Ada sesuatu tentang bulu mata panjang yang tidak dapat kita ungkapkan dan kita tidak boleh cemburu dengan sesiapa sahaja yang mempunyai bulu mata yang panjang dan tebal secara semula jadi.
Kini lebih banyak ‘beauty junkie’ lebih berminat dengan solekan mata, terutamanya kerana kita semua wajib memakai pelitup muka untuk mencegah penyebaran corona virus. Store kecantikan di atas talian mahupun drugstore, mendapati terdapat peningkatan dalam pembelian pembeli solekan mata, khususnya produk bulu mata dengan kenaikan 35%.
Sementara penjualan maskara telah meningkat 14% dari awal bulan Ogos dibandingkan dengan akhir bulan ini (sumber yahoo). Walaupun ada yang mencari maskara yang melebatkan serta memanjangkan bulu mata ada juga yang mencari bulu mata palsu atau bahkan serum untuk membantu bulu mata mereka tumbuh.
Oleh itu, sama ada anda ingin meningkatkan keindahan semula jadi dengan bantuan serum pertumbuhan, atau mencari penyelesaian cepat dalam bentuk maskara atau bulu mata palsu, semuanya ada jalan penyelesaian.
Ads
Pembelian kecantikan yang terbaik untuk membantu anda mencapai kepingan penuh yang sangat dicari yang anda semua gemarkan. Semak 10 item kecantikan khas untuk solekan mata anda agar tetap menarik di sebalik pelitup muka:
Dapatkan alis yang kelihatan semula jadi dengan Precision Brow Pencil dengan mudah. Sama ada anda menaikkan lengkungan anda, mengisi bulu mata yang jarang, atau menambahkan sentuhan penamat, formula brow pencil mempunyai hasil warna yang kuat dan menyatu dengan lancar untuk penampilan alis yang anda mahukan.
Lekatkan mata anda dengan Tank Eyeliner yang kalis air, tahan pemindahan dan tahan lama yang menjanjikan untuk meluncur dengan lancar, tidak pernah melangkau dan kering dengan cepat. Untuk sentuhan penamat itu, sapukan Milani Waterproof One Mascara yang mempunyai formula bebas noda dengan polimer kalis air berfungsi untuk memanjangkan dan menguatkan setiap bulu mata individu.
Capai paparan bulu mata dalam sekelip mata. Maskara ini adalah formula utama apabila lebih banyak definisi, lebih melengkung dan lebih panjang untuk mengubah bulu mata dengan hasil yang sangat mustahil. Dengan menggunakan teknologi pembentuk filem, ia melapisi setiap bulu mata dengan serat ringan yang terkunci di tempatnya untuk kesan tinggi, kemasan pudar dan pemakaian kalis noda. Untuk penyingkiran dengan mudah, filem seperti tiub tergelincir dengan air suam.
Falsies Lash Lift maskara dengan serat memberikan kelantangan yang dramatik dan bulu mata yang panjang dan terangkat, maskara yang kelihatan seperti bulu mata palsu! Formula berus mengangkat melengkung yang diserap serat menarik bulu mata di akar untuk mengangkat, menebal, dan memanjang. Tidak ada gumpalan, smear, atau serpihan, hanya kelantangan dan bentuk bulu mata yang lebih panjang yang dapat bertahan sepanjang hari.
Primer bulu mata berkrim dan lembut ini dari Urban Decay untuk aplikasi maskara yang sempurna. Bagaimanakah ia berfungsi? Subversion menambah berat pada bulu mata anda dan memberi maskara anda sesuatu untuk dipegang. Berus melapisi bulu mata dari akar ke hujung sehingga menjadikannya kelihatan lebih tebal, lebih lama dan terasa lebih kuat. Subversi menghasilkan bulu mata yang lebih cantik secara dramatik. Jangan terkejut jika orang tertanya-tanya sama ada anda memakai bulu mata palsu.
MAVALA Eye-Lite Double Lash adalah rawatan pemakanan unik untuk bulu mata. Double Lash mengandungi protein yang menguatkan, menutup dan melindungi bulu mata sehingga membolehkan mereka menjadi lebih sihat, lebih lama dan lebih tahan.
