Produk muka tidak bergantung kepada jantina malah pemilihannya bergantung kepada jenis kulit dan keadaan kulit seeorang. Pemilihan produk yang tepat untuk kulit wajah yang berminyak sangat penting untuk memastikan kulit berada dalam keadaan yang baik serta dapat mengawal minyak di wajah.
Lazimnya, produk untuk kulit yang berminyak dihasilkan untuk mengurangkan pengeluaran
sebum yang dihasilkan oleh kalenjar. Namun, sekiranya produk ini digunakan secara
berlebihan, ia boleh menyebabkan kulit menjadi terlalu kering. Produk yang sepatutnya
berfungsi untuk mengurangkan minyak menjadi punca kulit lebih berminyak.
Menurut Dr. Ismaliza Ismail, pemilik Klinik Amisi dan pengasas Skin Valet, antara faktor
lain yang menyebabkan produksi sebum berlebihan dan menyebabkan kulit berminyak adalah
seperti ketidak seimbangan hormon, persekitaran sebagai contoh jika cuaca terlalu panas
maka ia akan menyebabkan sebum dikeluarkan lebih normal, tekanan, diet yang tidak
seimbang dan faktor keturunan.
Dr. Ismaliza menjelaskan, bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak, rutin
penjagaan haruslah dilakukan dengan sempurna dengan menggunakan rangkaian produk
seperti pembersih muka, ‘toner’, pelembap jenis bebas minyak dan pelindung matahari.
1. Produk pembersih yang dicadangkan adalah produk yang mengandungi bahan seperti
salicylic acid, AHA, benzoyl peroxide kerana dapat membantu untuk mengurangkan
sebum tanpa mengeringkan kulit.
2. Produk pelembap juga wajib digunakan kerana ia membantu untuk mengawal
produksi minyak pada wajah dan melembapkan muka untuk kekal segar.
3. Pelindung matahari juga membantu bukan sahaja untuk mengawal minyak di muka,
malah ia juga mengurangkan kilauan minyak pada muka.
Bidang perubatan estetik menyediakan pelbagai rawatan untuk mengurangkan masalah kulit
yang berminyak. Antaranya seperti ‘dermaabrasion’, rawatan laser, ‘photodynamic’,
‘photofacial’ dan juga IPL (intense pulse laser). Kesemua rawatan ini membantu untuk
mengurangkan produksi sebum untuk memastikan kulit tidak kering.