Program Embrace Umpama Sinar Baru Buat Pesakit Kanser Payudara Metastatik, Pfizer Malaysia Bekerjasama Dengan BCWA Tingkatkan Kesedaran Masyarakat

Share

Pfizer Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), menyasarkan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap kanser payudara metastatik. Kempen ini bertujuan mengubah persepsi, mengatasi stigma dan meluaskan topik perbincangan meliputi perihal kanser payudara metastatik.

Kanser payudara metastatik (mBC) merupakan kanser payudara tahap tertinggi yang diakibatkan oleh sel kanser yang merebak dari payudara ke organ-organ badan lain. Ia masih tergolong sebagai penyakit yang tidak boleh disembuhkan dan merupakan punca kematian akibat kanser kedua tertinggi dalam kalangan wanita hari ini.

Pfizer Malaysia dan BCWA juga menyasarkan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap kanser payudara metastatik, mengubah persepsi, mengatasi stigma dan meluaskan topik perbincangan meliputi perihal kanser payudara metastatik.

Turut dilancarkan program EMBRACE  bagi memberikan rawatan efektif kepada mereka yang memerlukan sekaligus memberi peluang kepada pesakit untuk hidup dengan lebih produktif.

Melalui program EMBRACE yang merupakan program sokongan kepada pesakit, Pfizer dapat membantu keterusan rawatan pesakit mBC untuk kesihatan dan kualiti kehidupan yang lebih baik. Menerusi program ini  juga pesakit mBC dapat merancang kewangan mereka dengan lebih baik serta mengakses rawatan perubatan inovatif.

Tahap emosi pesakit mBC tidak stabil dan mampu mempengaruhi tanggapan terhadap diri sendiri, komunikasi mereka dengan orang sekeliling dan cara mereka menjalani kehidupan seharian. Biarpun kanser dikenalpasti pada peringkat awal, hampir 30 peratus wanita dengan kanser tahap awal berisiko tinggi berkembang ke tahap metastatik.

Atas usaha badan-badan berkaitan yang giat menjalankan kempen dan aktiviti kesedaran tentang kanser payu dara, tahap kesedaran tentang subjek ini adalah tinggi. Bagaimanapun, pengetahuan masyarakat mengenai mBC masih rendah. Kira-kira daripada 5 bancian kurang mengetahui tentang kanser payudara metastatik.

PENJELASAN BERKENAAN KANSER PAYUDARA METATISTIK

Satu bancian telah dijalankan oleh BCWA pada September 2019 bagi mengumpul maklumat berkaitan tahap kefahaman masyarakat Malaysia melibatkan pengetahuan, tindakan dan pendekatan mendapatkan rawatan terhadap mBC. Bancian tersebut turut disokong oleh Pfizer Malaysia.

“Kami menjalankan bancian ini dengan responden dengan latar belakang yang berbeza bagi memahami dan mengurangkan jurang kefahaman kanser payudara metastatik. Hasil bancian tersebut bukan sahaja membantu kami mengenalpasti punca kekurangfahaman, malah menjadi panduan untuk tindakan seterusnya,” ujar Ranjit Kaur, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia.

Berdasarkan keputusan bancian, 70 peratus responden berpendapat kelemahan tahap kesedaran terhadap pilihan rawatan sebagai antara punca utama mengekang pesakit mBC mendapatkan rawatan perubatan yang efektif. Tahap kemampuan pula mencatatkan peratusan tertinggi dalam bancian tersebut1.

“Perbaiki akses informasi berkaitan mBC dan bimbingan profesional tentang risiko, kelebihan dan ketidakpastian terhadap pilihan rawatan, ia pasti membantu pesakit mBC dalam membuat keputusan yang baik, sekali gus memperbaiki tahap kehidupan mereka,” tambah Ranjit Kaur.

SOKONGAN KUAT KEPADA PENGHIDAP KANSER PAYUDARA METASTATIK

Tiga daripada lima bancian berpendapat mBC berpunca daripada kelewatan pengesanan kanser payudara. Tanggapan yang salah ini berkemungkinan mendorong pembentukan satu stigma dalam kalangan pesakit mBC. Kanser payudara adalah penyakit dengan kepelbagaian dimensi yang berbeza dari segi karakteristik, keperluan pesakit serta impak. Definisi ini perlu difahami terlebih dahulu sebelum memahami mBC.

“Beban penyakit tidak seharusnya ditanggung pesakit bersendirian. Berdasarkan pengalaman peribadi, saya memahami perasaan apabila disahkan menghidap kanser payudara. Ia situasi yang amat menakutkan terutama jika kita tidak pasti dengan apa yang akan berlaku selepas ini dan kepada siapa patut kita mengadu.

“Disebabkan itu BCWA komited dalam menyediakan sokongan psikososial berkumpulan, bimbingan praktikal dan sumber maklumat. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai pesakit kanser payudara, sama ada tahap awal, tahap tertinggi dan metastatik untuk saling memberi sokongan dan galakan. Kami amat berbesar hati kerana sekali lagi berpeluang bekerjasama dengan Pfizer dalam meluaskan tahap kesedaran ini kepada orang ramai,” kongsi Ranjit.

MAMPU MENERUSKAN KEHIDUPAN UNTUK TEMPOH YANG PANJANG

Kira-kira 62 peratus responden juga berpendapat bahawa mBC tidak boleh dirawat. Sebenarnya, ramai pesakit mampu meneruskan kehidupan untuk tempoh yang panjang, seperti orang lain dengan produktif walaupun disahkan menghidap metastatik. Terdapat pelbagai pendekatan dalam merawat mBC dan rawatan terkini juga diuji setiap hari.

“Setiap perancangan rawatan pesakit adalah berbeza kerana setiap kanser payudara adalah unik. Paling penting adalah keyakinan pesakit terhadap kepelbagaian rawatan metastatik yang ditawarkan. Walaupun mBC tidak boleh disembuhkan, tujuan utama rawatan kanser payudara metastatik adalah bagi memperlahankan atau menghentikan tahap pertumbuhan kanser sekali gus mengekalkan kualiti hidup pesakit,” jelas Prof. Emeritus Dato’ Dr Yip Cheng-Har dalam perkongsiannya berkenaan mBC dalam satu majlis anjuran Pfizer Malaysia.

Published by
Norhasliza