‘Poligami’ Tak Salah Ianya Satu Keberkatan, Namun Jika Silap Langkah Bertukar Jadi Musibah! – PU Syed

Share

Sejak semalam, negara digemparkan dengan pengakuan seorang pengarah filem tersohor, yang akhirnya berterus terang sudah berkahwin dua, sekaligus meleraikan kemelut rumahtangganya yang menjadi perdebatan hangat dan tanda tanya dikalngan warga maya.

Pendedahan tergempar itu, telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat  rakan-rakan selebriti tempatan dan juga seluruh rakyat Malaysia.

Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menyangkal. Justeru, ini pandangan yang dikongsikan Pencetus Ummah (PU) Syed berhubung isu poligami.

Jika Berpoligami, Lelaki ‘Wajib’ Berlaku Adil Dan Saksama!

Menurut, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak ketika ditemubual sebuah portal infortaiment, beliau menjelaskan bahawa poligami bukanlah satu kesalahan samada disisi agama, apatah lagi dimata hamba.

Bagaimanapun, tegasnya jika seorang suami mahu berpoligami atau mempunyai keinginan berkahwin lebih dari satu, suami itu perlulah menepati syarat-syarat ketat berpoligami seperti yang dianjurkan dalam Islam.

Syarat yang pelu dititikberatkan adalah kemampuan si suami untuk berpoligami dan berlaku adil, serta memberikan layanan saksama terhadap keperluan zahir dan batin kepada setiap isteri-isterinya.

“Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat dimana mereka (suami) mestilah berkemampuan dari sudut zahir dan batin.

“Mereka juga perlu adil mengurus masa untuk para isteri dan anak-anak, menghargai mereka dan bukan hanya terpesona dengan yang ‘baharu’ sahaja,” katanya lapor Mstar.

Poligami Satu Keberkatan, Tersalah Langkah Jadi Musibah!

Tegasnya lagi, tujuan poligami dalam Islam adalah sebagai satu indikator menambah keberkatan, tetapi kebanyakan lelaki memandang ‘enteng’ syarat-syarat yang ditetapkan untuk berpoligami sehingga ia bertukar menjadi musibah.

“Ada dalam kalangan lelaki yang anggap perkara ini hanya sekadar syarat, tanpa memberi kesan jika mereka mahu berpoligami.

“Maka akan timbullah krisis rumah tangga yang akhirnya bukan menambah berkat, sebaliknya mencipta musibah,” ujarnya.

Mengulas lanjut berhubung isu ini, Syed turut menasihatkan para isteri solehah di luar sana agar tidak mudah melatah sekiranya mengetahui suami sudah berpoligami dengan mendedahkan kemelut rumah tangga, kepada khalayak umum sehingga boleh mengaibkan si suami.

Artikel berkaitan: Jangan Biarkan Diri Tidak Berilmu, Para Wanita Harus Fahami Tentang Konsep Poligami!

“Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.

“Habis semua cerita suami didedahkan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Apa lagi sekarang ini menjadi tempat luahan hati, dari orang tidak tahu, jadi tahu tentang isu rumah tangga,” ujarnya.

Justeru, katanya lagi poligami bukanlah titik noktah kepada perhubungan diantara suami dan isteri sekiranya tidak berlaku penceraian, jadi segala permasalahn yang timbul berhubung poligami perlulah dibincangkan dengan seseorang yang boleh membantu memperbaiki keadaan menjadi lebih baik.

“Bagi yang dimadukan, jangan rasa ini pengakhiran hubungan anda. Carilah rakan yang boleh menasihati dengan baik dan bukan ingin melihat rumah tangga anda hancur berkecai,” jelasnya.

Sumber: MSTAR

Artikel berkaitan: ‘Cemburu Seorang Perempuan’ Drama Kisah Poligami Yang ‘Luar Biasa,’ Deep Perkongsian Peguam Syarie Ini

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir