Melewati lorong-lorong kecantikan di farmasi jarang sekali kelihatan produk kecantikan lokal diletakkan setanding dengan produk antarabangsa. Namun dengan usaha Usanita untuk membantu dan mengangkat potensi produk usahawan kecil kini meyakinkan. Bahkan, produk kecantikan lokal terbaharu menembusi rangkaian farmasi dan runcit di seluruh malaysia
Seiring itu dengan inisiatif pendigitalan yang dibawa oleh Usanita Sdn Bhd dengan melahirkan Usanita Mall, di mana produk- produk tempatan juga boleh dibeli di platform digital.
ARTIKEL BERKAITAN: Produk Lokal Setaraf Antarabangsa. Ini Jenama Penjagaan Kulit Yang Patut Anda Miliki Terbaik Di…
Peluang keemasan
Usanita bukan sahaja memberi peluang untuk para usahawan IKS ini untuk berniaga di platfom ini sahaja, malah turut memberi sokongan penuh pada usahawan IKS yang ingin melancarkan produk mereka pada majlis dibawah Usanita.
Salah seorang Perintis Usanita Pn Fara merupakan pengasas pada jenama Grendeur Malaysia yang menghasilkan produk penjagaan kulit wajah telah melancarkan siri produk terbaharunya yang bertemakan miniture bagi meraih minat pencinta produk penjagaan kulit. Datin Seri Adzliana, Ketua Pegawai Eksekutif dengan berbesar hati telah melancarkan produk keluaran tempatan ini pada majlis yang cukup eksklusif.
Bercakap mengenai majlis pelancaran ini Pn. Fara Rauf berkata “Sebagai sebuah syarikat baharu yang berkecimpung dalam dunia perniagaan penjagaan kulit ini, dia sangat bersyukur dipertemukan dengan Usanita Sdn Bhd”.
“Grandeur Malaysia sentiasa beriltizam untuk meluaskan pemasaran produk secara digital dan menembusi rangkaian farmasi dan runcit di seluruh Malaysia.” kongsinya lagi.
Set lengkap pulihkan wajah bermasalah
Produk terbaharu keluaran Grandeur Malaysia yang bertemakan miniture dengan warna merah jambu lembut mempunyai 5 produk terdiri daripada 3 In 1 Foaming Cleanser Deep & Anti Acne, Premium Arbutin Toner Brightening Formula, Booster Serum Advanced Repair, Premium Moisturiser Enlightenment And Restoration Dan Glowing Sunscreen Ultra Light
Rangkaian produk Grandeur kini boleh didapati di aplikasi Tiktok dan Shopee Grandeur Malaysia. Harga bagi setiap produk adalah RM35 setiap satu. Untuk set 5 produk tersebut, kini Grandeur menjalankan promosi harga pengenalan pada RM150 berbanding RM175 dan percuma bag esklusif Grandeur di sepanjang bulan Ogos 2023.
ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Guna Produk Lokal, Muka Gadis Ini Rosak Teruk Sebelum Akhirnya Pulih Lepas Ikut…
Pelbagai aktiviti usahawan
Usanita bukan sahaja memberi ruang pada usahawan untuk menghadiri majlis sesi rangkaian yang dianjurkan oleh Usanita. Malah menyediakan pelbagai aktiviti, seperti yang akan datang pada bulan September nanti, program seminar diberi nama Bootcamp Perintis Usanita 3.0 : The Art of Marketing.
Program seminar yang akan dijalankan sepanjang 3 hari ini daripada 8 haribulan hingga 10 haribulan ini akan menampilkan barisan rakan strategik Usanita yang juga merupakan usahawan selebriti iaitu Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Zoey Rahman dan beberapa lagi pemain industri yang pakar dalam bidang pemasaran.
Kata Datin Seri Adzliana juga tujuan beliau untuk mengadakan program seminar ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana penyedia latihan keusahawanan yang ada diluar sana. Tapi hanya ingin menyediakan platfom untuk Perintis.
“Usanita sentiasa memberikan peluang dan sokongan yang penuh pada Perintis Usanita yang ingin maju ke hadapan, saya rasa gembira apabila melihat usahawan wanita khusunya ada daya saingan dan kretiviti yang baik untuk sentiasa maju dalam perniagaan dan memberi inspirasi pada semua usahawan kecil luar sana. Saya percaya semua usahawan mempunyai peluang untuk berjaya jika terus berusaha,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan.
Majlis yang sudah dijalankan kali kedua ini, mengumpulkan seramai 70 usahawan dibawah payung Usanita yang digelar sebagai Perintis Usanita ini menghadiri di Majlis Hi-Tea Perintis Usanita 2.0 : Meet & Mingle yang berlangsung di Skydining Wangsa 118 di Wangsa Maju.
Turut meghadiri majlis ini adalah Datuk Rosyam Nor, Awal Ashaari, Haiza & Muaz sebagai wakil penyampai KOOL 101, Dr. Soo Wincci dan Zoey Rahman sebagai pengacara majlis.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI