, salah satu produk yang terkenal di pasaran Malaysia ini, terbaik untuk anda kerana ianya mampu membuatkan kulit wajah kekal terhidrat dan menjadi segar semasa melakukan aktiviti luar. Diperkaya dengan ekstrak bunga Sakura dari Jepun, asid hyaluronik, Vitamin B3 dan CG, kulit anda akan kelihatan ‘pinkish’ dan bertambah cerah. Walaupun berjemur di bawah sinar matahari, kulit wajah anda kekal segar dan bermaya.
9. COSRX Advance Snail 96 Mucin Power Essence
Essence terbaik untuk anda yang kulit berminyak
Essence dari produk Cosrx ini sesuai untuk semua jenis kulit terutama sekali untuk anda yang mempunyai masalah kulit wajah berminyak. Diformulasikan dengan 96% dari ekstrak mucin (mucus) siput, Advanced Snail 96 Mucin Power ini mampu mengekalkan kelembapan kulit wajah dan menghapuskan sel-sel kulit mati. Essence ini juga dapat menambah nutrien serta perbaiki masalah kulit dengan membuatkan kulit anda bertambah anjal dan kelihatan awet muda. Ianya menghalang kulit wajah anda dari penghasilan minyak yang berlebihan dan teksturnya tidak membuatkan kulit anda terasa melekit.
10. MISSHA Time Revolution The First Treatment Essence Intensive Moist
Kelembapan maksimum untuk kulit kering
Essence dari Missha ini diperbuat daripada Fermented Himalayan Purple Barley untuk penyerapan kulit lebih cepat dan memberikan kelembapan yang maksimum untuk wajah anda. Bagi anda yang berkulit kering, produk ini sesuai untuk anda kerana ianya membuatkan kulit terhidrat serta meningkatkan struktur keanjalan kulit wajah dan tampak sihat sepanjang masa.
Dengan mengandungi 80% Yeast Concentrate dan Niacinamide, essence ini menyerap masuk ke dalam kulit wajah untuk membuatkan anda tampil segar dan menawan. Essence ini juga mampu untuk menghalang kulit anda dari munculnya kedutan halus dan tona kulit menjadi kembali sekata. productnation
SUMBER: byrdie & productnation
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI