Sebelum itu, jom semak sama ada anda benar-benar menjaga rambut serta hijab anda:
#sekiranya polling tidak berjaya, sila refresh!
1. Lakukan cucian rambut secara berkala. Selang sehari antara yang disarankan atau sebaik kamu terasa kulit kepala terlalu berminyak. Sambil mencuci, urut dan gosok kulit kepala untuk beberapa ketika.2. Pilihan syampu dan perapi yang tepat bagi masalah kulit yang dihadapi.Minta nasihat pakar rambut seperti di salun di mana mereka boleh melakukan ujian ke atas kulit kepala kamu untuk mencari penjagaan paling sesuai.
3. Elakkan mencuci menggunakan air hangat kerana ia menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Bilasan air sejuk lebih wajar untuk melembutkan kutikel rambut.
4. Adalah menjadi satu kesalahan besar jika memakai tudung ketika rambut masih basah. Rambut yang basah ketika memakai tudung boleh menyebabkan kelumumur dan bercabang di hujung malah kulit kepala akan berminyak
5. Selepas membuka tudung dan mahu mencuci rambut, sikat dahulu rambutmu dengan sikat bergigi lebar. Ia adalah langkah yang bagus untuk elak rambut gugur begitu banyak saat mandi.
6. Buka tudung dan lepaskan rambut sebelum mencucinya. Biarkan dahulu peluh pada liang kulit kepala kering sebelum dicuci.
7. Pilih anak tudung yang diperbuat daripada gentian semula jadi seperti kain kapas. Dan elakkan anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala.
8. Kerapkan menukar pakai anak tudung dan jangan menggunakan anak tudung yang sama saban hari tanpa dicuci.
9. Pilihlah gaya tudung yang tidak begitu tebal lapisannya. Ini bagi membolehkan kulit kepala ruang benafas dan mengelakkannya memerangkap banyak peluh dan minyak.
10. Untuk mendapatkan kulit kepala yang sihat, diet yang baik juga sangat penting. Penjagaan dalaman! Ambillah makanan tambahan seperti biotin, silica, Vitamin B, C dan E, besi dan Omega-3.
11. Rambut yang kerap diikat menjadikannya mudah gugur dan mengubah tekstur halusnya. Justeru, apabila berada di rumah, lepaskannya selama yang boleh.
12. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat. Longgarkan ikatan getah rambut agar rambut mampu ‘bernafas’.
13. Sebulan sekali, lakukan trim di hujung rambut untuk membuang bahagian yang bercabang atau merekah.
14. Gunakan pewangi rambut untuk disembur ke serata rambut sebelum dan selepas memakai tudung sekirangnya ada bau yang kurang enak.
15. Jangan abaikan suplemen untuk rambut walaupun bertudung, masih ada keperluan untuk kamu mengaplikasi penggunaan serum atau pelembap rambut. Sebaiknya oleskan beberapa jam sebelum memakai tudung atau pakai sahaja pada waktu malam sebelum tidur.
16. Lakukan urut ringan ke kepala untuk memberi kelegaan dan rasa relaks, jika ada peluang menanggalkannya seperti di surau atau ketika ke tandas.
17. Sebulan sekali kunjungi salun rambut untuk mendapatkan rawatan rambut dan kulit kepala. Mengurut kulit kepala membantu melancarkan aliran darah agar rambut dapat tumbuh dengan sihat dan mengurangkan stres setelah seharian dipekup.
18. Tahukah kamu, memilih tudung yang berwarna lembut mampu memberikan kesan sejuk kepada kulit kepala, seterusnya menggalakkan pertumbuhan rambut? Jadi, elakkanlah memakai tudung berwarna gelap ya!
19. Kulit kepala memerlukan sentalan atau eksfoliasi untuk cara mudah menyingkirkan sel kulit mati, cuba campurkan beberapa camca gula bersama syampu dan gosokkan ke kulit kepala. Awas, jangan gosok menggunakan kuku, sebaliknya gunakan hujung cari untuk menyental kulit kepala secara lembut. Lakukannya seminggu sekali.
20. Selepas bersyampu, jangan culas memakai perapi rambut. Sapukan perapi hanya pada bahagian helaian rambut. Jangan terkena pada kulit kepala untuk mengelakkan kulit kepala berminyak.