Berkontur sempurna untuk kemudahan penggunaan dan bulu mata yang cantik. Membuat lentikan glamor pada pukulan pada sebarang bulu mata. Gunakan Shiseido The Makeup Eyelash Curler pada bulu mata yang bersih sebelum menggunakan maskara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jerawat merupakan salah satu masalah kulit yang sentiasa menjadi penghalang untuk kita khususnya kaum wanita tampil yakin dengan kecantikan diri sendiri. Bukan sahaja jerawat, malah parut jerawat juga dilihat sebagai ‘perosak’ untuk keseluruhan gaya kita. Stres, bukan?
Pasti ramai yang buntu untuk mencari solusi terbaik merawat masalah parut jerawat, apatah lagi jenis parut yang dalam lubangnya disebabkan jerawat batu. Jika ingin menggunakan kaedah klinikal, ia mungkin menelan kos yang tinggi dan jumlah yang banyak.
Tidak mengapa! Kali ini team Hijabista kongsikan rahsia petua untuk hilangkan parut jerawat cara tradisional. Lebih jimat kos dan tak perlu pening kepala! Selamat mencuba!
1. KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK
Kombinasi kulit kayu manis dan bedak sejuk adalah gabungan yang terbaik untuk mengurangkan parut jerawat kerana sumber zat yang ada pada kayu manis serta fungsi ‘cooling’ pada bedak sejuk mampu merehatkan kulit muka.
Caranya: Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA)
Ramai yang tahu mengenai kebaikan lidah buaya terhadap dalam aspek kecantikan. Lidah buaya memang terkenal dengan fungsinya yang boleh menyembuhkan jerawat batu, mengurangkan kemerahan di muka dan juga melembutkan kulit wajah. Bukan itu sahaja, malah ia juga berfungsi untuk merawat parut jerawat dengan lebih efektif! Kaedah ini lebih semulajadi tetapi susah sedikit kerana tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya.
Caranya: Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
3. GUNA ASAM JAWA
Ha! Asam jawa bukan untuk dijadikan sebagai bahan penyedap makanan saja tau! Malah ia juga bagus untuk kecantikan wajah! Terutamanya untuk parut jerawat!
Caranya: Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Sapukan ramuan asam jawa tuh pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. InsyaAllah, setelah beberapa lama, parut mulai pudar.
4. GUNA MADU
Madu! Siapa yang tidak tahu dengan kebaikan madu? Sama ada untuk dalaman dan luaran tubuh badan, madu sangat berguna untuk memberi kebaikan kepada kita. Kali ini, kita gunakan madu untuk mengubati masalah parut jerawat.
Caranya: Mula-mula ambilkan sedikit madu. Campurkan madu tersebut dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2 hari sekali.
5. GUNA TIMUN
Bukan hanya untuk menghilangkan kawasan gelap bawah mata, namun timun mampu untuk mengurangkan parut jerawat tau!
Caranya: Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
6. GUNA DAUN SIRIH MUDA
Daun sirih muda mungkin jarangkali kita dengar untuk aspek kecantikan kan? Jangan risau, sebenarnya daun sirih muda ini banyak kelebihannya, lebih-lebih lagi untuk masalah jerawat dan juga parut jerawat!
Caranya: Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Proses menurunkan berat badan pastinya berbeza-beza bagi setiap individu. Ada yang mengamalkan diet jenis A, ada pula yang mengamalkan diet jenis B. Namun, sepanjang proses itu, pastinya mengambil tempoh yang lama dan menguji kesabaran diri. Ada kalanya kecundang, dan ada kalanya konsisten bersemangat untuk mencapai tubuh badan yang diidamkan.
Kali ini, penulis mengambil kesempatan untuk berkongsi kisah perjalanan diri sendiri yang mungkin bukan sebesar mana kisahnya, namun cukuplah untuk memberi nafas inspirasi kepada anda yang sedang membaca. Berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kg dalam masa 2 tahun bukannya sebuah proses yang senang. Ada naik turunnya, dan ada susah senangnya. Namun, penulis jadikan ia sebagai sebuah perjalanan yang begitu manis untuk disimpan dalam diari diri.
