Pilih Wanita Berhijab Sebagai Idola Selain Siti, YB Syed Saddiq Juga Kagum Dengan Personaliti Norjuma & Neelofa

Share

Selain menjadikan ibunya, sebagai sumber inspirasi untuk memacu kejayaan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) yang juga Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya. Bukan penampilan penyanyi berhijab ini sahaja yang beliau gemar lihat, tetapi juga turut mengagumi personaliti Datin Norjuma dan juga Neelofa.

“Bagi saya mereka ini sangat powerful dalam bidang masing-masing. Saya tidak menolak jika jodoh dengan wanita berhijab satu hari nanti, tetapi saya tidak mahu melihat hanya kerana paras rupa sahaja.

“Saya melihat secara holistik dan paling penting adalah inti pati dan jati dirinya. Bagi saya sikap itu jauh lebih penting dan itu adalah kriteria utama jika bertemu jodoh satu hari nanti.

“Saya tidak mahu melihat hanya berdasarkan gaya pemakaian seseorng itu sahaja. Contohnya ibu saya dulu juga adalah seorang wanita yang tidak berhijab, tetapi jati diri dan sikapnya sangat baik. Dan apabila ibu sudah berhijab, sikapnya itu tetap berkekalan.

“Jadi bagi saya, saya melihat bukan hanya kerana pemakaiannya pada masa tersebut tetapi lebih kepada sikap dan jati dirinya ketika itu,” ujar YB Syed Saddiq ketika ditanya pandangannya mengenai wanita berhijab.

Datuk Seri Siti Nurhaliza
Datin Norjuma
Neelofa

Namun menurutnya, walau pun suka pada wanita berhijab tetapi bukanlah bermaksud beliau mengkritik mereka yang tidak berhijab.

Bagi beliau, wanita itu merupakan tulang belakang negara dan kejayaan lelaki itu juga terletak pada wanita yang bersama dengannya.

Sejak menang dalam pilihan raya yang lalu, populariti juara debat asia ini semakin menjadi trending. Setiap hari ada sahaja berita mengenai beliau disiarkan di medium laman sosial.

Malah gambarnya bersama seorang wanita berhijab yang dikenali sebagai Salmah Jones baru-baru ini juga menjadi viral kerana dikatakan itu adalah teman wanitanya dan dikatakan mahu berkahwin.

Susulan itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini muncul memberi kenyataan berkaitan isu foto tersebut menerusi akaun media sosialnya miliknya, awal pagi Isnin lalu.

“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sistem tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!,” tulisnya.

VIDEO PENUH DI SINI

KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ, CTDK, AIDIJUMA & NEELOFA

 

 

Published by
Siti Zurina