Sejak semalam, negara digemparkan dengan pengakuan seorang pengarah filem tersohor, yang akhirnya berterus terang sudah berkahwin dua, sekaligus meleraikan kemelut rumahtangganya yang menjadi perdebatan hangat dan tanda tanya dikalngan warga maya.
Pendedahan tergempar itu, telah mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat rakan-rakan selebriti tempatan dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Ada yang bersetuju dan tidak kurang juga yang menyangkal. Justeru, ini pandangan yang dikongsikan Pencetus Ummah (PU) Syed berhubung isu poligami.
Jika Berpoligami, Lelaki ‘Wajib’ Berlaku Adil Dan Saksama!
Menurut, PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak ketika ditemubual sebuah portal infortaiment, beliau menjelaskan bahawa poligami bukanlah satu kesalahan samada disisi agama, apatah lagi dimata hamba.
Bagaimanapun, tegasnya jika seorang suami mahu berpoligami atau mempunyai keinginan berkahwin lebih dari satu, suami itu perlulah menepati syarat-syarat ketat berpoligami seperti yang dianjurkan dalam Islam.
Syarat yang pelu dititikberatkan adalah kemampuan si suami untuk berpoligami dan berlaku adil, serta memberikan layanan saksama terhadap keperluan zahir dan batin kepada setiap isteri-isterinya.
Ads
“Islam membenarkan lelaki bernikah lebih daripada seorang namun kebenaran ini datang dengan syarat yang ketat dimana mereka (suami) mestilah berkemampuan dari sudut zahir dan batin.
“Mereka juga perlu adil mengurus masa untuk para isteri dan anak-anak, menghargai mereka dan bukan hanya terpesona dengan yang ‘baharu’ sahaja,” katanya lapor Mstar.
Poligami Satu Keberkatan, Tersalah Langkah Jadi Musibah!
Tegasnya lagi, tujuan poligami dalam Islam adalah sebagai satu indikator menambah keberkatan, tetapi kebanyakan lelaki memandang ‘enteng’ syarat-syarat yang ditetapkan untuk berpoligami sehingga ia bertukar menjadi musibah.
“Ada dalam kalangan lelaki yang anggap perkara ini hanya sekadar syarat, tanpa memberi kesan jika mereka mahu berpoligami.
Ads
“Maka akan timbullah krisis rumah tangga yang akhirnya bukan menambah berkat, sebaliknya mencipta musibah,” ujarnya.
Mengulas lanjut berhubung isu ini, Syed turut menasihatkan para isteri solehah di luar sana agar tidak mudah melatah sekiranya mengetahui suami sudah berpoligami dengan mendedahkan kemelut rumah tangga, kepada khalayak umum sehingga boleh mengaibkan si suami.
“Tatkala mendapat khabar suami berpoligami janganlah terkejut, menangis, mengamuk serta buat perkara-perkara yang boleh menimbulkan keaiban.
Ads
“Habis semua cerita suami didedahkan semata-mata untuk memuaskan hati sendiri. Apa lagi sekarang ini menjadi tempat luahan hati, dari orang tidak tahu, jadi tahu tentang isu rumah tangga,” ujarnya.
Justeru, katanya lagi poligami bukanlah titik noktah kepada perhubungan diantara suami dan isteri sekiranya tidak berlaku penceraian, jadi segala permasalahn yang timbul berhubung poligami perlulah dibincangkan dengan seseorang yang boleh membantu memperbaiki keadaan menjadi lebih baik.
“Bagi yang dimadukan, jangan rasa ini pengakhiran hubungan anda. Carilah rakan yang boleh menasihati dengan baik dan bukan ingin melihat rumah tangga anda hancur berkecai,” jelasnya.
Pernah tak anda makan mee segara sekaligus dengan nasi dalam satu hidangan. Sudah tentunya ada dalam kalangan kita yang suka akan campuran ini.
Tapi tahukah anda campuran kedua makanan ini boleh memberikan kesan yang tidak sihat pada tubuh badan kita? Dengarkan kata pakar mengenai tabiat pemakanan seperti ini.
Tak dinafikan keduanya mempunyai kombinasi rasa yang sedap dan membuatkan kita lebih menyelera. Namun, setiap perkara mempunyai kebaikan dan keburukan tersendiri.
Menurut Kompas.com, pakar pemakanan Dr. Samual Oetoro, MS, Sp. GK., berkata campuran kedua jenis makanan itu boleh menaikan gula dalam darah!
“Mee segera mengandungi karbohidrat dari tepung yang telah diproses secara berulang kali, apabila ditambah pula bersama nasi putih yang turut karbohidrat, maka peningkatan gula dalam darah boleh naik secara mendadak.” katanya.
Di sokong dengan kenyataan dari pakar pemakanan dari Hospital MRCCC Siloam Semanggi, Indonesia, pengambil mee segera dan nasi serentak boleh menyebabkan badan dipenuhi karbohidrat. Lalu, peningkatan gula secara mendadak akan menyebabkan badan kekurangan nutrien lain seperti mineral, protein, vitamin, dan lemak.
Anda perlu tahu bahawa mereka yang kerap makan mee segera dan nasi putih boleh berisiko untuk menghidap kencing manis. Inikan pula jika anda punyai diet yang kurang sihat seperti memakan snek ringan.
Jadi, buat anda yang suka untuk campur dua jenis makanan seperti nasi putih dan mee segera, seeloknya kurangkan. Ingat, kesihatan adalah suatu benda yang sangat berharga kerana ianya sangat mudah rosak dan susah untuk dirawat.
Selepas 20 tahun, kumpulan wanita terkenal iaitu Elite kini kembali dengan lagu terbaharu khas buat peminat mereka tidak lama lagi.
Kembali bergabung, kejutan itu telah diumumkan sendiri oleh ahli-ahli kumpulan tersebut iaitu Linda Rafar, Azza, Abby Abadi, Sasha Saidin dan Watie Sadali di laman instagram masing-masing.
Menggayakan jubah bersama dengan tudung labuh pelbagai warna, ramai yang mengatakan penampilan mereka ini sangat manis sekali dan bersesuaian dengan lagu baharu mereka yang berunsur ketuhanan yang bertajuk Alhamdulillah.
Difahamkan, lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan ini bakal diperdengarkan pada orang ramai bermula 11 April ini.
Jelas Linda di laman Instagramnya, projek khas ini merupakan idea Norman Abdul Halim yang mahukan mereka tampil dengan lagu istimewa sempena bulan Ramadhan.
Dia juga tidak menyangka proses untuk menyiapkan projek ini dapat segera disiapkan dalam masa 2 hari sahaja biarpun pada awal menjangkakan ia akan mengambil masa selama seminggu. Wah, tak sabar kami nantikannya!
Setelah puluhan tahun berkecimpung sebagai anak seni menyumang kepada industri kreatif tanah air, pelakon Norkhiriah Ahmad Shapie akhirnya dinobatkan sebagai Pelakon TV Komedi Terbaik menerusi telefilem Madu di Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) semalam.
Terlalu gembira dan bangga dengan pencapaian ini, Norkhiriah naik ke pentas bersama cahaya mata sulungnya untuk berkongsi rezeki serta moment indah berkenaan yang pastinya akan tersimpan rapi dalam lipatan sejarah berharga miliknya.
Pertama Kali Menang Anugerah, Saya Sedang Mengandungkan Hudhaifah
“Dulu, waktu pertama kali menang anugerah, saya mengandungkan anak saya yang ini. Semalam, saya bawa dia naik ke pentas.
“Saya rasa sangat teruja dan saya bawa anak saya, Muhammad Hudhaifah, 13, untuk menemani saya ke pentas bagi menerima anugerah itu,” katanya lapor Harian Metro.
Kemenangan pada kali ini disifatkan sebagai kemenangan yang penuh bermakna dan beliau begitu teruja, ekoran dirinya sudah lama tidak tercalon dalam mana-mana anugerah bagi kategori komedi.
“Selepas bertahun-tahun, barulah saya berpeluang tercalon semula. Sebelum ini, kalau ada pun pencalonan, tak sampai Top 5.
“Untuk pencalonan semalam, saya dapat tahu pun di saat-saat akhir. Jadi, saya hadir untuk meraikan dan memeriahkan acara itu.
“Tak sangka pula nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya terus peluk sahabat saya, Ieda Moin dan anak saya, kemudian bawa dia naik ke pentas,” katanya.
Untuk rekod, antara pesaing yang turut tercalon bagi kategori sama adalah Didie Alias (Apartment Putra), Ieda Moin (Madu), Joey Daud (Apartment Putra) dan Kazaruddin Saisi (Heri Bota).
Mengulas berkenaan perkembangan terkini beliau, Norkhiriah berkata, dia baru sahaja usai menjalani sebuah penggambaran drama bersiri berjudul Nikah, Cerai, Rujuk sebanyak 24 episod terbitan JS Pictures.
Serlahkan aura penampilan anda dengan stail yang lebih moden, ranggi dan sopan! Hijabista akan kongsikan idea dan juga tip untuk ‘upgrade’kan stail fesyen yang...