Buat pertama kalinya sejak tahun 1957, pada 24 Jun lalu Arab Saudi menyaksikan saat bersejarah pemandu wanita Saudi secara sah telah dibenarkan memandu. Ini kerana pengharaman sekian lama terhadap wanita yang memandu akhirnya ditarik.
September lalu kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan bahawa kaum wanita telah dibenarkan untuk memandu. Pada 24 Jun lalu juga telah terlaksana janji kerajaan Arab Saudi.
Gambar-gambar yang bertebaran di media sosial menunjukkan polis trafik Arab menyerahkan setangkai bunga Mawar dan bagi meraikan pencapaian penting ini.
Kelihatannya pegawai polis Saudi menyerahkan bunga Mawar dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada pemandu wanita baru.
Pelbagai sambutan hangat diterima di media sosial di mana netizen memberi respon terhadap peristiwa penting ini.
Membenarkan wanita memandu adalah sebahagian daripada usaha kepimpinan Mahkota Mohammed bin Salman untuk memodenkan negara di bawah Wawasan 2030.
Rancangan ini bertujuan untuk mempelbagaikan ekonomi kerajaan dari minyak serta “reformasi” masyarakat Arab secara keseluruhan.
Usaha MBS bertujuan untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita dari 22 peratus hingga 30 peratus pada tahun 2030. Justeru membolehkan wanita untuk memandu akan menjadi komponen penting itu.
Walau bagaimanapun, langkah itu bermula beberapa minggu selepas pihak berkuasa Saudi menahan hampir dua belas aktivis terkemuka – kebanyakannya wanita – kerana menuntut hak yang kini dikenali sebagai “pembaharuan”.
Laporan menyatakan bahawa 120,000 wanita memohon lesen memandu pada hari Ahad lalu, demikian menurut pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri dan Direktorat Lalu Lintas.