Setiap hari kitaran haid adalah gambaran tahap hormon “tiga besar” yang berlainan: estrogen, progesteron dan testosteron. Bukan sahaja wanita yang dirancang agar tahap ini berubah-ubah, tetapi hubungan mereka juga berbeza setiap hari, mempengaruhi bagaimana penampilan dan perasaan anda.
Kunci utamanya adalah untuk memahami mengapa ia berubah-ubah dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengendalikan variasi ini. Sekiranya anda seperti kebanyakan orang, kulit anda mungkin mempunyai hari yang baik dan tidak begitu baik. Tetapi mengapa? Sudah tentu, faktor seperti tekanan, makanan yang anda makan dan produk dalam rejimen semuanya memberi perbezaan. Tetapi hormon anda juga memainkan peranan utama.
Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan anda. (Kecuali: Jika anda makan pil perancang, anda tak melalui ovulasi, jadi anda tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna anda kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat anda nampak sultry sepanjang bulan.
Apa sedang berlaku: Selain daripada selera makan memuncak (kek! coklat! kentang goreng!), anda mungkin ada beberapa jerawat (atau wajah yang sentiasa perlu dibedak) juga rambut berminyak.
Puncanya: Progesteron, hormon yang memuncak kira-kira enam hari sebelum haid bermula yang menyebabkan wajah dan kulit kepala mengeluarkan lebih minyak. “Itulah sebabnya hampir semua wanita di bumi ini mengadu mengenai kulit wajah yang kusam dan bad hair day
sebelum datang haid,” kata Dr Ranella Hirsch, pakar kulit di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
WAJAH:
Acnes Sealing Gel, Clean And Clear Active Clear Acne Speed Clearing Gel, Mario Badescu Drying Lotion.
RAMBUT:
Pantene Damage Detox Deep Cleanse Purifying Shampoo, Philip B Peppermint & Avocado Volumizing & Clarifying Shampoo, OUAI Detox Shampoo
PRODUK CADANGAN:
MAC Studio Fix Fluid foundation,Maybelline Fit Me- Matte+ Poreless foundation
PRODUK CADANGAN:
Fresh Jumbo Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer, L’Oréal Paris Hydra Genius Moisturizer, Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Cloud Cream.
Apa sedang berlaku: Yang bagusnya: “Progesteron merudum, jadi kulit dan rambut kurang berminyak,” kata Dr Hirsch. Tapi bila minyak dah kurang, bekas jerawat mengganggu dan bau badan pula menjelma.
PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
Cicapair Tiger Grass Cream, Drunk Elephant T.L.C. Sukari Babyfacial, First Aid Beauty Facial Radiance AHA Intensive Peel
PRODUK CADANGAN:
DIOR Joy By Dior Eau De Parfum, Jo Malone London Wisteria & Lavender Cologne, Ouai Melrose Place Eau De Parfum
Apa sedang berlaku: Oh, helo sistur! Sekitar hujung minggu, anda akan subur, dan beberapa hari sebelum go gether, kadar estrogen memang tinggi menjadikan anda a total man-magnet. Rambut nampak berkilauan, kulit nampak cantik berseri. “Itulah cara alami untuk membantu wanita menarik perhatian pasangan,” kata Dr Hirsch. Yang berhijab pastikan tiada bau kepam sebalik hijab
PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
REJOICE 3-in-1 Perfect Cool Shampoo, Aesop, Percy & Reed
Perfectly Perfecting Wonder Wash Shampoo
Apa sedang berlaku: Sebaik selesai ovulasi, tubuh anda akan ‘bekerja’ untuk mengeluarkan dua hormon, tapi malangnya, ia takkan membantu penampilan anda. “Minggu ini, anda akan hadapi pengeluaran hormon berminyak, testosteron dan progesteron, yang akan buat tubuhmu menyimpan air,” kata Jill Maura Rabin, pakar sakit puan di New York dan penulis Mind Over Bladder.
Walaupun kadar hormon itu tak cukup tinggi untuk menyebabkan sebarang ‘kerosakan’ besar, tapi sesuatu akan berlaku tak lama lagi, jadikannya minggu persiapan untuk menghadapi simptom PMS kelak.PELAN RAPI DIRI:
PRODUK CADANGAN:
BOH Camomile Herb Bags, Twinings, Assorted Herbal Teas, Chamomile herba tea
PRODUK CADANGAN:
The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution, Sunday Riley Saturn Sulfur Acne Treatment Mask, Neutrogena Rapid Clear Stubborn Acne Cleanser