Kisah 20 orang penghidap obesiti jadi sumber inspirasi
Ramai yang bertanyakan kepada penulis tentang titik permulaan diri apabila ingin menurunkan berat badan. Sebenarnya, semuanya terjadi saat penulis bekerja di sebuah akhbar kesihatan dan ditugaskan untuk menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan. Ada diantara mereka yang pernah memiliki berat badan sebanyak 110kg dan berjaya menurunkan berat sehingga 70 kg dalam tempoh 2 tahun! Ada juga yang hampir melakukan proses pembedahan usus (Bariatrik) namun menolak saranan doktor dan terus menukar corak diet ke arah yang lebih sihat. Akhirnya, dari 200 kg menjadi 80 kg, hasil titik peluh sendiri. Menarik, bukan? Benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mendengar kisah perjalanan mereka, pahit manis mereka menurunkan berat badan menjadi inspirasi kepada penulis untuk mula mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat dan aktif.
4 bulan terawal tempoh yang menyakitkan!
Untuk menukar corak pemikiran dengan sesuatu yang baru pastinya mengambil masa. Ada kalanya culas untuk melakukan sebuah perubahan. Mujur, diri cepat sedar. 88 kg bukanlah sebuah angka untuk mendiamkan diri tanda selesa. Malah, harus bermula dengan sebuah langkah yang sihat.
Hanya mengambil oat sebagai menu makanan sepanjang 4 bulan terawal merupakan proses yang menyakitkan! Sarapan, makan tengah hari, makan petang dan juga makan malam, semuanya dengan oat.Ada juga yang bertanyakan, Mengapa tak campur oat tu dengan buah-buahan ataupun madu?. Saya lebih selesa untuk makan kosong sahaja. Walaupun rasanya tawar dah ada kalanya hampir termuntah, namun, Alhamdulillah ianya memberi kesan yang cepat! Malah, 4 bulan terawal ini juga saya mula berlari di atas treadmill dan ia amat-amat membantu menurunkan berat badan saya. Dari 88 kg sudah mula menjadi 80 kg! Diri semakin bersemangat untuk terus konsisten apabila perubahan mula jelas kelihatan dari masa ke semasa!
Suku-suku separuh
Selepas berakhirnya 4 bulan, diet saya mula berubah dalam bentuk ‘suku-suku separuh’. Untung ketika itu, banyak yang saya pelajari dari pakar nutrisi dan juga jurulatih senaman yang saya menemu-bual untuk akhbar kesihatan itu. Kadang-kala, sempat saya tanyakan beberapa soalan untuk diri saya sendiri. Sedikit-sebanyak, ia memberi informasi berguna yang dapat dipraktikkan dalam proses penurunan berat badan.
Konsep ‘suku-suku separuh’ ini saya amalkan setiap kali waktu makan tengah hari. Selalunya saya akan ambil kuantiti suku untuk nasi, suku untuk sumber protein dan separuh lagi adalah sayur-sayuran.Dalam konteks ini, saya hanya ‘buat acah-acah tahu’! Andai kata tubuh mula berasa tidak selesa, saya akan makan buah-buahan atapun ulam-ulaman untuk mengisi perut yang sedang berkeroncong! Pernah juga ada ketikanya tubuh menggigil, mungkin kerana tidak cukup makan. Bahaya tau! Jadi saya ambil buah-buahan seperti buah pisang ataupun epal sebagai sumber makanan untuk memberi tenaga.
Malah, air kosong juga sudah menjadi ‘sahabat baik’ saya ketika ini. Botol air sebesar 2 liter diisi dengan air yang penuh pastinya akan habis tidak sampai setengah hari. Boleh dikatakan banyak kali tambah dalam masa satu hari. Jadi, berapa liter saya minum air kosong dalam sehari? Saya juga hilang pengiraannya!
