Sebagai hijabi, kebanyakan daripada kita mesti runsing kepala kadang-kadang untuk ‘mix and match’ warna tudung dengan baju yang ingin dipakai terutamanya pada pagi Syawal nanti yang akan tiba dalam dua hari sahaja lagi.
Jangan khuatir, sememangnya banyak warna yang kita boleh sesuaikan mengikut citarasa kita. Jom kita baca tip ini daripada Anany.Co .
Jika anda team blue tahun ini, bolehlah cuba penggayaan sebegini.
Ads
Pink juga nampak sweet bukan? Padankan dengan coklat juga boleh tau !
Bagaimana pula dengan warna hijau ?
Ads
Merah Mak Ngah…. Pasti banyak mata yang terpukau nanti !
Baju warna ungu juga sangat sesuai dikenakan dengan tudung pastel.
Ads
Rupanya banyak pilihan warna yang boleh kita sesuaikan . Jadi selepas ini tidaklah kita terikat kepada satu warna tudung sahaja.Yang paling penting kita perlu yakin dengan apa yang kita pakai dan pastinya kecantikkan itu akan terserlah nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Isteri kepada pelakon terkenal, Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza sedang sarat mengandung anak ketiganya. Dia yang kini menunggu detik untuk melahirkannya yang dijangka pada bulan hadapan tetap kekal anggun dan menjaga penampilannya. Dia juga kekal aktif mempromosikan butiknya di laman sosial instagramnya @memeysuhaiza.
Abby Abadi juga turut tidak ketinggalan memberi sokongan kepadanya. Jelas terpancar seri ibu di wajah Memey. Jom kita lihat gambar-gambarnya!
Pejam celik pejam celik tidak sampai sebulan lagi Memey akan melahirkan anaknya. Hijabista mendoakan agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan untuk Memey dan keluarga. Pasti anak yang bakal lahir nanti comel seperti ibunya juga bukan ?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hari Raya merupakan hari kemenangan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam. Tentunya lebih meriah jika disambut bersama keluarga tersayang. Inilah masa untuk mengeratkan silaturahim setelah lama tidak bertemu dek kerana kesibukan kerja.
Jika dilihat di media sosial, kebanyakan individu menyambut Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman. Antara individu yang menarik perhatian Hijabista ialah Belle Al-Yahya. Seperti yang kita semua sedia maklum, Belle telah selamat melahirkan anak sekitar 24 Mei yang lalu dan masih lagi menjalani proses berpantang.
Meskipun sedang berpantang, Belle dilihat tetap meraikan Aidilfitri bersama ahli keluarganya yang lain. Bukan itu sahaja, pakaian yang tersarung di tubuh Belle tampak begitu cantik dan menawan. Belle dilihat sangat bergaya dengan koleksi pakaian daripada jenama butiknya sendiri, Bella Ammara.
Pada Hari Raya pertama, Belle dilihat memakai dress tutu gabungan dua rona memukau iaitu rona pastel dan hitam. Wajahnya pula tampak berseri dengan olesan solekan sekaligus menyerlahkan kejelitaan serta keayuan wajahnya.
Warna merah jambu pula menjadi tema Belle sekeluarga pada Hari Raya kedua. Para netizen turut memuji penampilan Belle yang cukup cantik pada pandangan mata mereka. Meskipun berpantang, Belle dilihat begitu bergaya dan tidak mengabaikan penampilannya.
Hijabista turut memuji Belle yang tetap menjaga dirinya meskipun sedang berpantang. Sebagai seorang wanita, penampilan memang perlu dijaga. Namun, jangan dilupakan proses berpantang yang sedang dilalui itu ya Belle. Tidak terlambat rasanya untuk Hijabista ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua hijabi di luar sana.
Gaya #ootd adalah satu acara rasmi untuk hijabis melaram di hari perayaan, namun cara mencari #ootd yang sempurna bukan mudah. Raya adalah satu hari yang penuh keramaian dan kemeriahan dari segi juadah dan pemilihan busana raya yang mempunyai pelbagai rona warna dan entiti fesyen yang terkini.
Hijabis pecinta fesyen suka memilih gaya berpakaian sesuai untuk dimuat turunkan di laman sosial seperti Instagram dan facebook, tentunya ingin terlihat gambar cantik dan sempurna, bukan? Foto #ootd anda juga boleh kelihatan menarik dengan mengaplikasikan trik yang tepat.
Cuba ikuti trik menarik berikut untuk mendapatkan hasil foto #ootd yang menarik dan instagramable.
Untuk membuat hasil foto yang menarik memerlukan pencahayaan yang semulajadi (natural light). Jika anda memiliki konsep foto tertentu, maka tak ada salahnya memilih warna busana yang sama dengan background foto.
Fashion blogger ternama seperti Aimee Song, Jenny Cipoletti dan Julia Engel telah membuktikan bahawa mengenakan warna busana yang sama atau hampir mendekati dengan warna background menghasilkan foto #ootd yang menawan.
Ambil foto OOTD Anda dari sudut yang lebih rendah untuk mendapatkan perspektif yang berbeza. Hal ini membantu memanjangkan tubuh anda dan memberi kesan kepada penonton bahawa anda memiliki kaki yang indah.
JIka Anda adalah jurufoto, beralih ke satu sisi daripada memotret dari depan untuk menciptkakan garis dan memberikan arah pada gambar. Jika anda harus melakukan pemotretan sendiri.
Sebuah pemotretan sambil berjalan dapat membantu menunjukkan gerakan dan arus dalam foto anda. Tidak perlu berjalan di sepanjang jalan, ambil dua langkah dan ulangi hingga anda mendapatkan foto yang diinginkan.
Berpose dua jari? Saatnya tinggalkan hal itu. Ini bukan lagi era tahun 1990-an, hindari pose ini untuk OOTD berkumpulan dan perlu lebih banyak pose yang natural.
Tunjukkan aksesori anda dengan cara yang paling elegan. Seperti foto di atas, sentuhlah mengangkatkan sedikit lengan untuk menunjukkan cincin dan aksesori seperti tas tangan.
Temukan cahaya dan hadaplah ke arah itu. Pada gambar di atas, karena sumber cahaya berasal dari kiri, sesuaikan dengan itu sehingga cahaya dapat jatuh dengan baik pada wajah dan pakaian.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.