Sebut sahaja mengenai pilihan lagu k-pop pasti ramai yang meminatinya. Bukan sahaja kerana melodinya yang segar, malah tariannya juga menjadi kegilaan ramai sehinggakan ia mennjadi trend di aplikasi Tiktok. Nah, kami senaraikan pilihan lagu K-pop yang wajib didengari untuk menceriakan hari anda!
Mewah! Anda dinasihatkan untuk menonton sambil mendengan video muzik dari BTS ini kerana ia mampu membawa anda ke dimensi yang berbeza! Rentak dance pop menjadikan single terbaru kumpulan ini memecah rekod dalam sekelip mata. Rentak lagunya yang catchy serta miliki runut pop-techno pasti menjadi kegilaan ramai! Sudah pasti gaya tariannya yang cemerlang serta tangkas antara kunci mengapa single ini digilai ramai. Berbicara mengenai video muziknya, pembukaan hitam putih yang klasik namun masih moden mewujudkan rasa segar dalam video ini. Gaya fesyen yang sangat baik dengan gabungan gaya formal serta sukan, ia sungguh sempurna! Tunggu apa lagi?
Rentak lagu ini bisa buat kamu menari saat itu juga! Melodi nya pasti akan melekat terus di minda saat pertama kali mendengar lagu ini. Single ASAP ini merupakan simbol comeback kumpulan ini selepas sekian lama tidak mengeluarkan single terbaru. Ternyata, single yang dipetik dari album STAYDOM memberi kelainan pada muziknya yang lebih matang namun ‘sweet’. Dilancarkan pada tahun ini juga, single ASAP ini juga menjadi trend dengan begitu pantas terutamanya gerak tarian dalam video muziknya yang popular di aplikasi Tiktok!
Dilancarkan pada tahun ini, single terbaru dari kumpulan Fromis_9 ini sebuah karya yang bakal memberi kamu tenaga apabila kamu mendengarnya. Rentaknya yang mudah diingati serta rancak, menjadikan single dari Fromis_9 ini berbeza dari yang lain! Apa yang menariknya, lagu ingin mengingatkan kepada sebuah single dari penyanyi Barat, Katy Perry, California Gurl. Tak percaya? Cuba dengar!
Miliki elemen misteri dalam alunan melodi lagu ini, single Advice mempertaruhkan kesemua kelebihan yang dimiliki oleh penyanyi berwajah kacak ini. Bermula dengan alunan piano yang mendebarkan kemudian disambung pula dengan nada rancak, cukup menjadikan single Advice ini antara single yang patut anda dengari. Lebih menarik jika dengar sambil menonton video muziknya yang begitu berkualiti tinggi. Tariannya sungguh tajam sehingga membuatkan mata yang menonton terus terpesona.
Bonusnya dalam single ini adalah bait liriknya yang begitu positif tentang keyakinan diri. Setiap lirik yang dihasilkan seolah seperti membakar semangat untuk ke arah yang lebih positif.
Sebut sahaja tentang kumpulan gergasi ini, pasti ramai yang sudah bayangkan tentang keseluruhan lagu-lagu mereka serta tarian yang memukau! Kali ini, kita bawakan single yang sedikit berbeza dari yang lain, You Never Know. Melodinya yang perlahan seolah irama pop, sisi yang berbeza dari barisan lagu-lagu lain yang pernah dipopularkan oleh kumpulan ini. Apa yang kurang mengenai single ini? Tiada! Jadi anda harus simpan sebagai single wajib yang harus kamu dengari di playlist anda!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Isteri kepada pelakon terkenal, Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza sedang sarat mengandung anak ketiganya. Dia yang kini menunggu detik untuk melahirkannya yang dijangka pada bulan hadapan tetap kekal anggun dan menjaga penampilannya. Dia juga kekal aktif mempromosikan butiknya di laman sosial instagramnya @memeysuhaiza.
Abby Abadi juga turut tidak ketinggalan memberi sokongan kepadanya. Jelas terpancar seri ibu di wajah Memey. Jom kita lihat gambar-gambarnya!
Pejam celik pejam celik tidak sampai sebulan lagi Memey akan melahirkan anaknya. Hijabista mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan untuk Memey dan keluarga. Pasti anak yang bakal lahir nanti comel seperti ibunya juga bukan ?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda rasa tak yakin apabila teman sekerja ajak berswafoto di pagi hari? Nampak gemuk dan tua walaupun sebenarnya anda kurus dan masih muda?
Jangan bersedih sis!
Sebenarnya situasi ini disebabkan gaya pemakaian ketika bekerja. Bagi wanita yang bertubuh tinggi lampai pastinya sangat berbeza dengan mereka yang mempunyai postur tubuh badan mungil dan yang memiliki saiz badan yang besar. Baik dari segi pemilihan tudung, warna, gaya, corak mahupun aksesori.
Pemilihan gaya pemakaian yang sesuai mampu memberi ‘trick’ kepada orang yang melihat anda untuk tampil lebih menarik. Terdapat 4 kategori jenis tubuh badan wanita yang perlu anda tahu :
1 – Kurus tinggi
2 – Kurus rendah
3 – Gempal tinggi
4 – Gempal rendah
Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Kurus Tinggi
• Elakkan pakaian yang terlalu ketat. Pakaian ketat akan membuatkan anda semakin cengkung dan kurus.
• Pilih pakaian yang berwarna terang dan cerah seperti kuning, oren, merah jambu dan biru muda. Pastikan anda memakai corak bunga yang besar atau corak melintang supaya kelihatan ideal. Anda boleh cuba gaya tudung yang mempunyai corak yang besar dan baju atau seluar memiliki warna cerah yang polos. Seeloknya, hindari pakaian yang gelap, nipis dan bercorak menegak.
• Anda boleh gunakan aksesori seperti kerongsang tudung, gelang atau jam tangan yang sederhana besar untuk membuatkan tubuh badan anda menjadi sederhana.
Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Kurus Rendah
• Memiliki badan yang mungil mungkin akan membuat anda seperti anak kecil. Justeru, elakkan memakai baju terlalu longgar yang mudah membuatkan diri anda tenggelam. Pilihlah baju yang melebihi pinggul dan di atas lutut.
• Pemakaian baju warna yang senada antara atas dan bawah serta yang memiliki motif melintang mampu memberi kesan diri anda menjadi tinggi. Tona warna pakaian yang cerah atau lembut jika dipakai oleh wanita mungil mampu memberikan kesan penuh terhadap seluruh anggota anda dan pada mereka yang melihat anda.
• Tali pinggang besar dan lebar sedang menjadi trend. Namun, trend ini tidak sesuai untuk kategori tubuh ini. Jika anda mahu kelihatan tinggi dari sudut aksesori, boleh mengenakan ‘high heels atau wedges.
Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Gempal Tinggi
• Tip umum yang biasa dipraktikkan oleh wanita yang berbadan gempal tinggi adalah dengan mengenakan baju berwarna gelap. Warna gelap seperti coklat tua, biru tua, hingga hitam mudah menyamarkan bentuk tubuh yang gempal kelihatan langsing sedikit.
• Corak baju mestilah yang kecil-kecil supaya tubuh yang besar tidak semakin besar.
• Pilihlah baju yang sedikit longgar untuk mudahkan aliran udara badan bernafas selain tidak menampakkan bentuk badan yang berlemak terutama di bahagian perut.
Gaya Pakaian Bekerja Untuk Wanita Gempal Rendah
• Sama seperti tip untuk wanita yang berbadan gempal tinggi, anda perlu memakai warna gelap dan bercorak kecil. Sebagai tambahan, anda boleh mengenakan blazer.
• Hindari long dress kerana ia akan membuatkan kaki jadi lebih pendek. Baju yang dipakai perlu betul-betul sesuai, muat dan padan. Elak juga membeli baju yang terlebih besar dan panjang.
• Seboleh mungkin, minimamkan pembelian baju yang mempunyai corak ruffle atau corak di seluruh baju. Hindari motif melintang kerana akan memberi kesan lebar pada tubuh gempal.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Soalan ini sering timbul setiap kali kita merancang percutian. Ini kerana, selain daripada tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih untuk menginap juga penting untuk memastikan kita dapat kepuasan penuh semasa bercuti. Gunakan kod promo untuk penjimatan tempahan penginapan:
Setiap satu tempat yang disenaraikan, menjanjikan pengalaman bercuti yang istimewa dan berlainan aktiviti.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Membeli belah di Genting Highlands Premium Outlets
Genting Highlands Premium Outlet , Pusat Premium Premium di puncak bukit pertama membawa kemewahan membeli belah ke tahap yang lebih tinggi dengan jualan pertama sejak dibuka pada bulan Jun.
Selepas Johor Premium Outlets telah memecah rekod menarik orang ramai ke pusat ini, dan tahun ini Genting Highlands Premium Outlets, kami menjangka lebih banyak pembeli mengambil kesempatan daripada penjimatan yang luar biasa kami menjurus kepada perayaan akhir tahun.
2. Berkayak buluh bersama teman di Tadom Hill
Perjalanan sekitar 45 minit dari Kuala Lumpur dan 15 minit dari KLIA, Tadom Hill Resort kini semakin viral dan popular apabila semakin ramai yang terpegun dengan kecantikan Tadom Bamboo Camp yang baru beroperasi sejak akhir Disember 2015. Hampir keseluruhan struktur resort ini dibina dengan buluh dan ia menjadi identiti unik tempat ini. Lokasi ini juga popular sebagai salah satu tarikan ‘glamping’ iaitu trend ‘perkhemahan mewah’ atau glamorous camping.
Jika tidak berkesempatan untuk menginap di sini, anda boleh membeli day pass dan mandi-manda di Tadom Groove, sebuah tasik yang bersih, indah dan selamat. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti bermain kayak buluh. Terdapat juga papan buluh setinggi 5 meter ke air, beserta tali ‘tarzan’ yang membolehkan anda bergayut. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma.
Alamat: Tadom Hill Resorts, 42700 Banting
Harga Tiket: RM18 (untuk aktiviti mandi tanpa penginapan), Sewaan khemah dan chalet bermula sekitar RM40 – RM260 /malam (bergantung pada jenis penginapan)
Waktu Operasi: 8:00 – 18:30 setiap hari
3. OOTD di Fig Tree Hill, Pulau Pinang
Fig Tree Hill Pulau Pinang ini menawarkan suasana yang tenang untuk berehat bersama keluarga. Hanya 15 minit pemanduan dari lapangan terbang Pulau Pinang, Resort ini akan buat anda lupa hiruk-piruk bandar yang and baru tinggalkan.
Alamat : Jl. Kenari, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia
Laman Web: figtreehill-resort.com
4. Jungle tracking Casabrina Villa, Pahang
Hanya satu jam dari Bandar Kuala Lumpur jika anda memandu, Casabrina Villa Pahang merupakan tempat dimana kemewahan dan keindahan alam semulajadi bertemu. Gabungan hutan lipur dan keselesaan hotel6 bintang menjadikan resort ini ideal untuk pencinta alam yang mengutamakan keselesaan.
Berehat di infinity pool mereka sambil menikmati pemandangan hutan lipur yang menakjubkan. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini termasuk golf, jungle trekking dan safari.
Alamat : Jalan Tras, Mukim Tras 27600 Raub, Pahang.
Laman Web: casabrina.net
5. Backpacker di The Container Hotel, Kuala Lumpur
Di Container Hotel Kuala Lumpur anda dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadibilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.
Alamat : Jalan Delima, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Laman Web: containerhotel.my
6. Scuba Diving Seaventures Dive Resort, Sabah
Pelantar minyak bukan satu tempat biasa dikaitkan dengan destinasi percutian yang menarik, tetapi ini berubah apabila saya menemui Seaventures Dive Resort. Resort terletak di Sipadan Sabah berdekatan dengan Pulau Mabul.
Jika anda seseorang yang minat pada aktiviti scuba diving ini adalah salah satu destinasi menyelam yang harus dilawati. Terletak di segi tiga batu karang Sabah, pelantar minyak ini diubah suai menjadi dive rig dan telah meraih status PADI 5 star Dive Resort.
Alamat : Booking Office, G23B, Ground Floor, Wisma Sabah, Jalan Tun Fuad Stephen Kota Kinabalu, Sabah 88000
Laman Web : seaventuresdive.com
7. Scadanavian di Canopy Tribes, Johor
Syurga Glamping yang tidak diketahui ramai ini terletak di Kota Tinggi Johor. Tidur didalam “Bell Tent” disamping flora dan fauna. Tidak perlu bawa sleeping bag atau membina unggun api untuk memasak, di sini segalanya disediakan, perkelahan mewah alaf baru.
Antara aktiviti yang anda boleh buat di sini adalah mandi air terjun, trekking di Gunung Panti, berbasikal, berkayak, dan menaiki ATV. Tempat-tempat menarik yang berdekatan termasuk Crocodile farm, Ostrich Farm dan Bird Park yang menjadi rumah kepada 270 spesis burung tempatan exotik.
Alamat : 7815, Jln Lombong, Batu 8, Kota Tinggi, 81900 Johor.
Instagram : Canopy Tribes
8. Treasure Hunt di Caravan Serai, Pahang
Caravan Seri Bentong, Pahang ini merupakan Villa peribadi yang mempunyai ladang buah, sungai , dan dikelilingi bukit-bukit hijau. Anda boleh pilih untuk bermalam dibawah bintang di dalam kemah Delux Safari atau merehatkan diri di dalam bilik Caravan Suite.
Antara aktiviti yang disediakan adalah treasure hunt, team building, karaoke, volleyball dan berenang di Riverpool.
Alamat : Lot 3159 & Lot 3160, 12 3/4 Mile Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang
Instagram: Caravan Serai
9. Rombongan Kak limah dalam Bustel Klebang, Melaka
Biasanya kita risau tertidur dalam bas takut terlepas tempat yang patutnya kita berhenti. Tetapi kali ini anda boleh tidur dengan lena di dalam Bus yang telah diubah suai menjadi hotel ini.
Diberi nama Bustel, tempat ini terletak di dataran satu Malaysia, Pantai Klebang Melaka. Setiap bilik mempunyai kelengkapan yang sama seperti bilik hotel biasa.
Alamat : Kampung Batang 3 Timur, Tanjong Kling, Melaka, Malaysia
Instagram : Bustel Klebang
10.Percutian ala Cowboy Eagle Ranch Resort, Negeri Sembilan
Port Dickson memang terkenal dengan tempat yang menarik dan luarbiasa tetapi tidak disangka di sini kita terdapat resort yang bertema Cowboy. Disini anda berpeluang untuk menginap di rumah berbentuk Tipi (kemah kaum Native American) dan badwagon yang dibina menyerupai sebuah wagon Cowboy.
Bukan sekadar bilik yang unik, kawasan yang luas membuat tempat ini bagus untuk acara berkumpulan atau acara korporat seperti team building, seminar, kem motivasi dan hari keluarga. Tempat ini juga menampilkan berbagai aktiviti yang menarik seperti paintball, flying fox, rapelling, go kart dan memanah. Antara destinasi pelancongan yang berdekatan adalah Blue Lagoon Port, Muzeum Lukut, Zoo Port Dickson dan Pasir Pajang.
Alamat : Eagle Ranch Resort, 544, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson
Laman Web: eagleranch.com.my
Admin harap dengan sedikit perkongsian 10 aktiviti menarik ini dapat memberi manfaat untuk hijabis semua menghabiskan cuti hujung tahun. Jangan lupa kongsi pengalaman cuti anda.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...