Hobi & Minat

Promosi & Diskaun Lebih Besar, Jimat Banyak! Hijabi ‘Shopaholic’ Rebut Peluang Belah Beli Belah Luar Biasa Di Taobao

Share

Wanita sememangnya sinonim dengan aktiviti membeli belah. Kadang-kadang bila terlampau sibuk menguruskan komitmen seharian seperti kerjaya dan keluarga dapat meluangkan sedikit masa untuk shopping, ibarat hilang seketika masalah!

Buat hijabi yang menjadikan shopping sebagai ‘ubat’ untuk menghilangkan tekanan seharian bekerja berita baik ini Hijabista bawakan khusus untuk anda!

Tawaran 11.11 Taobao Malaysia Beri Hijabi Pengalaman ‘Online Shopping’ Luar Biasa!

Buat julung kalinya platform e-dagang Taobao, yang telah lama memasuki pasaran Malaysia, akan mengadakan ‘Tawaran 11.11 ’ dengan tema “Fikir saja, Taobao kan ada” bersempena bulan November ini. 

Bagi memudahkan pengguna di Malaysia yang tidak fasih berbahasa Cina, Taobao kini telah menaiktaraf sistem platform e-dagang mereka dengan sistem dalam Bahasa Inggeris.

sekaligus memberi pengalaman membeli-belah kondusif dan optima, serta akses meluas kepada Hijabi seluruh dunia. Seronoknya sis! Tiada lagi ‘Language Barrier’.

Promosi Lebih Besar, Diskaun Lebih Gila & Lebih Jimat

Wanita mana yang tidak sukakan diskaun dan tawaran berganda, ketika membeli belah kan? Mesti hijabi tertanya-tanya apa tawaran istimewa yang Taobao bawakan pada Tawaran 11.11 ini?

Istimewanya, pada tawaran 11.11 Taobao, hijabi boleh menikmati penghantaran percuma sepanjang hari tanpa sebarang pembelian minimum! Hijabi boleh mendapatkan baucar bernilai bernilai RMB35 (bersamaan RM21) tanpa had belian minimum jam 10.00 pagi.

Selain itu, jangan lepaskan peluang, mendapatkan kod promosi bernilai RMB 111 (bersamaan RM 66) pada jam 9.00 malam setiap hari, di Facebook dan Instagram Taobao Malaysia. 

Artikel berkaitan: Premium Outlet Syurga Membeli Belah Barangan Jenama Mewah. No 9 Rugi Kalau Hijabi Lepaskan Peluang Jejakinya!

Anda juga bakal mendapatkan lebih penjimatan, jika membuat pembelian RMB300 (sekitar RM170) keatas, hijabi layak menikmati diskaun sebanyak RMB50 (bersamaan RM29).

Malah, pengguna baharu aplikasi Taobao juga menerima potongan eksklusif sehingga RM90!  Sesuai dengan tema ‘Beli Apa Saja Yang Anda Bayangkan’ hijabis bakal menemui produk unik dan luar biasa yang tidak mungkin dijumpai di tempat lain. 

Di sini Hijabista senaraikan beberapa barangan menarik yang Hijabi boleh dapat hanya di platform dan aplikasi Taobao.

  1. Topi Bunga Sakura

Hijabista dan fesyen berpisah tiada! Jadi hijabi yang suka bergaya wajib menambah topi bunga sakura comel, berwarna merah jambu ini ke dalam koleksi aksesori anda. Topi yang diperbuat daripada kain felt lembut ini, bakal memberikan keselesaan dan pelengkap gaya sempurna buat si pemakainya!

  1. Tote Beg Kucing ‘Lebah’ Unik

Bagi hijabi pencinta kucing, aksesori ini perlu anda miliki! Tote bag kucing bertemakan lebah comel, bakal memudahkan anda membawa kucing kesayangan pada bila-bila masa. Lebih praktikal dan Insta-worthy tau!

Uniknya, beg ini dilengkapi dengan lubang di bahagian hadapan, membolehkan kucing anda melihat pemandangan, ketika travel bersama hijabi dan menjadikan setiap percutian bersama si bulus lebih bermakna.

  1. Rak Beruang Comel

Rak beruang ini pasti menambah keceriaan dalam bilik tidur hijabi, gaya yang comel dan minimalis amat sempurna untuk mempamerkan buku-buku kegemaran anda. Pendek kata, sejuk mata memandang sis!

Ada lagi yang lebih mengujakan dari Taobao

Lebih mengujakan lagi, Tawaran 11.11 ‘Taobao Karnival G11.11LER!’  juga akan berlangsung secara secara fizikal mulai 7 hingga 10 November ini. Bermula pada jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam (7 November 2024) dan sehingga jam 1.00 pagi pada (8 November hingga 10 November 2024). 

Acara ‘Shopping Haul’ gilang gemilang yang pertama seumpamanya ini, akan diadakan di Tapak Urban Street Dining, Persiaran Hampshire, Jalan Ampang!

Selain itu, majlis berprestij ‘Karnival G11.11LER!’  ini bakal digamatkan dengan persembahan langsung (Live Performance) yang memukau! 

Hijabi juga boleh mengisi masa, dengan permainan menyeronokkan seperti bola sepak mini, dadu gergasi dan gashapon sambil mengabadikan kenangan Taobao 11.11 bergambar bersama keluarga dan rakan-rakan di sudut bergambar (photobooth)

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi kod promosi eksklusif Taobao serta pelbagai barangan istimewa untuk dibawa pulang sambil menyemarakkan kemeriahan membeli belah pada ‘Karnival G11.11LER’.

Aplikasi Taobao kini boleh dimuat turun secara PERCUMA di aplikasi Apple Store dan Google Play Store.

Artikel berkaitan: Bercuti Dengan ‘Girl Gang’ Di Sabah? Ini 5 Lokasi Hotspot Untuk Hijabi Basahkan Tekak Pilihan Hijabista!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini. 

 

 

Published by
Haifa Nasir