Wanita dan kecantikan sememangnya sinonim dan sukar dipisahkan. Kebanyakkan wanita mendambakan memiliki kecantikan kulit yang semulajadi dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan kecantikan yang dimiliki mereka.
Justeru, ramai dikalangan Hijabi hari ini gemar berkunjung ke kedai-kedai yang menawarkan pelbagai jenis produk penjagaan kulit untuk mendapatkan produk yang bersesuaian untuk mengatasi masalah kulit yang dihadapi mereka.
Di sini Hijabista kongsikan satu port ‘baharu’ wajib kunjung untuk hijabi yang gemarkan kecantikan! Tapi dalam masa sama sayang dan cintakan alam sekitar.
Jom, Cantikkan Diri Sambil Selamatkan Alam Sekitar!
Menariknya, kedai konsep The Body Shop yang baharu sahaja dilancarkan di KLCC baru-baru ini, menerapkan konsep ‘mengubah dunia’. Meskipun terdengar agak abstrak namun ianya memberi manfaat kepada alam sekitar.
Jadi di samping hijabi mencantikkan diri masing-masing, anda juga dapat menyumbang kepada perlindungan serta kelestarian alam sekitar.
Ini demikian kerana, dengan adanya botol produk kecantikan ‘kitar semula’ dari The Body Shop secara tidak langsung membuatkan anda sebagai salah seorang yang menyelamatkan alam sekitar dari terus dimusnahkan!
Artikel berkaitan: Jom ‘DIY’ Masker Yoghurt Di Rumah & Peroleh 3 Manfaat Ini Untuk Kulit Anda!
Tak ‘Vibes’ Kalau Tak Guna Botol ‘Recycle’ Body Shop Ni
Cara untuk anda menyumbang dan menjadi sebahagian dari ‘Changemakers’ yang menyelamatkan alam sekitar adalah dengan membeli produk The Body Shop di dalam botol kitar semula mereka!
Anda hanya perlu gunakan mana-mana botol aluminium 300ml dan isikannya dengan pilihan pelbagai gel mandian, krim badan dan syampu.
Paling best adalah, bila kandungan di dalam botol berkenaan habis. Apa yang hijabi perlu lakukan hanyalah membawa semula botol yang bersih untuk diisi semula dengan cecair yang sama atau anda boleh pilih untuk mencuba produk yang lain! Harga yang ditawarkan pun lebih murah selepas diskaun tau!
Artikel berkaitan: Malunya Nak Senyum.. Gigi Kuning Penuh ‘Karang’, Jom Atasinya Dengan Satu Bahan Ni!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI