Setiap hari kitaran haid adalah gambaran tahap hormon “tiga besar” yang berlainan: estrogen, progesteron dan testosteron. Bukan sahaja wanita yang dirancang agar tahap ini berubah-ubah, tetapi hubungan mereka juga berbeza setiap hari, mempengaruhi bagaimana penampilan dan perasaan anda.
Kunci utamanya adalah untuk memahami mengapa ia berubah-ubah dan apa yang boleh kita lakukan untuk mengendalikan variasi ini. Sekiranya anda seperti kebanyakan orang, kulit anda mungkin mempunyai hari yang baik dan tidak begitu baik. Tetapi mengapa? Sudah tentu, faktor seperti tekanan, makanan yang anda makan dan produk dalam rejimen semuanya memberi perbezaan. Tetapi hormon anda juga memainkan peranan utama.
Bagaimana Hormon Anda Mempengaruhi Kulit Anda Sebelum, Semasa dan Selepas Tempoh PERIOD
Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan anda. (Kecuali: Jika anda makan pil perancang, anda tak melalui ovulasi, jadi anda tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna anda kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat anda nampak sultry sepanjang bulan.
SEWAKTU PMS
Apa sedang berlaku: Selain daripada selera makan memuncak (kek! coklat! kentang goreng!), anda mungkin ada beberapa jerawat (atau wajah yang sentiasa perlu dibedak) juga rambut berminyak.
Puncanya: Progesteron, hormon yang memuncak kira-kira enam hari sebelum haid bermula yang menyebabkan wajah dan kulit kepala mengeluarkan lebih minyak. “Itulah sebabnya hampir semua wanita di bumi ini mengadu mengenai kulit wajah yang kusam dan bad hair day sebelum datang haid,” kata Dr Ranella Hirsch, pakar kulit di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.
PELAN RAPI DIRI:
- Kekang kemunculan minyak. Taktik rawatan awal dapat mengawal serangan jerawat pada minggu ini. Tapi untuk mengekang akne yang dah keluar, adun beberapa titis perawatan berasaskan benzoyl-peroksida untuk melawan bakteria dan menyingkir minyak. Untuk rambut, gunakan syampu clarifying – walaupun ia diperbuat untuk membersihkan rambut daripada bahan penggayaan, ia berkesan juga pada minyak.
PRODUK CADANGAN:
WAJAH:
Acnes Sealing Gel, Clean And Clear Active Clear Acne Speed Clearing Gel, Mario Badescu Drying Lotion.
RAMBUT:
Pantene Damage Detox Deep Cleanse Purifying Shampoo, Philip B Peppermint & Avocado Volumizing & Clarifying Shampoo, OUAI Detox Shampoo
- Samarkan masalah – Cara terbaik untuk sembunyikan semua kesan jerawat adalah menyapu beberapa lapisan nipis bedak asas. Pertama, ratakan bedak asas cecair ke seluruh wajah untuk sekatakan tona kulit, kemudian pedap penyamar dengan berus supaya ia meliputi bahagian jerawat, dan sempurnakannya dengan bedak.
PRODUK CADANGAN:
MAC Studio Fix Fluid foundation,Maybelline Fit Me- Matte+ Poreless foundation
- Jangan lupa pelembap – Jerawatlah puncanya anda jadi stress, dan tekanan sebegini akan ‘menghidupkan’ kelenjar tertentu, menambah pengeluaran minyak dan mengurangkan kemampuan kulit untuk memegang lembapan – sebab itulah muncul tompokan berminyak dan kering. Lagipun, jika anda elak pelembap tapi asyik guna ubat jerawat saja lagilah mengeringkan, menyebabkan tubuh anda nak kena keluarkan lebih banyak minyak. Jadi, pilih pelembap bebas-minyak untuk seimbangkan keadaan.
PRODUK CADANGAN:
Fresh Jumbo Rose & Hyaluronic Acid Deep Hydration Moisturizer, L’Oréal Paris Hydra Genius Moisturizer, Peter Thomas Roth Water Drench Hyaluronic Cloud Cream.
SEWAKTU HAID
Apa sedang berlaku: Yang bagusnya: “Progesteron merudum, jadi kulit dan rambut kurang berminyak,” kata Dr Hirsch. Tapi bila minyak dah kurang, bekas jerawat mengganggu dan bau badan pula menjelma.
