Ketika anda membeli sabun mandi, adakah anda asal beli saja dalam memilih sabun? Banyak pilihan produk sabun mandi yang berada di pasaran, dari jenama seperti LUX, Biore, Dove, hingga Lifebuoy yang sudah tidak asing lagi di telinga kita. Banyaknya pilihan seringkali membuat kita bingung dalam memilih produk yang terbaik dan yang paling sesuai untuk kita.
Mengulas mengenai cara memilih sabun mandi, dan memberikan cadangan produk yang bagus, yang boleh anda pilih sesuai dengan keperluan anda. Semak ini dan semoga ada yang sesuai dengan anda!
Cara memilih sabun mandi
Sabun mandi yang tersedia ada banyak pilihan yang bervariasi. Anda boleh memilih produk yang sesuai dengan selera anda, misalnya dari aromanya. Namun, apakah sabun mandi yang Anda pilih betul-betul sudah cocok? Atau Anda membeli produk tertentu hanya karena murah atau terkenal saja? Berikut ini kami akan menjelaskan cara memilih sabun mandi yang tepat.
Pilih berdasarkan kesegaran yang ingin anda rasakan setelah mandi
Setiap orang memiliki jenis kulit yang berzeda. Demikian juga halnya dengan sabun mandi, jenisnya juga berbeza-beza. Ada yang lebih menyukai sabun mandi yang memberikan rasa kesat, ada pula yang menyukai rasa lembap di kulit, dan sebagainya.
Untuk kesegaran, pilihlah yang soap-free
Bagi anda yang kurang menyukai rasa lembap dan licin setelah mandi, pilihlah sabun mandi yang tidak mengandungi bahan detergen atau soap-free. Anda boleh memilih produk yang memiliki kandungan bahan yang sama seperti sabun buku. Dengan kandungan tersebut, setelah mandi akan terasa segar dan tidak melekit.
Agar kulit terasa lembap, pilihlah sabun yang mengandung pelembap
Sabun mandi yang mengandung pelembap memberikan faedah tersendiri. Kerana kulit menjadi lembap, anda tidak perlu menyapukan losen badan setelah mandi. Selain itu, adanya pelembap juga dapat menekan rasa gatal akibat kulit kering. Umumnya, sabun mandi yang mengandung minyak alami mahupun krim pelembap akan meninggalkan rasa lembap setelah mandi. Oleh itu, sebaiknya semak dahulu isi kandungan, adakah sabun tersebut mengandung pelembap atau tidak.
Sayangnya, sabun mandi yang memiliki sifat melembapkan umumnya meninggalkan rasa melekit setelah mandi. Bagi anda yang tidak menyukai rasa lekit, sebaiknya bilas sabun sampai benar-benar bersih.
Pilihlah berdasarkan kualiti buihnya
Kualiti buih sabun juga menjadi perkara yang penting ketika memilih sabun mandi. Mandi dengan buih yang lembut dan berkualiti baik akan kurankan geserab gesekan antara kulit dengan tuala. Umumnya, sabun mandi dengan kelembapan tinggi cenderung memiliki kualiti buih yang baik. Selain itu, sabun mandi yang mudah berbuih juga dapat menjimatkan kos kerana hanya menggunakan jumlah yang sedikit tetapi menghasilkan buih yang banyak. Waktu untuk mandi pun menjadi tidak lama. Sebaliknya, sabun mandi yang tidak mudah berbuih akan menghasilkan buih yang kurang lembut sehingga anda tidak selesa saat menggunakannya. Jenis ini sebaiknya kita hindari kerana mengrugikan.
Untuk kulit sensitif, pilihlah sabun yang mengandung asid amino!
Pada dasarnya kulit manusia bersifat asid lemah. Bagi pemilik kulit sensitif, sebaiknya memilih sabun mandi yang berbahan asid lemah (yang sifatnya sama dengan kulit), untuk mengurangi rangsangan terhadap kulit. Sabun mandi yang bersifat asam lemah biasanya mencantumkan bahan berasas asid amino seperti taurine, glycine, alanine, dan asid amino lainnya pada komposisi produk. Selain itu, bahan berasas asid amino memiliki daya kelembapan yang tinggi sehingga kulit akan terasa lembap setelah mandi.
Dapatkan kulit yang cantik dan sihat dengan buih yang lembut!
Body foam dari Biore merupakan sabun mandi cair dengan tekstur yang creamy, serta aroma yang menyegarkan. Selain membersihkan kotoran di kulit, sabun ini juga merawat kelembapan kulit anda. Dengan buihnya yang melimpah dan lembut, anda akan merasa begitu tenang setelah mandi.
Harganya yang ekonomi, serta komposisinya yang begitu bermanfaat, sesuai diguna untuk seluruh anggota keluarga. Rasakan sensasi buih lembut dari Biore Body Foam, untuk mendapatkan kulit cantik dan sihat untuk anda seisi keluarga.
Bagi anda yang penuh dengan aktiviti di luar ruangan setiap hari, tentu anda menginginkan produk kecantikan yang boleh membersihkan tubuh dari keringat dan percemaran secara menyeluruh. Body wash Shinzu’i ini mungkin boleh anda cuba. Selain membersihkan tubuh, sabun ini juga membantu menjaga kelembapan kulit.
Mengandung bahan matsu oil, yang merupakan bahan pemutih yang menghalang enzim tirosinase yang penyebab kulit menjadi kusam, sabun mandi ini akan kembalikan kulit anda bersih engan cepat. Dengan pemakaian Shinzui Body Cleanser secara teratur, kulit anda akan terawat dan tampak lebih cerah seperti wanita Jepun.
Dettol hadir di tengah masyarakat dalam pelbagai produk berupa sabun, pencuci tangan, cairan Dettol, cairan antiseptik Dettol, dan pembersih tangan Dettol. Semua produk Dettol mengandung bahan kimia aromatik yang dikenal sebagai chloroxylenol (C8H9ClO) yang bersifat antiseptik.
Salah satu produk Dettol, iaitu Dettol Profesh – Fresh, memiliki formulasi pH seimbang, serta bersifat antibakteri sehingga mampu memberikan perlindungan dari kuman. Sangat sesuai digunakan oleh seluruh anggota keluarga untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kulit.
Harga ekonomi, kuman pergi, dan tubuh pun segar kembali!
Lifebuoy mempunyai tujuan untuk memberikan solusi kebersihan dan kesihatan yang terjangkau dan mudah diperoleh. Dikenal oleh banyak orang dengan bentuk sabun bar sebagai sabun pembunuh kuman, Lifebuoy juga memproduksi sabun cecair.
Sabun cecair Total 10 ini mengandung minyak peppermint alami serta kandungan timol aktif, yang mampu melindungi anda dan keluarga dari 10 infeksi kulit oleh kuman. Buihnya lembut, menyerap hingga ke pori-pori, membersihkan kulit dari kotoran dan pencemaran. Harga yang ekonomi dan tersedia dalam pelbagai pilihan yang membuat tubuh anda segar kembali.
Diformulasikan khusus untuk kulit yang kering dan gatal
Sabun mandi dari Kanada ini tidak hanya membersihkan tubuh dan wajah dengan baik, namun juga mampu meredakan rasa gatal pada kulit akibat kekeringan dan ekzema. Dibuat dengan teknologi Filaggrin, sabun ini mampu menyejukkan tubuh dan meninggalkan kesan licin setelah mandi.
Sabun ini boleh diguna untuk ssemua golongan usia, termasuk bayi, dan selamat untuk dipakai hari-hari. Dengan pemakaian teratur bersama dengan Cetaphil Restoraderm Body Moisturizer, anda dapat mengurangi risiko eczema berulang. Produk bebas detergen ini pilihan terbaik untuk anda yang sensitif dan mudah gatal jika terkena kuman.
Mencerahkan kulit dan membuat kulit lebih putih secara semulajadi
LUX merupakan sabun mandi cecair pertama yang memasarkan LUX Beauty Shower. Dengan bintang iklan wanita cantik, LUX selalu berinovasi menawarkan mandi mewah dengan keharuman yang menyegarkan. Kandungan dari Lux White Impress Body Wash ini mampu mengatasi kulit kusam akibat sinar matahari, debu, dan kotoran. Lux juga mengangkat sel kulit mati sehingga kulit menjadi cerah dan tampak lebih putih semulajadi. Untuk anda yang sering beraktiviti di luar, sabun ini boleh ini pilihan yang tepat. Dapatkan kulit yang halus, lembut, dan elastis setiap saat!
Bagi anda yang menyukai aromatherapy, kami cadangkan shower gel dari Palmolive Aroma Therapy Sensual ini untuk anda. Mengandungi Moroccan Rose Essential Oil & Ginseng Extract, produk ini memiliki aroma yang menenangkan dan memberikan ketenagan pada tubuh.
Produk dari Palmolive ini mampu melembapkan dan menutrisi kulit anda, menjadikannya anjal dan begitu halus saat disentuh. Cukup dengan beberapa titis sahaja, Anda akan mendapatkan buih yang melimpah dan lembut, sangat selesa saat anda sapukan ke tubuh. Rasakanlah sensasi mandi yang berbeza dengan produk ini!
Tidak hanya menyegarkan, namun juga menutrisi kulit
Selain untuk membersihkan tubuh, sabun mandi juga berguna untuk menyegarkan badan. Namun, bagaimana dengan sabun mandi yang juga boleh menutrisi kulit? Dove dengan teknologi NutriumMoisture-nya, membuat produk sabun mandi yang tidak hanya membersihkan tubuh, tetapi juga merawat kulit anda agar tetap lembut dengan cara menutrisinya.
Kandungan pomegranate dan lemon verbena semakin melengkapi keharuman dan kesegaran yang dikeluarkan oleh sabun mandi ini. Gunakan sabun ini dengan tangan mahupun puff. Menghasilkan buih yang melimpah! Sangat dicadangkan bagi anda yang memiliki masalah kulit kering akibat debu, terik matahari, dan cuaca yang sering berubah.
9. St.Ives Smooth & Glow Apricot Exfoliating Body Wash
Kulit halus dan berkilau dengan apricot kernel oil
Sabun cair lembut dari St.Ives ini berbahan 100% ekstrak dari apricot kernel oil. Selain membersihkan, ekstrak bahan alami ini juga dapat menyegarkan kulit. Teruji secara dermatologi dengan formula yang bebas paraben, produk ini akan mengangkat kotoran dan kulit mati, menjadikan kulit anda bersih dan lembut.
Tidak hanya itu, dengan memakai sabun mandi ini, kulit anda akan menjadi lebih halus dan berkilau. Selain Apricot, tersedia juga varian lain iaitu Oatmeal & Shea Butter, Sea Salt & Pasific Kelp, Coconut & Orchid yang bisa anda pilih sesuai selera. Untuk hasil terbaik, gunakan bersama St.Ives Body Lotion. Untuk anda yang ingin lebih praktik dengan scrub dan sabun mandi dalam satu produk, sabun mandi ini adalah pilihannya.
Aroma menawan yang menyegarkan dan lembut di kulit
Untuk anda yang menyukai aroma khas bunga mawar, mungkin anda akan menyukai produk ini. Diperkaya dengan kandungan organic rose dari Inggeris, sabun mandi ini memiliki aroma yang begitu menawan. Setelah mandi, anda akan merasakan kesegaran yang begitu nyaman kerana produk ini bebas detergen.
Shower gel dari The Body Shop ini juga berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan kulit. Dengan buih yang melimpah dan aroma yang lembut, produk ini juga sesuai untuk anda yang memiliki masalah kulit kering. Manjakan diri setelah padat dengan aktiviti sepanjang hari? Produk ini adalah pilihan yang tepat!
Terbaharu Di Pasaran
Siapa yang tidak teruja apabila mendapat peluang bersantai sambil berjemur di pantai di bawah sinaran matahari dengan deruan angin tropika yang halus? Inilah janji jenama baru Summerie yang dinamakan dengan gabungan ‘summer’ dan ‘reverie’. Summerie adalah rangkaian pencuci badan dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan rasa keterujaan yang mengasyikkan. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang memulihara kulit penggunaan rangkaian baru ini boleh menghidupkan setiap mandian harian anda dengan rasa kemewahan yang mampu untuk dimiliki!
“Summerie adalah jenama yang mementingkan kesederhanaan dan keaslian alam semulajadi. Inilah keistimewaan mengapa produk kami hanya diperbuat dari bahan asli semulajadi yang penting untuk kulit dan rambut. Dengan menggunakan wangian premium yang diilhamkan oleh aroma asli, setiap produk Summerie adalah bebas-silikon agar kulit dan rambut anda mendapat segalanya yang diperlukan dalam setiap botol. Dengan manfaat minyak biji bunga matahari, semua rakyat Malaysia kini dapat menikmati kesegaran musim panas setiap hari.
Summerie adalah rangkaian produk yang dengan bangganya dicipta di Malaysia dan direka khas untuk pengguna tempatan. Ia menggunakan minyak biji bunga matahari organik yang menawarkan pelbagai manfaat yang mesra kulit dan rambut; ianya juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium; serta Omega-6.
Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperolehi dari alam semulajadi, dan semuanya bebas dari bahan seperti SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pertimbangkan penyegar wajah dalam rutin penjagaan kulit anda. Penyegar wajah telah kembali popular dalam rejimen penjagaan kulit 10 langkah kecantikan wanita Korea.
Walaupun anda tidak berminat untuk melakukan 10 langkah rutin penjagaan kulit kecantikan Korea, penyegar wajah boleh jadi bahagian penting dari rutin peribadi anda. Tetapi inilah masalahnya, sekiranya anda mempunyai warna kulit yang lebih gelap, anda perlu berhati-hati ketika memilih toner yang sesuai untuk anda.
Individu dengan warna kulit gelap yang lebih cenderung kepada pigmentasi yang tidak rata, jelas pakar. Sekiranya itu menjadi masalah kulit bagi anda, maka penting untuk mengelakkan penyegar yang mengandungi alkohol kerana ia dapat memperburuk kulit yang warna tidak sekata. Pada dasarnya, alkohol bersifat mengeringkan kulit.
Walaupun begitu, toner masih mempunyai beberapa faedah utama untuk kulit anda tidak kira jenis dan warna kulit anda. Hebat bukan? Ikuti langkah yan g betul menggunakan toner wajah, menurut pakar.
Apa sebenarnya toner wajah?
Toner wajah pada dasarnya adalah langkah penjagaan kulit di antara. Ia bertujuan untuk digunakan setelah mencuci muka tetapi sebelum menggunakan serum atau pelembap anda.
Toner digunakan sebagai cara untuk menyeimbangkan pH kulit setelah menggunakan produk sabun alkali untuk pembersihan. Terdapat banyak jenis toner yang memberikan faedah yang berbeza. Toner yang terkini biasanya berasaskan air.
Apa fungsi toner untuk kulit wajah?
Penyegar wajah menyiapkan kulit untuk pelembap dan serum sambil menghilangkan lebihan minyak dan kotoran degil atau sisa solekan di wajah anda setelah mencucinya. Tetapi ia bukan pengganti untuk mencuci muka. Anggap saja toner wajah sebagai kredit tambahan dan bukan jalan pintas rutin penjagaan kulit anda.
Tetapi toner yang disusun semula hari ini melampaui peranan asas itu. Mereka digunakan untuk mensasarkan pelbagai masalah kulit, dari jerawat hingga kering hingga penuaan. Beberapa toner diformulasikan untuk kulit berminyak. Penyegar dengan kombinasi asid glikolik dan salisilik dapat mengekalkan kulit berminyak segar sepanjang hari.
Bagaimana menggunakan toner dengan betul?
Syukurlah, menggunakan toner jauh lebih mudah. Rendam pad kapas dengan toner, kemudian sapu ke seluruh wajah, leher dan dada. Anda harus menggunakan toner selepas mencuci muka dan sebelum menggunakan serum atau pelembap. Sekiranya anda ingin melangkau kapas, boleh juga gunakan cara ini, titis beberapa titisan toner ke telapak tangan dan kemudian dap dap ke wajah.
Gunakan toner pagi dan malam. Tetapi jika kulit anda mudah kering atau mudah teriritasi, cubalah sekali sehari atau setiap hari. Ingat, toner ini mengandungi ramuan kuat. Dan untuk formula yang lebih astringen yang direka untuk kulit berminyak atau rawan jerawat, disarankan menggunakannya setiap dua hari sebelum secara berperingkat.
Siapa yang mesti menggunakan toner?
Ini hanya berdasarkan kelebihan toner tertentu. Kelebihan toner muka sama dengan kelebihan serum, ini adalah mengenai mencari yang sesuai untuk jenis kulit atau masalah anda.
Apa yang perlu anda cari dalam toner wajah?
Pakar menyarankan untuk mencari ramuan khusus untuk masalah anda. Berikut adalah beberapa contoh:
Air ros untuk penghidratan
Chamomile untuk menenangkan
Minyak pokok teh untuk melawan minyak dan bakteria
Lidah buaya untuk menenangkan keradangan dan kemerahan
Vitamin E untuk penghidratan
Menanam sel stem untuk antioksidan dan anti penuaan
Adakah toner selamat selepas melakukan rawatan wajah?
Toner selamat untuk kulit anda walaupun anda melakukan rawatan seperti waxing atau laser untuk menghilangkan folikel rambut, pastikan anda menggunakan formula yang sangat lembut.
Pastikan anda menggunakan toner yang tidak mengandungi alkohol, Vitamin C, atau retinol kerana ramuan tersebut tidak digalakkan selepas rawatan, menurut pakar. Individu yang berkulit sensitif mungkin memiliki reaksi buruk untuk menggunakan toner di samping rawatan laser atau waxing kerana toner dapat menyebabkan kulit menjadi lebih kering.
Pastinya pilihan yang selamat, Witch hazel. Toner ini biasanya aman digunakan jika anda menjalani rawatan laser kerana ia adalah bahan yang menenangkan.
Sebelum anda menggunakan jenis toner baru, pastikan untuk mengujinya pada bahagian kecil kulit anda untuk memastikan anda tidak mempunyai reaksi buruk terhadap produk tersebut.
SUMBER GAMBAR: Pexe.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Industri hiburan dilihat sebagai sebuah dunia yang penuh warna-warni, glamor dan bergemerlapan. Namun, ianya tidak seindah yang disangkakan. Masih ada bintik hitam yang menyulami dunia hiburan ini dan ada kalanya membawa seseorang artis itu ke lembah yang negatif.
Berbicara soal industri hiburan, pastinya ia tidak lari dari definisi kecantikan dan kesempurnaan dalam setiap aspek. Termasuklah, bentuk wajah, warna kulit, ketinggian serta saiz badan. Menyentuh perihal saiz badan, ia merupakan sebuah topik sensitif dan mungkin menyentuh perasaan mana-mana pihak. Hakikatnya, realiti hari ini, walaupun dunia semakin maju berkembang, isu saiz badan masih lagi berlegar dalam perbualan netizen di alam maya.
Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, dalam segmen Apa Kata Hijabista, kami menemu bual secara eksklusif pengacara, penyampai radio serta pelakon yang semakin digemari ramai, Sarancak atau nama sebenar Sara Zulkifli berkaitan isu saiz badan.
Biarpun memiliki saiz badan yang besar, Sarancak tidak melihatnya sebagai sebuah batu penghalang bagi dirinya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Tambahnya lagi, isu sebegini pastinya akan wujud dan setiap mata yang melihat, pasti akan mengeluarkan bibit bicara mengenai tubuh badannya itu. Apa yang penting, dia yakin dan sayangi dirinya sendiri.
“Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu.
Tampil yakin setiap masa antara salah satu cara terbaik untuk kita tampil sempurna. Usah hiraukan apa yang orang lain katakan, kerana apabila kita mengutamakan diri kita terlebih dahulu, pasti kita tidak akan rungsing memikirkan tentang pandangan orang lain,” ujarnya.
Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu
PENGALAMAN
Menyentuh soal pengalaman yang pernah dialaminya sepanjang menapak dalam industri hiburan ini, Sarancak berkongsi tentang satu pengalaman mengenai dirinya ditolak dan tidak diterima di sebuah stesen televisyen pada ketika dahulu.
“Sudah pasti saya perna mengalami pengalaman mengenai saiz badan saya. Ada satu ketikanya, saya tidak diterima oleh sebuah stesen televisyen kerana saiz badan saya yang besar. Pada mulanya, saya mempersoalkan tentang hal itu.
Namun, dengan semangat dan rasa keyakinan pada diri sendiri, saya percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Saya juga meletakkan kepercayaan bahawa bakat yang saya miliki lebih besar dari tubuh badan saya,” tegasnya mengulas lanjut.
Sebagai manusia, perubahan itu pasti menjadi sebuah tuntutan dalam kehidupan kita untuk menjadi versi yang lebih baik dari semalam. Bagi Sarancak, biarpun dia kelihatan selesa dengan saiz badannya, namun jauh di sudut hatinya, dia mula menanam semangat untuk menurunkan berat badan.
“Saya seorang yang tidak sukakan makanan mahupun minuman yang manis terutamanya minuman bergas. Saya lebih suka minum air kosong kerana kita semua tahu tentang kebaikannya.
Jujurnya, saya memang mengimpikan untuk memiliki berat badan yang ideal dan seimbang mengikut kiraan BMI. Namun, ia adalah sebuah proses. Saya percaya dengan adanya usaha dari diri sendiri, pasti saya akan memiliki berat badan yang diimpikan.”
Tambah Sarancak, berat badannya juga semakin meningkat selepas melahirkan cahaya matanya. Oleh disebabkan itu, dia sedang dalam rangka pelan untuk menurunkan berat badannya itu.
Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik
NASIHAT
Sebelum mengakhiri sesi temu bual ini, Sarancak sempat berkongsi nasihat kepada mereka terutamanya yang tidak yakin dengan diri sendiri dek kerana saiz badan mereka.
“Walau apa sekalipun saiz badan anda, sama ada besar ataupun kecil, rendah atau tinggi, pasti akan ada mulut yang bercakap, memberi komen mahupun kecaman. Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik,” kongsi Sarancak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Peminat WHATSAPP sedang menerima kemas kini besar daripada firma milik Meta dengan sembang kumpulan yang lebih besar, pilihan untuk menghantar fail yang lebih besar dan lebih mudah untuk membalas kepada rakan.
Pengguna WhatsApp di seluruh dunia sedang dilayan dengan pelbagai ciri baharu. Apl sembang popular, yang dimiliki oleh Meta Facebook, baru sahaja mengumumkan keluaran baharu blockbuster yang termasuk dapat membuat kumpulan yang lebih besar bersama-sama dengan menghantar fail yang lebih besar kepada rakan dan keluarga. Apabila mencipta salah satu ‘group chat’ yang, pengguna kini boleh menambah lebih 500 orang dalam kumpulan chat.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mengandakan saiz
Had semasa untuk Sembang Kumpulan ialah 256 pengguna yang bermakna WhatsApp kini telah menggandakan saiz ini. Satu lagi perubahan besar akan menggembirakan sesiapa sahaja yang suka menghantar foto resolusi tinggi yang tajam atau video 4K mereka kepada rakan dengan WhatsApp. Meningkatkan saiz fail yang boleh dihantar merentasi platform daripada 100MB yang sangat kecil kepada 2GB yang sangat besar. Itu adalah peningkatan yang besar dan sepatutnya menamatkan mimpi ngeri untuk memampatkan sesuatu sebelum menghantarnya ke seluruh web.
Untuk membantu orang ramai mengurus data mudah alih mereka yang berharga, WhatsApp menasihatkan berbilion-bilion penggunanya untuk menghantar dan menerima fail yang lebih besar ini apabila disambungkan ke Wi-Fi dengan firma itu menambahkan paparan pada kaunter semasa memuat naik atau memuat turun untuk memberitahu pengguna berapa lama pemindahan anda akan ambil.
Menjelaskan lebih lanjut, WhatsApp berkata: “Kini anda boleh menghantar fail dalam WhatsApp sehingga saiz 2GB pada satu-satu masa, dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung. Ini adalah peningkatan daripada had sebelumnya 100MB dan kami fikir akan membantu untuk kerjasama .”
Perubahan ini serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Apple melalui platform iMessagenya dengan pengguna WhatsApp kini boleh menindih emoji dengan cepat pada setiap gelembung sembang. Ini bermakna anda boleh menambah ibu jari pantas atau suka hati pada mesej dan bukannya menaip balasan.
“Kami teruja untuk berkongsi bahawa reaksi emoji kini tersedia pada versi terbaharu apl itu,” tambah firma itu.
“Reaksi adalah menyeronokkan, pantas, dan ia juga mengurangkan beban berlebihan dalam kumpulan. Kami akan terus menambah baiknya dengan menambah julat ungkapan yang lebih luas pada masa hadapan. Kami berharap orang ramai menikmati kemas kini ini dan berharap untuk berkongsi lebih banyak lagi sepanjang tahun.”
Tidak jelas bila semua orang akan mendapat peningkatan WhatsApp ini tetapi anda patut menyemak peranti anda sekarang untuk melihat sama ada ia tiba dalam sekelip mata. Selamat menikmati!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...