Lumrah kehidupan, pasti ada naik, turunnya. Begitulah perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Namun segala dugaan dan tekanan yang dilalui perlulah dihadapi dengan tenang. Kita perlu bijak mengurus tekanan agar ia tidak menjadi ‘barah’ yang membinasakan secara senyap.
Ada banyak cara untuk menguruskan stres dan tekanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah bercerita masalah dengan rakan baik atau ahli keluarga yang dipercayai dan paling rapat, berjumpa pakar kaunselor atau mendapatkan nasihat daripada pihak pakar psikiatri.
Jangan biarkan diri terus hanyut dengan perasaan sebaliknya berusahalah untuk merawat tekanan yang dialami. Justeru Hijabista berkesempatan menemubual, pelakon jelita Mira Filzah berhubung bagaimana dia menangani tekanan yang dihadapinya sebagai wanita bekerjaya, berkeluarga, seorang ibu, isteri dan menantu. Ini yang dikongsikan Mira.
1. Jaga Ketenangan Mental Dan Emosi
Ads
Menurut mira, sekiranya kita diuji dengan tekanan dalam kehidupan hanya dua perkara penting yang perlu dititikberatkan. Pertama, adalah cuba untuk menjjaga dan mengawal ketenangan mental dan emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari mengelakkan kita melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan tidak diingini.
“Kesihatan Mental dan Emosi sangat penting! Kalau rasa tertekan, stress or uncertainty cari seseorang untuk bercakap.
“Mereka yang mengalami tekanan perlu, meuahkan perasaan yang terbuku di hati dan jangan pendam,” katanya.
Ads
Selain itu, mencari teman untuk meluahkan perasaan, jelas Mira lagi mereka juga boleh melakukan meditasi dengan cara duduk dan melakukan refleksi diri atau mungkin boleh sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara atau sesuatu yang disukai.
2. Solat Dan Berdoa
Mengulas isu sama, Mira turut mengesyorkan agar mereka yang berada dalam fasa tekanan agar mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa. Dan memohon agar segala masa sukar diberi kemudahan untuk melewatinya. Tambahnya, setiap keinginan pasti akan terkabul dengan izin Allah.
“Apa-apa hajat dan keinginan, kita perlu minta kepada Allah, untuk mendapat kesihatan yang baik, ketenangan fizikal dan mental yang sempurna.
Ads
“Kadang kita dah berusaha, tapi Allah yang menentukan ada je orang yang sangat aktif dan fit dari segi fizikal dan mental tetapi tetap juga diuji dengan perkara lain,” ujarnya.
Jika mahu menjadi seorang usahawan berjaya, seseorang itu perlu bijak mencari peluang perniagaan. Bukan satu bisnes diceburi tetapi perlu ada dua tiga cabang perniagaan untuk mengembangkan lagi perniagaan. Seperti pemilik Bella Ammara yang sebelum ini terkenal mengusahakan produk pakaian di awal kemunculannya hingga mampu mencetus fenomena. Setelah berjaya dalam bisnes yang dilakukan bersama suami tersayang, pemilik nama Sharifah Nabilla Al Yahya Syed Sheikh ini kini mengorak langkah memasarkan pula produk penjagaan diri ‘baby’. Ketika ditemui di MIHAS baru-baru ini, Bella berkongsi rahsia kejayaan dan berkongsi tip bagaimana mahu menjadi usahawan muda yang berjaya dan membina empayar sendiri.
Menurut Bella seseorang itu perlu sentiasa fokus dengan apa yang mahu dilakukannya. Paling penting jangan cepat putus asa dan banyakkan bersabar jika berdepan dugaan.
“Bagi yang baru nak berjinak-jinak buat bisses ini, sikap paling penting adalah jangan mudah give up kerana setiap perniagaan itu memang ada pasang surutnya.
“Tidak semua perniagaan yang kita bina itu semuanya akan naik sahaja. Ada masanya kita akan rasa diri down, tetapi jangan ambil masa lama. Terus kena pulih semangat balik kerana perniagaan yang kita bina adalah dari titik peluh sendiri,” ujarnya ketika ditemui di pelancaran produk rangkaian penjagaan baby jenama Bella Boo.
Menurutnya juga, dia dan suami bukan sahaja mengusahakan bisnes pakaian tetapi juga kosmetik. baginya tidak salah untuk mencuba pelbagai cabang bisnes asalkan bijak mengatur perjalanannya.
“Tak kisah kalau kita nak ceburi pelbagai bidang binses. Tetapi perlu bijak untuk mengagihkan masa dalam setiap cabang bisnes yang diusahakan.
“Lagi satu jangan sesekali bersikap ego dan perlu belajar dari kesilapan. Jika bisnes yang dibuat tidak berapa menjadi, cuba belajar dan perbaiki apa kesilapan yang dilakukan sebelum ini,” ujarnya.
Menurutnya buat masa ini dia akan lebih fokus kepada jenama baru ini dan produk Bella Ammara diusahakan bermula 2015 pula akan dipantau secara berkala.
Ini kerana ada team yang memang sudah mahir untuk mengendalikannya. Sejak penubuhannya Bella Ammara kini sudah mempunyai tujuh cawangan butik di seluruh negara.
Permintaan di butik sentiasa ada, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan nanti dan Bella Ammara sedang gigih mengeluarkan koleksi terbaru mereka.
Wanita hebat yang kini sarat mengandung anak keduanya ini dilihat begitu berseri-seri. Walaupun hamil tetapi berat badannya tetap ‘maintain’ seperti sebelumnya.
Menurut Bella dia sebenarnya tidak minum air manis dan juga banyak ambil air kosong. Selain itu dia beruntung kerana dari kalangan genetik bertubuh kecil daripada arwah ibunya sendiri.
Ada yang kata kalau jenis yang pakai kaca mata ini sebenarnya adalah satu kecacatan. Maklumlah pandangan tidak berapa bagus dan terpaksa menggunakan kaca mata bagi membolehkan pandangan lebih jelas dan cerah. Namun ada yang tidak begitu gemar memakai kaca mata kerana seperti ada gangguan di tepi telinga.
Jadi terpaksalah menggunakan kanta lekap untuk memastikan penampilan lebih cantik dan menawan. Namun cara penggunaannya membuatkan ramai yang tidak selesa kerana ia perlu dijaga sebaiknya. Jadi alternatif lain untuk tidak menggunakan kaca mata atau kanta lekap adalah pembedahan mata secara lasik.
Seperti perkongsian lelaki ini, Muzaimil Huzairi yang sudah lapan tahun memakai kaca mata dan akhirnya dapat kembali ‘matanya’ setelah membuat pembedahan lasik. Menurutnya pandangan terus jadi cerah dan paling seronok silau juga hilang.
SELAMAT TINGGAL RABUN ==== MY LASIK REVIEW
Nak dekat 8 tahun pakai spec. Alhamdulilah dapat balik “mata” . Lepas buat lasik surgery ni mata kembali macam asal nampak clear terus & paling seronok bila silau pun hilang sekali.
Sebelum tu, dulu memang seorang yang rabun jauh. Mula pakai spec masa spm kalau tak silap. Tapi masa tu pakai pun “on off” saja sebab power masa tu takda la teruk sangat.
Rabun sampai kena pakai kaca mata sepanjang masa
Bila sambung belajar di universiti, mata semakin rabun sampai kena pakai sepanjang masa. Mungkin salah satu sebab masa belajar tu memang boleh katakan tiap hari menghadap laptop (kos graphic design mmg tak lari dengan laptop). Bila hari hari tengok laptop, rabun pun makin lama makin teruk. Power makin naik. Tapi masa ni belum terfikir nak buat “lasik surgery” lagi. Tak pakai spec masih boleh nampak tapi blur blur ? so masa tengah tak pakai spec, kalau ada yang melambai atau tegur tapi tak dilayan minta maaf ye hahahaha rabun la katakan.
Dah habis belajar, masuk alam pekerjaan pulak. Power makin naik lagi (last check sebelum lasik hari tu power dah nak dekat 300). Lepas tu terfikir nak buat lasik surgery, tapi modal belum ada jadi hold kejap. Bila dah ada saving sikit, baru lah mula survey tempat mana yang ada buat lasik ni (Dr. Muhaya, UIA Kuantan, Pusat Pakar Mata Abdul Razak & Advance Vision Eye).
After dah dapat result dari survey tadi, then consider dari segi cost/location, puas hati dengan review dari customer yang pernah buat kat tempat tu & kos yang paling murah (nak dibezakan dengan tempat lain ). Akhirnya buat keputusan untuk buat “pembedahan lasik” di Advance Vision Eye Specialist Centre dekat Damansara Utama.
Ini cara yang perlu dibuat untuk proses selanjutnya
1). Benda pertama kena buat, call tempat tu tanya macam mana procedure. Mereka setkan date & minta kita datang kesana. Kali pertama sampai sana, ada sorang consultant yang akan terangkan pasal procedure, kaedah & kos untuk buat pembedahan lasik. (FOC)
2). Lepas dah diberikan penerangan, next step adalah “eye screening test”. Boleh buat pada hari yang sama masa kali pertama datang ke sana atau lain hari. Jadi, abang buat “eye screeningt test” ni di lain hari. Call & set appointment semula. Bila sampai sana, macam biasa akan ada consultant yang akan buat “eye screening test” secara manual & komputer. Test ni adalah untuk menentukan sama ada kena buat “normal lasik surgery” atau “custom lasik surgery”. Based on kita punya ketebalan lapisan kornea mata. Lepas dah settle test dengan consultant, nanti kita akan jumpa Dr (dia yang akan decide sama ada kita akan buat normal or custom lasik surgery).
Untuk makluman semua, “eye screening test ni kosnya RM80.00. Lepas dah buat test tu, terpulang sama ada nak terus proceed dengan surgery atau tak. Kalau tak, kos RM80.00 tak dipulangkan ye. Kalau nak proceed, masa ni dah boleh booking and buat deposit sebanyak RM400 (in cash).
Dapat info dari mereka, untuk pembedahan lasik ni mereka dah tak guna kaedah pisau/blade untuk buka lapisan kornea mata tu (seramkan dengar hahahaha). Jadi makna kata, dekat sana sekarang mereka guna kaedah fully laser atau bladeless masa pembedahan lasik ni (serious tak sakit ).
Pembedahan hanya dibuat pada hari Jumaat sahaja
Jadi bila dah fikir punya fikir, nekad untuk teruskan. Maka… satu tarikh telah dilock untuk pembedahan lasik (26/10/2018) – Jumaat. Pembedahan lasik memang akan dibuat pada hari jumaat saja.
3). Sebelum hari kejadian, kita akan ke sana untuk final checking satu atau dua hari sebelum (boleh pilih sama ada hari rabu atau khamis). Dan masa ni jugak kita akan bayar terus full payment
26/10/2018, terus ke ke sana ditemani my siblings (sebab diberitahu bila selesai pembedahan kita memang tak boleh memandu). So sekarang cuma tunggu turn untuk naik tingkat atas & masuk ke operation room.
Tunggu punya tunggu (boleh tahan lama jugak sebab ramai) nama dipanggil. Naik ke tingkat atas, tukar baju & tunggu dalam waiting room. Masa tu dia panggil tiga orang sekali. Saya orang kedua . Masa orang pertama tengah buat pembedahan, nurse panggil tunggu dekat luar untuk get ready (masa tu macam macam doa dah baca, cuak punya pasal). Masa kat luar tu, nurse akan titiskan ubat bius dekat mata. Rasa kurang selesa sikit & mata rasa macam mengembang.
Tadaaaa! Namaaaaaa dah dipanggil untuk masuk dalam operation room. Masa ni tengok muka nursee and Dr pun tak nampak sangat (sebab dah kena tanggalkan spec). Dr kat situ sangat ramah and banyak borak, mungkin dia nak kasi hilang cuak kot. So I am ready untuk lasik surgery!
Pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Serius memang tak rasa sakit.
Untuk makluman semua, pembedahan dibuat dalam keadaan sedar. Dr cuma minta kita stay cool and jangan banyak gerak. Kita akan dibaringkan, Dr akan mulakan dengan mata kanan dulu & kemudian mata kiri. Masa ni lah tembakan “laser” dibuat. Dr pesan mata focus pada laser tu saja jangan gerakan mata. Tak sakit, cuma ada bau bau hangit hahahahaha. Tapi betul tak sakit. Pembedahan ni ambil masa kira kira 6-10 mins untuk kedua dua mata.
Alhamdulilah lega bila dua dua mata dah “ditembak” laser. Selesai semua, buka mata dan terus nampak muka nurses dengan Dr dengan jelas (masa ni penglihatan sekitar 40-50 percent). Macam wow!
Selesai semua urusan, turun kebawah semula untuk ambil ubat & appointment card untuk rawatan susulan. Boleh balik!
4). Tapi esoknya kena datang lagi untuk berjumpa dengan Dr untuk pemeriksaan lanjutan. Sebelum nak keluar, memang akan kena pakai spec yang betul betul gelap sebab mata tak boleh direct kena pada matahari. Dalam perjalanan dalam kereta, mata sedikit tak selesa macam ada pasir & akan berair ja macam orang menangis.
Sampai rumah terus titiskan ubat, makan ubat tahan sakit/gatal & terus tidur dalam 3-4 jam atas nasihat Dr. Bila bangun, mata still susah nak buka dan masih berair (2 hari jugak macam tu). Risau jugak hahahaha so call klinik, mereka cakap itu normal. Masuk hari ketiga keempat mata dah boleh buka & penglihatan dah boleh tengok sikit sikit.
Lama kelamaan… Alhamdulilah! Penglihatan dan semakin jelas and macam tak percayaaaaa dah boleh tengok tv tanpa spec. Even mata macam kabur sedikit tapi semakin jelas dan jelas. Alhamdulilah dah dapat “mata” balik.
5). Ok sebelum tu, untuk pengetahuan semua. Lepas surgery ni, akan ada check up dengan Dr. So, memang kena ready dari segi masa sebab buat hari biasa weekdays. Check up atau ujian mata ni ada tempoh dia, seminggu selepas pembedahan (wajib datang), sebulan (wajib datang), tiga bulan (terpulang) & enam bulan (terpulang). Oh ni lifetime warranty ya!
Lepas 4 bulan penglihatan betul-betul jelas dan silau pun hilang. Total kos hanya RM2,888
Now 4 month+ after lasik surgery, mata dah betul betul jelas dah boleh lihat 100%. Silau pun hilang. Pada kawan kawan yang nak buat, teruskan. Oh lupaaaa nak bagitau ?? saya buat normal lasik surgery sebab power masih bawah “500”. Custom surgery tu untuk siapa yang powernya atas “500”.
6). Untuk kosnya semua RM2888 untuk kedua mata. Setakat survey, tempat ni terpaling murah & dapat review yang sangat baik. Deposit diperlukan sebanyak RM400. Untuk custom surgery kosnya sedikit mahal, RM5588. So siapa yang powernya masih bawah 500, cepat cepat buat!
7). Ramai yang akan tanya,sakit tak masa pembedahan tu? Jawapannya, semestinya la tak! Cuma sakit sikit nak cari modal tapi Inshaallah berbaloi kerana nikmat mata yang tak ternilai. Sekarang dah boleh tengok tv & drive tanpa spec, say no more!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa terharu dan sebak apabila terpaksa berpisah dengan anaknya buat kali pertama selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin,13, diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Menerusi perkongsian video di laman Instagram, pelakon Mami Jarum itu dilihat menangis sewaktu memeluk erat Rayyan sambil menitipkan pesanan buatnya.
“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya airmata saya hari ini…
“Airmata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang… Harini kami berjauhan…”
Ujar Rita, biarpun sedih hingga dadanya terasa sakit, namun dalam pada masa yang sama dia berasa sangat gembira dengan pencapaian hebat anaknya itu dalam pelajaran.
“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan…
“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu 🤍 Fly high Airit Rayyan Rizqin,” coret pelakon kelahiran Perlis itu di laman sosialnya.
Bukan seribu dua, tapi berjuta-juta pengikut media sosial, transisi selebriti yang kini usahawan busana Muslimah - Aurel Hermansyah, akui akhirnya temui ketenangan diri yang...