Kebelakangan ini seluruh negara digemparkan dengan berita yang membuatkan para isteri tak senang duduk dan ‘panas hati’ apabila tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pempengaruh TikTok, yang dikenali sebagai Abang Tesla apabila dia mengumumkan bahawa dirinya sudah berbini dua.
Lebih membuatkan wargamaya tidak puas hati khususnya kaum hawa apabila, isu poligami ini seolah dijadikan sebagai kandungan (content) di aplikasi TikTok, malah rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pempengaruh itu yang dilihat seakan ‘bangga’ meskipun berjaya mendapat restu dari isteri pertamanya, tiga jam sebelum menikah satu lagi.
Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsikan semula satu potongan video berhubung poligami yang di sampaikan oleh penceramah dan perunding motivasi terkenal, Dr. Robiah Kulop Hamzah yang membincangkan isu ini menurut perspektif Islam.
@taman.mutiara.ilmu Dr Robiah K. Hamzah #drrobiahkhamzah #ustazahrobiahkhamzah #poligami #wanita #rumahtangga #nasihat #fyp #foryoupage ♬ original sound – taman.mutiara.ilmu
Mengulas berhubung isu ini, Dr Robiah dalam ceramah berkenaan menjelaskan bahawa hukum berpoligami adalah diharuskan dengan beberapa syarat di dalam Islam. Namun, ia bukanlah satu perkara yang digalakkan.
“Poligami merupakan benda yang dibenar bukan digalak. Dibenar pun dengan syarat.
“Satu, gila. Kedua, kusta. Ketiga, sakit tak boleh sembuh. Keempat, tak ada anak. Kelima, meroyan. Ertinya apa? Ertinya semua kes-kes yang saya sebutkan itu tadi semuanya kes-kes besar,” katanya.
Jelasnya lagi, Poligami tidak hanya bersangkut paut dengan kemampuan dari segi harta, nafkah zahir dan batin sahaja, tetapi seorang suami haruslah mampu serta mempunyai keupayaan untuk membimbing kesemua isterinya menuju syurga Allah.
“Bukannya sekadar cakap, ‘Alah saya mampu’. Bukan mampu itu dengan sekadar kata-kata tetapi mampu tak nak bawa isteri-isteri tu masuk syurga?
Artikel berkaitan: “Cinta Itu Memberi, Bukan Memiliki,” – Cerita Ustazah Dr Robiah K. Hamzah Tentang Kuasa Bersedekah Yang Harus Difahami
Selain itu, Dr. Robiah berkata, kaum adam yang mengamalkan poligami ini juga tidak akan terlepas dari dihisab dan dipersoalkan di akhirat kelak, jika mereka gagal menjalankan tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri mereka.
“Sebab itu kalau dia (suami) tak adil, esok (di akhirat) tersungkur dia di sana.
“Tak adil nafkah, tak adil dalam memberi nasihat, tak adil dalam memberi ilmu. Oh letih, jangan main-main.
“Sebab itu saya pesan pada orang yang nak berpoligami, awak belajar dulu. Saya tak kata awak tak boleh kahwin tapi belajar dulu apa ada dalam poligami,” tegasnya.
Sumber: Tik Tok @Taman.Mutiara.Ilmu
Artikel berkaitan: Umrah Harga ‘Kayangan’ Dan Layanan ‘Double-Standard’ Adalah Rezeki Masing-Masing!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.