Kecantikan

Pilihan Senaman Untuk Menaikkan Otot Atau Kuruskan Badan, Apakah Objektif Anda? Ini Tip Untuk Memudahkan Pelan Senaman!

Share

Terutamanya bagi mereka yang masih baru berjinak-jinak mahu kuruskan badan dengan melakukan pelbagai jenis senaman, anda haruslah mencari objektif utama anda samaada ingin kuruskan badan atau menambahkan otot-otot tubuh badan.

Sumber gambar: Cottonbro

Hari ini ramai yang melakukan kesalahan proses apabila mereka tidak mempunyai objektif yang jelas terhadap pembentukan bentuk badan mereka. Oleh disebabkan itu, mereka tidak akan capai bentuk badan yang ideal serta hanya membazirkan tenaga kerana tidak dapat memiliki tubuh badan yang diidamkan. Untuk menjadikan objektif senaman anda lebih jelas, anda dinasihatkan untuk memahami beberapa langkah butiran asas seperti yang berikut:

1. Bagi seseorang yang masih baru, kebiasaannye mereka perlu tahu bahagian asas dalam setiap latihan kerana adalah sangat penting untuk mereka mengetahui setiap langkah-langkah asas sebelum memulakan latihan. Contohnya dari segi posisi, pernafasan dan juga teknik yang betul.

2. Ada dua jenis senaman yang berbeza iaitu untuk menurunkan berat badan/lemak ataupun mengingkatkan otot. Antara contoh senaman untuk menurunkan berat badan/lemak ialah seperti melakukan latihan kardio ataupun ‘high intensity’, tujuannya untuk meningkatkan kadar metabolisma dan pembakaran kalori.

Sumber gambar: Cottonbro

Selain itu, untuk meningkatkan otot, kebiasanya mereka mesti melakukan latihan angkat berat atau pun dipanggil latihan “HyperTrophy”. Latihan ini untuk membantu mereka yang inginkan bentuk badan yang ideal ataupun ramai masyarakat yang memanggil ‘Badan Sado & Kemas’.

3. Bagi mereka yang berbadan besar ataupun dipanggil ‘overweight’, mereka mestilah memfokuskan kepada proses menurunkan berat badan ataupun menurunkan peratusan lemak dalam badan terlebih dahulu dimana mereka sepatutnya melakukan kepada latihan ‘cardio’ ataupun ‘high intensity training’ bagi memudahkan penurunan berat badan dan juga pembakaran lemak.

Sumber gambar: Cottonbro

4. Masa yang perlu diambil untuk senaman di gimnasium ataupun dirumah ialah sekurang-kurangnya (45 minit hingga ke 1 jam) sudah memadai untuk sehari.

5. Seperkara lagi, sekiranya anda kerap melakukan senaman ‘jogging’ di ‘treadmill’ atau dimana-mana, anda boleh melihat perubahan yang ketara pada badan mereka, Semuanya bergantung kepada jenis tubuh badan masing-masing. Ada yang memakan masa selama 1 bulan dan barulah nampak perubahan malaha da yang lebih dari itu lagi.

6. Jika mereka yang ingin membuat latihan di luar gimnasium atau pun di rumah, anda boleh melakukan “Body Wight Training”. Ia bermaksud menggunakan berat badan anda sendiri..Sebagai contoh push up, squad, abs crunch, sit up, burpees dan lain-lain lagi.

Sumber gambar: Daniel

7. Kebiasaannya, jika ingin menguruskan bahagian badan dan membina otot, fokusknya lebih kepada bahagian ‘chest’, ‘back’, ‘shoulder’, ‘leg’, ‘abs’ & ‘arm’.

8. Berkaitan makanan tambahan ataupun ‘supplement’, ia merupakan makanan yang mengandungi ini kadar protien seperti ayam, daging, telur dan lain-lain.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Published by
Putra