Kulit putih adalah impian ramai wanita Asia. Bukan hanya di Malaysia, wanita di Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia Selatan juga menginginkan kulit yang lebih cerah dan berseri. Maka sebab itulah ada yang sanggup mecuba pelbagai kaedah rawatan untuk mencerahkan kulit wajah antaranya mengambil suntikan vitamin C, menggunakan produk pemutihan kulit wajah serta makan suplemen.
Pelbagai cara dan usaha dilakukan oeh kaum wanita bagi mengatasi setiap masalah yang berkait dengan kulit wajah. Hal ini kerana kulit wajah adalah antara bahagian terpenting bagi setiap wanita. Jika anda masih tercari-cari produk perawatan yang membantu mencerahkan kulit wajah, berikut dicadangkan beberapa jenis produk untuk mencrahkan kulit wajah.
NEUTROGENA OIL-FREE MOISTURE COMBINATION SKIN (118ML)
Pelembap Neutrogena ini sesuai untuk mereka yang memiliki kulit jenis kering dan berminyak. Pelembap muka yang sesuai untuk kulit kombinasi ini berformula ringan dan bersifat dual-action yang berfungsi beri lembapan kepada kulit kering sambil mengawal penghasilan minyak berlebihan.
Microspongesystem yang terdapat dalam pelembap ini pula mempunyai teknik khas untuk menyerap minyak pada kulit sambil mengawal kilauan pada kawasan T-Zone. Produk ini juga bersifat non-comedogenic dan hypoallergenic, pelembap ini juga bebas pewangi tiruan.
NIVEA RADIANT AND SMOOTH CREAM 100ML
Deep White Essence ini merupakan krim pelembap yang berkesan untuk menghapuskan masalah kulit kusam dan tona tidak sekata. Ianya menyerap pantas ke dalam lapisan kulit sambil membekalkan lembapan pada wajah anda sepanjang hari tanpa meninggalkan sebarang residu melekit. Kulit menjadi lembut, segar dan berseri jika digunakan secara konsisten.
THE FACE SHOP WHITE SEED BRIGHTENING LOTION
Glowing losyen daripada The Face Shop ini tidak terasa melekit atau ‘greasy’ selepas memakainya. Krim ini juga menyerap masuk ke dalam lapisan kulit dengan berkesan selain memberikan kesan dingin pada kulit wajah.
Krim ini juga bertindak sebagai pelembap serta menghalang kulit daripada menjadi kusam dan tidak bermaya. Losyen ini berfungsi menutup liang pori anda dan menutup bintik-bintik hitam serta cela pada lapisan luar kulit wajah.
Kandungan 4 bahan ekstrak utama seperti White Seed Complex, White Willow, Niacinamide dan v-PGA, bertindak untuk mencerah serta menguatkan pertahanan kulit sambil mengunci lembapan. Hasilnya kulit wajah anda tampil hidrasi sepanjang hari.
WARDAH WHITE SECRET FACIAL WASH WITH AHA (100ML)
Pembersih wajah ini bukan sahaja mampu mengekalkan lembapan pada kulit wajah tetapi ia juga mampu untuk membersih kotoran yang melekap pada lapisan luar kulit wajah sambil menutup liang pori terbuka. Ia juga mengelakkan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Halal digunakan tanpa was-was, produk ini juga mencerahkan kulit dengan berkesan tanpa menyebabkan wajah anda menjadi iritasi atau merengsa. Kandungan utama dalam pencuci muka ini ialah AHA yang digunakan untuk menghapus sel-sel kulit mati pada kulit wajah.
SENDAYU TINGGI WHITENING BAR SOAP
Sabun ini berkesan untuk memudarkan parut atau pigmentasi pada kulit serta dapat menghilangkan jeragat. Ia juga mampu mengembalikan tona wajah tidak sekata serta menggantikan sel kulit lama. Dengan mengandungi ekstrak Alpha Arbutin dan Morus Root, ianya dapat mencerahkan kulit dengan selamat dan serta-merta.
L’OREAL PARIS WHITE PERFECT ROSY DAY CREAM SPF17 (50ML)
Membantu untuk mengurangkan bintik-bintik hitam selain membantu mencerahkan kulit wajah. Kandungan gemstone tourmaline berfungsi untuk merangsang peredaran mikro agar kulit wajah menjadi lebih bermaya selepas memakainya.
Diperkaya dengan melanin-vanish, ianya berkesan untuk menghalang pembentukan melanin. Produk ini sangat sesuai untuk anda yang sering melakukan aktiviti atau terdedah kepada cahaya matahari. Kandungan SPF di dalam krim ini dapat melindungi wajah dari sinar UV dengan baik. Tona kulit anda akan lebih sekata dan cerah sempurna.
HIJABISTA: Rawatan wajah seelok-eloknya dilakukan konsisten sebulan sekali. Bagi individu yang mempunyai masalah kulit, disyorkan rawatan dilakukan dua kali sebulan.
Sumber kredit: productnation.co Top image: Canva