Pilihan Syampu Yang Boleh Dibeli Di Drugstore, Bikin Rambut Sihat & Bersinar Tanpa Kelemumur

Share

Rambut sememangnya menjadi kebanggaan semua wanita tidak kiralah yang berhijab atau tidak. Sesuai dengan darjatnya sebagai mahkota, tentunya rambut perlu dijaga dengan sempurna.

Rambut hitam dan berkilat tentunya menjadi idaman ramai wanita. Tidak salah jika sekali-sekala berkunjung ke salun untuk membelai dan memanjakan diri dengan perawatan rambut sesuai. Meskipun bertudung, rambut perlu diberi perhatian seperti menjaga kecantikan wajah.

Wanita bertudung juga tidak terlepas berdepan masalah rambut seperti gugur, kelemumur, kulit kepala gatal dan berbau walaupun ia ‘dilindungi’ sepanjang masa.

Mungkin ada yang melakukan perawatan sendiri di rumah dan ramai juga yang tidak melepaskan peluang mencuba produk baharu di pasaran.

Sebenarnya sis boleh merawat rambut kelemumur dan kegatalan kulit kepala dengan memilih syampu yang betul. Berikut dikongsikan pilihan syampu yang boleh dibeli di drugstore.

HEAD & SHOULDERS ANTI-HAIRFALL ANTI-DANDRUFF SHAMPOO


Syampu anti-kelemumur jenama Head & Shoulders diformulasikan dengan 3 fungsi tindakan untuk mencuci, mengembalikan kesegaran serta melindungi kulit kepala daripada kelemumur. Rambut pun tak mudah gugur dan berkelemumur. Produk ini berkesan untuk mengurangkan minyak di kulit kepala yang akan mengakibatkan rambut gugur. Ianya memberi sensasi dingin pada kulit dan rambut anda akan terasa sejuk serta nyaman sepanjang hari.

SELSUN BLUE 2 IN 1 DANDRUFF TREATMENT SHAMPOO
Syampu 2 dalam 1 ini berkesan untuk membaikpulih rambut atau kulit kepala bermasalah terutamanya kelemumur. Selenium Sulfide adalah bahan yang terkandung dalam syampu ini mampu menghalang kelemumur serta kegatalan pada kulit kepala. Diformulasikan dengan Honeyquat 50, ianya dapat mengekalkan lembapan pada kulit kepala dan membuatkan rambut kekal bersinar sepanjang masa. Asid Hyaluronik dan Vitamin B5 sebagai bahan tambahan untuk menghidupkan kembali rambut sehingga tampak berseri.

ALPECIN CAFFEINE SHAMPOO DOUBLE EFFECT
Syampu dari German berjenama Alpecin ini mengandungi Double-Effect Caffeine yang dapat menghapuskan sel-sel mati di kulit kepala serta kelemumur. Diformulasikan dari Caffeine, asid Salicylic, asid Citric, Niacinamide serta Menthol, ia dapat memberikan kedinginan pada kulit kepala selepas mencucinya. Bertindak sebagai agen pelindung rambut anda, ianya akan menjaga akar umbi untuk rambut tumbuh dengan lebih elok.

HIMALAYA ANTI-DANDRUFF SHAMPOO – GENTLE CLEAN
Syampu anti kelemumur Himalaya berkesan merawat akar yang menyebabkam kelemumur dengan rawatan lembut pada rambut dan kulit kepala anda. Kegunaan harian syampu ini sememangnya akan membantu dengan jelas mengurangkan flakey, kegatalan, penurunan rambut, dan mencegah kelemumur dari muncul kembali.

SUNSILK HIJAB ANTI-DANDRUFF SHAMPOO
Bagi wanita berhijab, pasti sukar untuk mencari syampu yang sesuai agar rambut tidak berbau atau membuatkan kulit kepala menjadi kurang selesa. Syampu ini terbaik buat anda kerana ianya direka khas untuk memperbaiki rambut berminyak yang mengakibatkan kelemumur. Dengan menggunakan teknologi Fragrance Release Pearl walaupun sedang memakai hijab, rambut kekal segar sepanjang hari. Diperkaya dengan ekstrak Fig dan akar Ginseng, syampu ini melindungi rambu tidak kira apa cuaca sekalipun.

REJOICE ANTI-DANDRUFF 3 IN 1 SHAMPOO
Syampu anti-kelemumur fungsi 3 dalam 1 ini mempunyai 3 tindakan berbeza iaitu melawan kelemumur, memberikan kesegaran serta melembut rambut dan kulit kepala. Dengan mengandungi mentol, ianya mengekalkan kesegaran kulit kepala dimana sahaja pada bila-bila masa.

PANTENE PRO-V ANTI DANDRUFF SHAMPOO
Syampu anti kelemumur Pantene PRO-V ini sangat berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur. Kesannya boleh dirasai selepas cucian pertama lagi. Kelemumur akan berkurang hanya dengan beberapa kali penggunaan sahaja. Paling penting ia tidak tidak mengeringkan kulit kepala anda. Dengan formula pelembap ia mampu menyuburkan kulit kepala. Ia bukan sahaja membantu untuk menghilangkan kelemumur, tetapi juga menjadikan rambut lebih bersinar.

DOVE NUTRITIVE SOLUTIONS DANDRUFF CARE SHAMPOO
Syampu ini melegakan kulit kepala yang gatal dengan lembut dan lancar. Formulanya dapat berfungsi melawan kelemumur dari basuhan yang pertama. Kandungan bahan dari zink pyrithione terbukti berjaya menghapus kelemumur, menghilangkan kulit kepala gatal dan membersih rambut dengan berkesan. Menyubur dari akar hingga ke hujung dan menggabungkan hasil rambut yang indah dengan cukup lembut, menjadikan syampu ini selesa untuk digunakan setiap hari.

Buat hijabi yang mengalami masalah kelemumur dan masalah kegatalan kulit kepala, bolehlah mencuba syampu-syampu ini. Ingat, meskipun kita berhijab, rambut tetap perlu dijaga.

Sumber kredit: Productnation.co

Published by
Norhasliza