‘Posting Sweet’ Pertama Shuib Watie Setelah Bergelar Suami Isteri! – “Assalamualaikum Cinta..”

Share

Semalam telah berlangsungnya satu majlis ijab kabul diantara pasangan sensasi paling popular iaitu pelawak dan juga pelakon, Shahmira Muhammad atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu bersama pilihan hatinya seorang usahawanita, Fati Nikmatul Adawiyah atau Watie Hanifiah.

Majlis ijab kabul gilang gemilang pasangan ini berlangsung pada 8.47 malam semalam iaitu pada hari penuh barakah (Jumaat) pada tanggal 23 Jun 2023 bertempat di Putra Glass House, Shah Alam.

Hantaran ‘Pertama’ Sebagai Suami Isteri Di Laman Instagram Masing-Masing!

Hijabista sempat meninjau ruangan Instagram milik pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie pada hari ini dan mendapati masing-masing membuat hantaran beserta kapsyen ‘sweet’ ditujukan buat diri masing-masing sejak diijabkabulkan semalam.

Menerusi hantaran di laman Instagram milik Shuib, dia memuatnaik gambar bersama Isteri tercinta, Watie dalam rangkulan nya dengan memakai baju senada warna putih dan cream berserta sepatu yang sama dengan Watie.

Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah kapsyen ringkas yang ditulis pada hantaran berkenaan iaitu “Assalamualaikum, Cinta” dan telah dibalas oleh Watie dengan kapsyen “Wa’alaikumussalam Rindu”, dilaman Instagram miliknya dengan memuatnaik gambar serupa.

Menerusi hantaran sama juga, memaparkab pasangan ini sedang berada di lapangan terbang dan mungkin bakal pergi berbulan madu, meluangkan masa bersama sebagai suami isteri.

Dengan Sekali Lafaz Watie Kini Sah Isteri Kepada Shuib!

Hijabista difahamkan, hanya sekali lafaz Watie sah bergelatr suri hati kepada Shuib diiringi dengan linangan air mata pengantin perrmpuan sebaik sahaja lafaz sah itu disebut sekaligus menandakan termaterainya sebuah ikatan perkahwinan diantara merpati dua sejoli ini.

Watie menerima mas kahwin berjumlah RM8,288 bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Sekadar info, acara bersejarah buat pasangan yang mengambil keputusan mengikat pertunangan pada 6 Mei lalu selepas lima bulan mengenali hati budi turut mendapat tajaan mencecah RM1.7 juta.

Sebelum ini, pelawak asal Johor Bahru itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011.

Bagaimanapun, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan COVID-19 pada 9 Ogos 2021.

Sumber: Instagram Watie Hanafiah & Instagram Shuib Sepahtu

Artikel berkaitan: Shuib Bawa Anak-Anak Ziarah Kubur Sarah, ‘Sambut Bday Dekat Rumah Baru U’

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir