Jika nak tahu samada, seseorang itu menitikberatkan kebersihan diri atau tidak, lihatlah pada kukunya terlebih dahulu. Jika seseorang itu gemar menyimpan kuku yang panjang tidak terjaga sehingga kelihatan kotor dan berkeladak meskipun mempunyai raut wajah yang cantik bersih tetap boleh membuatkan orang lain ‘turn off’ tau.
Malah, amalan memotong kuku merupakan antara fitrah manusia yang sukakan akan kebersihan. Jadi ia tidak sepatutnya dibiarkan panjang dalam tempoh lama kerana beri gambaran seseorang itu pengotor, tidak cintakan kebersihan dan tidak terurus.
Justeru, Hijabista kongsikan panduan memotong kuku sambil mengumpul pahala, kerana memotong kuku merupakan antara sunnah yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW, apa yang lebih penting ia perlu sentiasa dipotong agar tidak menyerupai orang kafir yang gemar menyimpan kuku.
Ini selaras dengan sabda: Nabi saw, maksudnya: “Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk daripadanya.” (Riwayat Ahmad)
Hikmah memotong kuku melambangkan kebersihan serta menghilangkan segala kotoran yang melekat atau terkumpul di celah kuku.
Sunat memotong kuku bermula daripada tangan kanan, kemudian tangan kiri, memotong kuku kaki kanan kemudian kaki kiri.
Menurut Imam Nawawi, sunat memotong kuku bermula jari tangan kanan kesekuruhannya daripada jari telunjuk sehinggalah jari kelengkeng diikuti ibu jari, kemudian tangan kiri daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu jari.
Artikel berkaitan: Boleh Sahaja Potong Kuku Pada Bila-bila Masa, Tidak Sahaja Di Hari Jumaat
Sementara kuku kaki, bermula kaki kanan daripada jari kelengkeng sehinggalah ibu, kemudian kaki kiri daripada ibu jari sehingga kelengkeng.
Harus seseorang memotong kukunya menggunakan gunting, pisau atau alat khas seperti pemoong kuku yang tidak mendatangkan mudarat.
Selesai memotong kuku dianjurkan membasuh tangan. Ini kerana jika seseorang itu menggaru badan sebelum tangan dibasuh dibimbangi boleh mengakibatkan penyakit.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam mazhab Hanafi, makruh memotong kuku menggunakan gigi kerana boleh mewarisi penyakit kusta.
Bila-bila masa diharuskan memotong kuku apabila seseorang itu berkehendak berbuat demikian.
Menurut Imam Syafie, sunat memotong kuku itu sebelum mengerjakan solat Jumaat, sebagaimana disunatkan mandi, bersugi, memakai haruman dan berpakaian kemas sebelum ke masjid.
Bagi Ibnu Hajar ramimahullah sunat memotong kuku pada hari khamis atau pagi Jumaat atau pada hari Isnin.
Sumber kredit: akhbarkini.com
Artikel berkaitan: Jumaat Barakah! Dato Sri Vida Dilamar, Netizen Titip Rasa Syukur. Tapi…
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.