Dari 1 km kepada 20 km!
Mengenai senaman pula, saya mencuba pelbagai jenis senaman di saat awal saya ingin menurunkan berat badan. Ternyata, saya lebih selesa untuk berlari di atas treadmill. Jadi, berat saya turun dengan senaman berlari sahaja. Setiap pagi dan malam saya akan penuhkan waktu dengan aktiviti berlari di gim mahupun di kawasan rumah. Bukan mengangkat berat ataupun lain-lain. Bermula dengan larian 1 km saat pertama kali saya mencuba peralatan treadmill di gim sehinggalah saya mampu berlari ‘outdoor’ sejauh 20 km! Pepatah slowly but surely sememangnya menjadi pegangan ketika ini.Mungkin saya bertatih saat mula-mula menjinakkan diri dalam aktiviti berlari. Namun, usah bandingkan diri dengan orang lain kerana ia mungkin akan mematahkan semangat untuk terus mencapai misi yang dihajati.
Sehingga hari ini, untuk sentiasa kekal motivasi, saya seringkali setkan dalam pemikiran “Jika tak capai 10km, maksudnya kau lembik!”.Slogan itu yang membuatkan saya sentiasa bersemangat untuk berlari jauh dari hari ke hari sehinggalah saya mampu untuk berlari sejauh 20km. Bukan itu sahaja, malah saya juga sentiasa bercakap dalam hati “Putra, kau kena kurus sampai kau boleh pakai baju putih!”. Bukan apa, selalunya sebelum ini ketika bersaiz besar, baju berona putih membuatkan saya lebih lebar dan malu untuk menyarungkannya. Jadi, saya jadikan itu sebagai salah satu pembakar semangat untuk terus aktif berlari.
Bukan hanya berlari, saya juga berjinak-jinak melakukan senaman yoga setiap pagi dan malam. Bagi saya, senaman yoga memberi kepuasan yang sama dengan berlari, cumanya ia memfokuskan kepada faktor dalaman. Sehingga harini, saya masih lagi aktif berlari, melakukan yoga dan mempunyai hobi yang terbaru, iaitu berbasikal!
Diet dan bersenam untuk sihat bukan untuk kurus
Apa yang saya perolehi saat saya menemu-bual 20 orang pesakit obesiti yang berjaya menurunkan berat badan itu ialah mereka menasihati saya, jika mahu kurus, buat untuk kekal sihat, dan bukan untuk kurus semata-mata. Jika saya meletakkan dalam fikiran saya hanya untuk kurus, berkemungkinan jika sudah mencapai berat badan yang diimpikan, saya akan berhenti mengamalkan rutin harian yang sihat. Oleh itu, kepada anda semua yang ingin kurus dan menurunkan berat badan, sentiasalah beringat, langkah yang anda lakukan ini untuk sentiasa kekal sihat, dan bukannya untuk kurus semata-mata!
Mengakhiri warkah penulisan ini, suka untuk saya tekankan kepada anda semua tentang beberapa perkara jika ingin menurunkan berat badan. Antaranya:
Buat untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain.
Setkan matlamat anda dan sentiasa mencari punca untuk membakar semangat anda!
Menurunkan berat badan bukan hanya pada senaman. Itu hanyalah 20 peratus sahaja. Selebihnya pada pemakanan yang menyumbang sebanyak 80 peratus!
Perjalanan anda berbeza dari orang lain. Jadi, usah bandingkan diri anda dengan orang lain!
Slowly but surely! Apa yang penting ialah tahap konsisten anda!
Biarkan orang mengkritik anda kerana mereka tidak tahu apa yang anda ingin capai. Diam sahaja dan teruskan usaha untuk mencapai misi anda!
Usah paksa diri. Lakukan mengikut tahap kemampuan diri!
Jangan takut untuk mencuba, jangan pula malu untuk bertanya. Pepatah ada mengatakan, malu bertanya maka sesatlah jalan.
Pastikan anda rekod setiap kejayaan yang dicapai setiap masa. Itulah kunci pembakar semangat yang sebenar.
Jangan cakap “Boleh ke?” tetapi tanamkan “Mesti boleh punya”!
Semoga cebisan penulisan ini memberi inspirasi kepada anda yang memerlukan. Maaf anda ada yang terkurang. Salam sihat untuk semua.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Debaran siapakah yang dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 bagi menggantikan Raysha Rizrose, Dewi Remaja 2014/2015 akhirnya terjawab. Shaza Bae telah ditakhtakan sebagai juara Dewi Remaja 2019.
Selain gelaran juara Dewi Remaja 2019, Shaza juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, sebentuk tiara dan trofi selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Adriana Ghafar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal yang menerima wang tunai sebanyak RM5000.
Tempat keempat dimenangi oleh Syamira Izzati dan tempat kelima jatuh kepada Shatirah Amanda.
Sementara itu, kategori Dewi Inspirasi jatuh kepada Nina Amin yang dipilih berdasarkan nilai semangat dan mampu menjadi inspirasi buat remaja di luar sana. Gelaran Dewi Favourite pula dimenangi oleh wakil tunggal dari Sabah, Sharlina Gilbert Mojinun hasil undian peminatnya di laman web Majalah Remaja.
Namun apa yang menarik tentang Dewi Remaja kali ini ialah di antara lima peserta akhir Dewi Remaja 2019, salah seorangnya berhijab. Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang berjaya memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja. Gadis ini menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final sekaligus memenangi tempat ke empat pencarian Dewi Remaja 2019.
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 14, 2019 at 7:08am PST
Sepanjang penganjuran Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku. Antara perubahan tersebut ialah apabila edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose memecah sejarah menjadi edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian Dewi Remaja.
"Alhamdulillah saya telah berjaya membuktikan bahawa peserta berhijab juga mampu untuk bersaing dalam pertandingan seumpama ini. Secara jujurnya tidak mudah kerana menjadi finalis itu sendiri pun, ada ramai yang memandang tingkah laku kami. Apa lagi, saya seorang yang berhijab. Tapi pada saya, apa yang penting kamu perlu tahu yang kamu bukan hanya seorang yang berhijab tetapi kamu adalah seorang Muslim,"
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 15, 2019 at 12:30am PST
"Pada saya ini bukan soal menjaga nama wanita berhijab, tetapi ia lebih kepada menjaga nama agama. Jadi kalau kamu membawa diri sebagai seorang Muslim, insyAllah semuanya akan baik-baik sahaja," "Kalau ada tersilap sana sini tu biasalah, kita hanya manusia biasa. Tiada yang sempurna," jelas anak bongsu dari dua beradik ini. Bercerita tentang pengalamannya dengan Dewi Remaja, gadis ini mengakui bahawa sewaktu umurnya 17 tahun, disebabkan ingin berjumpa dengan Neelofa, dia telah pergi ke sesi uji bakat Dewi Remaja ketika itu.
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 15, 2019 at 12:26am PST
"Saya tahu memang tidak akan terpilih kerana pada waktu itu umur saya baru berusia 17 tahun. Namun begitu, disebabkan Neelofa menjadi juri dan saya teringin benar untuk berjumpa dengannya, saya pergi juga uji bakat, " jelasnya sambil tertawa kecil.
"Saya ingat lagi Neelofa pesan nanti dah habis belajar awak datang semula. Saya terlepas sesi uji bakat tahun lalu dan Alhamdulillah, tahun ini saya telah dipilih menjadi salah seorang daripada finalis Dewi Remaja,"
"Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada," tambahnya lagi.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 turut dihadiri oleh alumni keluarga Dewi Remaja seperti Pushpa Narayan (2002/13), Datin Rebecca Nur Al-Islam (2005/06) Ramona Zam-Zam (2009/10) dan Raysha Rizrose (2014/15).
Turut kelihatan ialah finalis Dewi Remaja seperti Natrah Khalid, Fify Azmi, Arena Wan, Anna Jobling, Zeera Azizi serta finalis Hero Remaja 2017; Farhan Asri, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...