PELAN RAPI DIRI:
- Samar bekas jerawat – Jerawat yang muncul sewaktu PMS biasanya akan tinggalkan sedikit kesan merah (tompok reaksi post-inflammatory). Lakukan lebih pengelupasan untuk menukar sel rosak tadi kepada permukaan tona wajah yang lebih sekata.
PRODUK CADANGAN:
Cicapair Tiger Grass Cream, Drunk Elephant T.L.C. Sukari Babyfacial, First Aid Beauty Facial Radiance AHA Intensive Peel
- Bauan memikat – Charles University di Prague melakukan satu kajian di mana sekumpulan lelaki perlu menghidu bawah lengan (uh, okey) wanita pada waktu berbeza pada kitaran haid dan mendapati bau mereka kurang ‘enak’ sewaktu datang bulan. (Mereka lebih tertarik sewaktu ovulasi, FYI). Jelas sekali, tiada masa yang lebih sesuai untuk semburkan aroma memikat itu. Haruman buah serta flora amat sensual dan kesturi dianggap afrodisiak.
PRODUK CADANGAN:
DIOR Joy By Dior Eau De Parfum, Jo Malone London Wisteria & Lavender Cologne, Ouai Melrose Place Eau De Parfum
SEWAKTU OVULOSI
Apa sedang berlaku: Oh, helo sistur! Sekitar hujung minggu, anda akan subur, dan beberapa hari sebelum go gether, kadar estrogen memang tinggi menjadikan anda a total man-magnet. Rambut nampak berkilauan, kulit nampak cantik berseri. “Itulah cara alami untuk membantu wanita menarik perhatian pasangan,” kata Dr Hirsch. Yang berhijab pastikan tiada bau kepam sebalik hijab
PELAN RAPI DIRI:
- Tarik nafas. Sang teruna memang berkenan sangat dengan anda minggu ini, dan dah banyak kajian membuktikannya. Seperti dilaporkan, mereka tertarik dengan semula jadi anda tanpa mereka sendiri sedari. Kalau rasa ingin dimanjai, janganlah menahan diri. Rambut mahkota wanita berhijab yang perlu dibelai. Hindari bau kekalkan kesegaran ya sis!
PRODUK CADANGAN:
REJOICE 3-in-1 Perfect Cool Shampoo, Aesop, Percy & Reed
Perfectly Perfecting Wonder Wash Shampoo
SELEPAS OVULOSI
Apa sedang berlaku: Sebaik selesai ovulasi, tubuh anda akan ‘bekerja’ untuk mengeluarkan dua hormon, tapi malangnya, ia takkan membantu penampilan anda. “Minggu ini, anda akan hadapi pengeluaran hormon berminyak, testosteron dan progesteron, yang akan buat tubuhmu menyimpan air,” kata Jill Maura Rabin, pakar sakit puan di New York dan penulis Mind Over Bladder. Walaupun kadar hormon itu tak cukup tinggi untuk menyebabkan sebarang ‘kerosakan’ besar, tapi sesuatu akan berlaku tak lama lagi, jadikannya minggu persiapan untuk menghadapi simptom PMS kelak.
PELAN RAPI DIRI:
- Singkir kembung air. Jika anda tahu perlu sarungkan skinny jeans bila sedang PMS, makanlah dengan baik minggu ini. Kurangkan garam dan makanan memerangkap air seperti kicap dan kentang goreng, dan pilih makanan pembanteras kembung seperti tembikai dan timun. Minum banyak air sekarang (cuba teh herba dan air dengan lemon kalau H20 membosankan) juga membantu.
PRODUK CADANGAN:
BOH Camomile Herb Bags, Twinings, Assorted Herbal Teas, Chamomile herba tea
- Belek muka. Memperuntukkan waktu untuknya akan membantu anda bila jerawat disebabkan PMS mula keluar. Ia dijadualkan muncul dalam minggu akan datang, jadi mulalah menjaga pori wajahmu. Merawat kulit dengan bahan antijerawat seperti benzoyl-peroksida atau asid salisilik akan kekalkan kadar seimbang bagi sebum dan bakteria. Tukar pembersih wajah biasa anda kepada yang mempunyai kandungan antijerawat.
PRODUK CADANGAN:
The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution, Sunday Riley Saturn Sulfur Acne Treatment Mask, Neutrogena Rapid Clear Stubborn Acne Cleanser
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI