Jika berbicara mengenai pendidikan kulit, ramai sebenarnya yang masih tidak tahu mengenai ‘fungal acne’. Ia sememangnya berbeza berbanding jerawat lain yang biasa kita alami dan hanya pakar dermatologi sahaja yang boleh mendiagnosnya.
Berkongsi di Facebook,
Mcyah Joanjett telah menceritakan pengalaman apabila terkena jangkitan jerawat kulat ini. Menurutnya, produk biasa jerawat tidak mampu menyembuhkan masalah yang dihadapi ini kerana cara rawatannya berbeza.
MY FUNGAL ACNE INFECTION JOURNEY
(Jangkitan Jerawat kulat) First time kena ingatkan jerawat pasir biasa. Dah jumpa pakar kulit baru tahu ini fungal acne bukan bacteria acne. saya tanya apa beza dua tu? Doc bgtau, fungal acne takkan berkesan dengan apa-apa produk jerawat biasa. Uh patutlah Beza jerawat kulat dengan jerawat biasa ialah, ia susah sangat nak sembuhPakai apa2 skincare atau produk yang boleh rawat jerawat, ia tak berkesan. Lepas jumpa dermatologi baru saya tau saya terkena jerawat kulat dan bukannya jerawat biasa.
Makin rawat makin pakai ubat makin menjadi-jadi.
Paling parah doktor melarang saya memakai apa-apa bahan kosmetik pada lapisan kulit wajah sepanjang tempoh merawat. Jadi gambar yang dilampirkan dibawah semuanya tanpa foundation dan bedak.
Saya pernah membuat satu rawatan laser berharga Rm1k per sesi tapi ia tidak membantu kerana doc dah bgtau, rawatan ni mesti buat berterusan sekurang-kurangnya 3-5kali sehingga jangkitan ini sembuh.
Apakan daya clinic tu jauh di negara orang. Dahtu hampir sangat dah dengan nak raya. Memang tak sempat nak ulang alik naik flight dengan kena jaga booth aidilfitri setiap malam.
Jadi saya ambil inisiatif merawat sendiri dengan membaca info di google dan menonton youtube. Saya redho try and error shj guna produk-produk yang disenaraikan. 25hari saya merawat. Alhamdulillah hampir sembuh sepenuhnya.
gatal miang makin berpeluh makin banyak naik susah nak pulih menapak pada muka dalam tempoh masa yang lama Hilang kejap, naik makin banyak berulang pda tempat yang sama. kulit jadi sensitif, silap produk sikit terus dia merebak makin menjadi-jadi. jerawat dia halus-halus macam jerawat pasir. Kadang ada yang xde mata macam oilseed. biasanya naik di dahi, tepi pipi, dagu. Then baru merebak ke lain-lain tempat. punca fungal acne ni sebab cuaca jugak, kalau cuaca panas dia cepat naik. TONER
saya hanya pakai toner glow tonic pixi.
saya guna daily. Orang cakap xboleh guna hari-hari. Tapi dalam youtube dia ckp kalau sesuai dgn skin dan skin boleh tolerate, just go on. (Gambar dilampirkan dibawah)
SUN SCREEN
saya guna yang bodyshop waterbase. Sangat2 membantu kulit saya. Ia tak melekit, cepat meresap, tak berminyak. sunscreen sebelum2 ni byk error. Try pastu muka lg teruk. Yg bodyshop ni bagus sgt. doc banyak tekan dua perkara shj pd sy, 1 pasal micellar water dan satu lagi pasal sunscreen. Ia bermakna dua produk ni sangat penting dalam penjaagaan harian kulit wajah. doc cakap kalau tak pakai sunscreen muka boleh jd lg teruk sbb terdedah pada chaya matahari.
(Gambar dilampirkan dibawah)
3 produk ni sangat banyak membantu kulit saya!
Oleh itu sis, jika anda mengalami masalah sama sepertinya, segeralah berjumpa dengan ahli dermatologi bagi merawat masalah yang dialami. Janganlah cuba produk yang bukan-bukan pula ya, takut makin melarat nanti.