Adakah anda tahu apa yang membuatkan kita benar-benar gembira? Dapat menikmati hidangan lazat di Hong Kong tanpa perlu risau sama ada ia sesuai untuk dimakan, apatah lagi makanan Kantonis tempatan seperti dim sum dan itik panggang.
Memandangkan adalah mustahil untuk pergi ke Hong Kong dalam masa terdekat, Nah, pot terbaharu HIJABISTA ingin kongsikan sebuah restoran yang menyajikan citarasa Hong Kong yang pastinya halal.
Testimoni berjaya restoran K-Town, memberi keyakinan buat syarikat bumiputera Alphacapital (M) Berhad untuk menerokai pasaran baharu industri makanan dan minuman, dengan melahirkan sebuah lagi jenama iaitu Daigor Hong Kong Muslim Restaurant (Daigor).
Berpengkalan di Jumpa @ Sungei Wang, Bukit Bintang, Daigor yang bermaksud satu-satunya, merupakan restoran halal Cina Muslim pertama menerbangkan keaslian citarasa masakan Hong Kong.
Citarasa dan suasana restoran yang berbeza
Lokasi yang strategik dan dekorasi yang menarik adalah salah satu tarikan kenapa hijabi harus berkunjung ke restoran halal Cina Muslim. Tidak dinafikan selain daripada menu yang menarik sudah pasti dekorasi restoran ini menjadi tarikan untuk hijabi OOTD di setiap sudut. Wow terasa anda sudah terbang ke Hong Kong. Menariknya lagi resepi sudah diolah mengikut citarasa tempatan. Rugi tak cuba sis!
Pengasas Daigor, Andy Goh, berkata, keunikan masakan Cina Muslim Hong Kong berbanding lambakan restoran seumpamanya, terletak pada olahan menu yang serasi dengan selera lokal.
“Ada banyak restoran Cina Muslim di negara ini tetapi mungkin rasanya sukar diterima masyarakat Malaysia yang sukakan pada masakan pedas dan berempah. Sebaliknya hidangan Cina Muslim Hong Kong ia kena dengan tekak orang kita.
“Selain itu kesukaran peminat masakan Cina untuk mendapatkan hidangan halal seperti itik dan ayam panggang membuka ruang dan peluang Daigor Hong Kong Muslim Restaurant meneroka pasaran halal,” katanya.
Tambah Andy, Diagor melalui proses penyelidikan dan pembangunan selama tujuh bulan bagi mendapatkan rasa yang paling hampir dengan hidangan asal, sebelum sedia disajikan kepada umum. Malah ramuan dan cara penyediaan makanan mengikut standard halal yang ditetapkan.
“Saya adalah bekas pramugara. Pengalaman menjelajah pelbagai negara dan berpeluang merasai aneka jenis hidangan luar membuatkan saya terfikir untuk membawanya balik ke kampung halaman saya, Kuala Lumpur.
“Sedar bahawa masakan Cina juga digemari orang Melayu, kami sangat titikberatkan ramuan halal dan dalam permohonan mendapatkan pengiktirafan sijil Halal.
“Kami mempunyai central kitchen yang akan memastikan semua makanan yang disediakan memenuhi standard halal yang ditetapkan,” katanya.
Menu tarikan
Jika terdapat budaya makanan ikonik di Hong Kong yang menonjol daripada yang lain, ia mestilah cha chaan teng! Dua resepi yang dihidangkan cukup menarik minat anda untuk kembali semula ke restoran ini begitu juga menu signature.
Memilih itik panggang antara signature dish istimewa Daigor, jelas Andy, hidangan ini menjanjikan pengalaman gastronomi yang cukup menyelerakan.
“Menu signature kami ialah itik panggang. Memang ia banyak dijual namun sukar nak dapatkan yang halal. Menu Cheese Baked Rice dan pelbagai jenis daging, makanan laut, charcoal custard lava bun dan juga air kopi antara keistimewaan yang ditawarkan,” ujarnya lagi.
Restauran Daigor juga bakal mendapat tempat dihati peminat yang sukakan masakan Cina. Selain hadir dengan olahan resipi tempatan yang lebih baik, sekaligus dapat dikomersilkan ke tahap lebih tinggi.
Pada majlis perasmian hari pertama Daigor Isnin lalu, pihak pengurusan restoran ini turut menaja makan malam sempena Meet & Greet bintang berbakat besar Indonesia, Andmesh Kamaleng bersama peminat.
Konsert pelantun lagu Hanya Rindu itu bakal berlangsung pada 4 Jun 2023 di Plenary Hall, KLCC, ditaja oleh Kamya Glow iaitu produk kesihatan dan kecantikan dibawah payung AlphaNeyaga Sdn. Bhd, yang juga sebuah syarikat subsidari Alphacapital M) Berhad.
Enggan kusut di hujung minggu mencari pot makan bersama rakan, mari selami budaya makan ini dengan lebih mendalam dan temui pengembaraan makanan yang menanti anda!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/xCzxImHeyGc
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI