‘Pilihlah Lelaki Yang Soleh, Baik Agamanya’- Niena Baharun Nasihat Wanita Jangan Salah Pilih Suami

Share

Pelakon jelita, Datin Niena Baharun berkongsi sedikit nasihat buat para wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dalam mencari pasangan hidup.

Ya, secara dasarnya cinta memang sangat indah namun kadang kala dalam perkahwinan tidak terjadi seperti yang diharapkan. Oleh itu, kaum Hawa perlulah berfikir masak-masak sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati.

“Nasihat buat semua perempuan di luar sana. Berhati-hatilah dalam mencari pasangan hidup. Kerana perempuan yang paling malang sekali adalah perempuan yang salah memilih lelaki untuk dijadikan suami.”

“Kerana kehidupan seorang perempuan selepas dia sudah bergelar isteri nanti adalah sepenuhnya bersama suami.”

Jelasnya lagi, pilihlah lelaki yang mempunyai ciri yang soleh agar dia dapat mendidik isterinya dengan penuh kelembutan dan hikmah.

Tak salah memilih rupa namun yang paling penting adalah keikhlasan hati seseorang jejaka itu untuk bersama kita hingga ke Jannah.

Datin Niena bersama keluarganya yang tercinta.

Benarlah apa yang dikongsikan oleh Datin Niena ini. Jangan hanya kerana cinta semata-mata membuatkan kita menjadi buta dengan perkara sekeliling. Selalu berdoa kepada Allah dan laksanakanlah istikarah agar kita dijauhkan daripada pilihan yang salah. InsyaAllah.

Published by
QIST