Senaman kaki boleh dilakukan dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian tubuh dan boleh dilakukan di gimnasium mahupun di kawasan terbuka. Waktu malam juga antara pilihan masa terbaik untuk melakukan senaman kaki kerana kerana ketika itu cuaca dan faktor tubuh badan memberi efek kepada ketahanan kaki.
Kajian menunjukkan dengan melakukan senaman kaki boleh membakar lebih banyak kalori dan meningkatkan hormon berbanding senaman yang lain.
Setiap set mengandungi 12 hingga 15 ulangan bergantung kepada tahap keupayaan individu. Antara senaman dibahagian kaki yang memberi kesan efektif ialah squat. Terdapat pelbagai jenis squat seperti Sumo Squat, Goblet Squat, Barbell Squat dan sebagainya.
BARBELL SQUAT
Sumber gambar: Healthline
Tip: Squat antara pergerakan yang bahaya. Silap sedikit boleh merosakkan ping- gang. Turun secara penuh boleh membahayakan lutut. Tetapi kebanyakan ahli bina badan terpaksa turun habis untuk pergerakan penuh. Pemakaian tali pinggang hanya ketika terlalu berat. Jangan mengunci lutut apabila berdiri, ia akan memberi tekanan pada lutut. Gunakan beban yang ringan dahulu sehingga pergerakan menjadi betul.
BARBELL LUNGES
Sumber gambar: Ace Fitness
Tip: Penting untuk mempertahankan gaya badan. Jangan buka kaki terlalu besar sehingga berlaku tari- kan di bahagian groin dan quadricep kaki belakang.
Pergerakan yang besar merupakan aktiviti regangan, bukan lagi lunges. Pastikan badan tegak. Lunges juga boleh dilakukan menggunakan dumbbell atau pemberat yang lain atau sekadar menggunakan berat badan sendiri. Jika menggunakan bebanan, pegang di tepi badan.
FROG SQUAT
Sumber gambar: Adidas Runtastic
Tip: Frog Squat sesuai untuk membentuk potongan. Disebabkan tiada cara penambahan bebanan, cuma boleh buat penambahan ulangan.
Langkah-langkah keselamatan sebelum membuat senaman kaki:
2. Pakaian dan kasut yang bersesuaian
3. Kawasan bersukan yang selamat
4. Makan dan minum yang mencukupi