Selain menjadikan ibunya, sebagai sumber inspirasi untuk memacu kejayaan, Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) yang juga Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut melihat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya. Bukan penampilan penyanyi berhijab ini sahaja yang beliau gemar lihat, tetapi juga turut mengagumi personaliti Datin Norjuma dan juga Neelofa.
“Bagi saya mereka ini sangat powerful dalam bidang masing-masing. Saya tidak menolak jika jodoh dengan wanita berhijab satu hari nanti, tetapi saya tidak mahu melihat hanya kerana paras rupa sahaja.
“Saya melihat secara holistik dan paling penting adalah inti pati dan jati dirinya. Bagi saya sikap itu jauh lebih penting dan itu adalah kriteria utama jika bertemu jodoh satu hari nanti.
“Saya tidak mahu melihat hanya berdasarkan gaya pemakaian seseorng itu sahaja. Contohnya ibu saya dulu juga adalah seorang wanita yang tidak berhijab, tetapi jati diri dan sikapnya sangat baik. Dan apabila ibu sudah berhijab, sikapnya itu tetap berkekalan.
“Jadi bagi saya, saya melihat bukan hanya kerana pemakaiannya pada masa tersebut tetapi lebih kepada sikap dan jati dirinya ketika itu,” ujar YB Syed Saddiq ketika ditanya pandangannya mengenai wanita berhijab.
Ads
Namun menurutnya, walau pun suka pada wanita berhijab tetapi bukanlah bermaksud beliau mengkritik mereka yang tidak berhijab.
Bagi beliau, wanita itu merupakan tulang belakang negara dan kejayaan lelaki itu juga terletak pada wanita yang bersama dengannya.
Sejak menang dalam pilihan raya yang lalu, populariti juara debat asia ini semakin menjadi trending. Setiap hari ada sahaja berita mengenai beliau disiarkan di medium laman sosial.
Ads
Malah gambarnya bersama seorang wanita berhijab yang dikenali sebagai Salmah Jones baru-baru ini juga menjadi viral kerana dikatakan itu adalah teman wanitanya dan dikatakan mahu berkahwin.
Susulan itu, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ini muncul memberi kenyataan berkaitan isu foto tersebut menerusi akaun media sosialnya miliknya, awal pagi Isnin lalu.
“Kenapa ada berita mengatakan bahawa saya ada teman wanita dan bakal berkahwin?
“Mak cakap memandangkan kita dalam semangat demokrasi telus, kena ada sistem tender terbuka di mana mak saya akan menjadi penentunya. Mak masih lucu!,” tulisnya.
Ads
VIDEO PENUH DI SINI
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SYED SADDIQ, CTDK, AIDIJUMA & NEELOFA
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tiada manusia yang gemar difitnah, tetapi memang ramai manusia yang tidak takut langsung akan dosa memfitnah. Kerana fitnah ini juga pelbagai kes muncul dengan melibatkan saman menyaman dan sebagainya. Kita juga sering mendengar ungkapan “dosa memfitnah lebih besar dari dosa membunuh”, apakah maksudnya?
Dosa fitnah lebih besar dari dosa membunuh adalah disebabkan oleh situasi yang berlaku. Antara perbuatan yang berkaitan dengan fitnah ini adalah sengaja melaga-lagakan orang hingga tahap bergaduh, sengaja mengadakan cerita yang tidak betul dan sebagainya. Fitnah juga merupakan salah satu dosa besar.
Bahaya Fitnah sama-sama kita mengamalkan doa dari fitnah dan mengawasinya.
Buat mereka yang difitnah anda boleh mengamalkan surah di bawah ini. Doa di bawah ini mententeramkan hati apabila di fitnah, sedih, sebak, atau kecewa. Doa ini adalah dari surah yasin ayat ke 76 yang bermaksud;
Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita disebabkan tuduhan-tuduhan mereka (terhadapmu). Sesungguhnya Kami sedia mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka nyatakan.
Doa Yang Diamalkan Rasululallah SAW
Marilah kita sentiasa menghindari sebarang bentuk fitnah serta sentiasa menginsafi bahawa saudara-saudara kita adalah sejuzuk daripada diri kita semua. Kami tegaskan di sini yang fitnah itu adalah bersifat tidur sepertimana sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Fitnah itu bersifat tidur. Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya.
Riwayat al-Rafi’e dalam al-Amali. Hadis ini bertaraf dha’if
tetapi makna nas sahih. Inilah pendapat sebahagian ulama’ hadis.
Al-Imam al-Munawi berkata: Fitnah dan tribulasi dan setiap yang menjadi masyaqqah dan kesukaran kepada seseorang, begitu juga ujian Allah kepada hamba-hamba-Nya dinamakan fitnah. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/461)
Begitu juga, dalam mengelakkan daripada fitnah, sewajarnya kita mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa munajat kepada-Nya. Kami nyatakan di sini doa yang ma’thur daripada Nabi SAW tatkala menghadapi ujian fitnah, antaranya:
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat daripada Anas R.A:
Maksudnya: Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada-Mu perbuatan kebaikan, meninggalkan kemungkaran, kasihkan orang miskin dan Engkau ampunkan dosaku, Engkau rahmatiku dan Engkau terima taubatku. Jika Engkau menghendaki dengan hamba-hamba-Mu fitnah, maka matikanlah aku tanpa sebarang fitnah.
Riwayat al-Tirmizi (3233)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abi Burdah bin Abdillah, daripada bapanya:
Maksudnya: Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah yang Maha Agung lagi Maha Lemah Lembut. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah Tuhan Pemilik langit dan pemilik bumi dan Tuhan pemilik Arasy yang mulia.
Maksudnya: Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku dari kalangan orang-orang yang zalim.
Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (1864)
Doa Rasulullah SAW seperti riwayat Abu Bakrah R.A:
Maksudnya: Ya Allah, dengan rahmat-Mu aku berharap. Janganlah Engkau biarkan urusanku pada diriku sendiri walau sekelip mata dan perbaikilah seluruh urusanku. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya selain Engkau.
Riwayat Abu Daud (5090)
Justeru, selagimana kita menyayangi saudara kita yang merupakan sebahagian daripada kita yang wajib kita jaga hubungannya, maka Allah SWT akan menyayangi kita dan merahmati kita, serta meredhainya.
Semoga Allah menyayangi diri kita semua dan menempatkan diri kita semua di syurga-Nya. Kami akhiri artikel kali ini dengan doa:
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat-Mu dari angkara kaum yang kafir.”[Surah Yunus: 85-86]
Tampil dengan memakai niqab pada majlis ilmu tempoh hari, pelakon Aprena Manrose terima pujian dari orang ramai. Namun, Aprena cuba untuk menjelaskan bahawa penampilannya belum sampai ke tahap itu bagi menjawab dakwaan orang ramai.
Meski pun begitu, Aprena akui dia masih dalam proses untuk mempelajari agama ini sebaik-baiknya. Ramai jua yang mendoakan atas percubaannya untuk menutup aurat dan semoga dia kekal istiqamah.
Masih belajar dan cuba-cuba sahaja
Aprena atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 29, terima banyak pujian apabila dia muncul ke majlis agama baru-baru ini dengan berniqab. Ramai yang terkejut dan mendakwa Aprena sudah mula berniqab meski pun dia belum lagi membuat keputusan tersebut.
Namun, pelakon yang berasal dari Kelantan itu mengucapkan terima kasih atas semua yang sudi menitipkan doa buatnya untuk mencuba dengan penampilan tersebut. Dia tidak menafikan bahawa masih dalam proses untuk belajar dalam mendidik diri menjadi muslimah sebenar juga mendalami agama dengan sebetulnya.
Menerusi temubual bersama Kosmo! Online, Aprena menjelaskan lagi perkara ini khuatir ada yang salah anggap. Tambahan pula, dia sempat mengucapkan rasa terharu oleh kerana ramai yang memuji dan mengeluarkan kata-kata semangat dari mengeji penampilannya.
“Terima kasih atas doa yang di beri tetapi saya masih lagi belum berniqab sepenuhnya. Berpakaian begitu kerana belajar ilmu agama,
“Masih belajar dan hanya cuba-cuba sahaja, teruskan doa yang baik-baik,” katanya.
Perbualan mengenai perubahan imejnya yang mula berniqab terjadi apabila ada berlaku salah faham oleh kerana kemunculannya di sebuah majlis agama.
“Foto tersebut di ambil ketika saya ke sebuah majlis agama. Mungkin ada yang salah faham tetapi doakanlah saya berubah ke arah itu.
“Bagusnya ialah ramai mendoakan dan ada menyuarakan hasrat untuk mengikuti kelas agama yang saya pergi.
“Saya sangat terharu dengan respons ramai dan berharap mereka terus doakan saya kekal istiqamah melakukan benda baik insya-Allah,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, telah tular foto dan videonya yang menggayakan pakaian sopan bertutup dan berniqab dalam persalinan berwarna hitam melalui aplikasi TikTok. Perkara tersebut meraih ramai pujian warganet dan juga mendoakan yang baik-baik buatnya.
Titipan doa dan pujian semoga istiqamah dengan penampilan
Apabila melihat reaksi warganet di sosial media, ramai yang memuji tentang keterampilan yang menggayakan niqab itu. Walaupun dia menidakkan imejnya yang di dakwa memakai niqab sepenuhnya dan hanya sekadar untuk pergi ke majlis ilmu, titipan doa tetap di berikan oleh semua.
“Masa I preggy duka tengok muka you kadang-kadang ulang tengok story ke video dekat TikTok! Sampai anak I pun ikut dagu terbelah macam you,
“Alhamdulillah muslimah sejati insya-Allah,
“Terima kasih kerana menjadikan perjalanan hijrah saya lebih bermakna,
“Tak minta banyak cuma nak perempuan zaman sekarang macam ini sahaja.” begitulah komen-komen yang di berikan oleh warganet terhadap penampilan Aprena.
Apa-apa pun kami dari Hijabista turut merasakan imej Aprena menjadi inspirasi buat mereka di luar sana supaya istiqamah dalam permulaan penghijrahan. Semoga kita kekal mengenali dan ingin mempelajari lebih banyak tentang ilmu agama.
Alahai cantiknya Bella! Baru-baru ini, penampilan Bella Astillah yang manis bertudung dan berbaju kurung meraih perhatian ramai. Sopan dan sejuk mata memandang. Malah, ramai yang mendoakan agar Bella istiqamah dengan imej menutup aurat.
Bella kini muncul sebagai duta sebuah jenama pakaian terkenal iaitu HijabistaHub sempena kempen Hari Raya 2024. Ternyata, rezeki Bella sekarang kian mencurah-curah.
Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah atau mesra disapa sebagai Bella kini berusia 30 tahun. Bella aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan.
Turut kelihatan ialah dua anak kesayangannya Ayden Adrean (6) dan Ara Adreanna (4). Comel sangat ibu dan anak ni! Macam kakak dengan adik pun ada, kan?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikut Bella tersentuh dan sebak, malah mereka turut menitipkan doa serta kata-kata semangat buat Bella.
“Sedihnya melihat kesedihan dan air mata seorg isteri yang dikhianati. Seorang isteri masih terlihat sedih dengan air mata mengenangkan hari raya tanpa suami dan anak-anak beraya tanpa ayah”
“Yang belakang camera cane ek, tak sedih ke? Kalau aku dah banjir “
“Untung Bella ada anak lelaki yang sentiasa akan jaga ibu dan adik dia bila besar nanti in syaa Allah. Moga dipermudahkan urusan dunia akhirat buat mu anak-anak jaga mommy baik-baik okeyyy”
RAHSIA CANTIK & LANGSING
Rupa-rupanya ini rahsia kekal langsing dan cantik Bella selama ini: –
“Alhamdulillah saya anggap kelebihan itu sebagai satu compliment. Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stress. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama.
Seterusnya, sentiasa menjaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala sahaja.
Amalkan juga banyak minum air kosong kerana ia menyihatkan berbanding air yang bergula atau bersoda.
Hijabista mendoakan semoga Bella kekal bahagia bersama anak-anak dan menemui kebahagiaan yang sebenar suatu hari nanti.
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...