Biasanya kita melihat penampilan YB Nurul Izzah yang cukup selesa mengenakan hijab bawal dengan lilitan begitu sinonim dengan dirinya. Malah Syawal lalu juga menyaksikan ramai di kalangan hijabi turut menggayakan hijab bawal ala ikatan Nurul Izzah. Apatah lagi turut ditunjukan tutorial ikatannya di youtube. Tetapi hari ini penampilan Nurul Izzah sedikit berbeza ketika menghadiri sidang Parlimen ke 14. Tiada hijab bawal sebaliknya selendang corak kekotak yang dililit ringkas. Cukup berbeza penampilan dan sudah semestinya mengundang pelbagai reaksi netizen.
Rata-rata follower beliau memuji stail hijab baru yang digayakan Ahli Parlimen Permatang Pauh ini.
Kebanyakan mereka teruja melihat gaya baru ini, tambahan pula tanpa mekap wajah polos Nurul Izzah tetap cantik untuk di pandang.
Macam-macam komen dilemparkan kepada beliau dan ada antaranya mengundang lucu yang menjadi perbualan di alam maya. Apa yang pasti meeka mahu Nurul Izzah kekal menggayakan tudung bawal yang cukup sinonim dengan dirinya.
YB Nurul Izzah nampak lain & cute pakai shawl
@imran_muhd91 YB @n_izzah nampak lain dgn style tudung cmtu ? selamat berjuang utk suara rakyat
Tidak kurang yang tawarkan khidmat mahu jadi perunding imej YB
@atc.izam@n_izzah YB..it is good ne.xt time you wear plain tudung instead of too many patterns..if possible,for formal event as well..,you cant go wrong with plain or minimal design/pattern..lemme give u personal consultation,the do and dont 🙂
Ini dapat dilihat apabila beliau muat turun status terbaru beserta tiga gambar yang menyaksikan beliau memberi ciuman kasih kepada ibunya, Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika sama-sama berada di Parlimen atas tuntutan tanggung jawab dan amanah.
Ads
Dalam kapsyen diberi, Nurul Izzah meluahkan rasa gembiranya melihat ibunya juga berada di Parlimen.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana mereka berdua berada di Parlimen kerana kepercayaan yang diberi rakyat atas dasar demokrasi.
Ada juga netizen yang turut tumpang bangga dengan kejayaan dua anak beranak. Ramai terharu dengan semangat kedua-duanya yang tidak putus-putus berjuang sejak dulu bagi mendapat kedudukan seperti hari ini.
Hijabista ucapkan tahniah dan selamat bekerja demi negara, agama dan bangsa. Apa pun suka melihat gaya baru YB Nurul Izzah yang nampak lebih muda dan segar.
Mengidamkan susuk tubuh yang sempurna perlukan usaha dan azam yang padu, malah sokongan dunia luar juga perlu. Bahkan inspirasi dari cerita sekeliling adalah salah satu faktor yang bakal menguatkan lagi semangat anda untuk turunkan berat badan.
Terpesona dengan hantaran gambar di laman sosial hijabi yang bernama Connie Roxanne Jiwin yang dikongsikan dalam Facebook Group Diet Suku Suku Separuh yang kini telah mendapat lebih 6 ribu tanda suka dan hampir 1 ribu perkongsian. Anda pasti kagum dengan usaha hijabi ini nekad untuk turunkan berat badan.
Amati gambar sebelum dan selepasnya, pasti anda tertanya-tanya apakah rahsia dan plan diet yang hijabi ini jalani. Diet sihat dan senaman adalah kunci kejayaan Connie Roxanne Jiwin yang mempunyai berat asal 124 kg. Jom ikuti perjalanan diet hijabi ini:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rahsia turun 60kg..
I started my diet on May 2020 and my weight was 124kg . Now only weigh 61.6kg. Total lost for 1 YEAR and 9 MONTHS is 62.4KG. EFFORTS WILL NEVER BETRAY THE RESULTS. Trust me ..!! Road to 57kg .
Btw ini tips diet masa mula start diet. Memandangkan banyak yang menanya menu diet aku jadi aku kongsi di sini. And aku buat treadmill workout (masa ni dapat berjalan atas treadmill saja sebab badan masih berat untuk berlari.) masa mula2 dulu lepas tuu sudah turun belas2 kilo baru aku buat kettlebell workout and lastly dumbbell workout .
Menu Diet
Monday
• breakfast : fruits & boiled egg or oat
• lunch : wholemeal bread, chicken meat (breast skinless ) or fish fillet… (boiled or steam)
• dinner : chicken salad or fish salad
Tuesday
• breakfast : same as monday
• lunch : same as monday
• dinner : 3 boiled egg salad & fruits ( green apple or orange )
Wednesday
• breakfast (same as monday)
• lunch : wholemeal bread + low fat cheese with tomatoes (make sandwich )
• dinner : salad + chicken atau fish fillet
Thursday
• breakfast (same as monday)
• lunch : fruits
• dinner (same as wednesday)
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Belum berhijab sepenuhnya! Ini pengakuan finalis rancangan realiti Pilih Kasih yang juga pelakon dan model wanita, Lia Natalia kini sering mengenakan hijab, hingga menimbul persoalan adakah si cantik manis itu kini sudah berhijrah ke arah yang lebih baik?
Malah, Lia juga kerap menghadiri majlis-majlis ilmu agama bersama rakan artis, sambil menggayakan busana patuh syariah seperti jubah dan bertudung litup.
Belum Berhijab Sedang Usaha Ke Arah Itu
Memetik hantaran kapsyen di ruangan Instagram milik Lia, jelitawan itu memaklumkan dirinya masih dalam fasa belajar dan belum berhijab sepenuhnya seperti yang didakwa netizen.
“Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada,” kata Lia.
Jelasnya lagi, gambar yang tular di media sosial adalah ketika menghadiri majlis ilmu agama, sekaligus menolak dakwaan dirinya kini sudah pun berhijab.
Namun, menurut lia, dia sememangnya ada menyimpan hasrat untuk ke arah itu dan memohon agar diberi ruang dan peluang untuk berubah secara perlahan-lahan dan kerana kemahuannya sendiri.
Pada masa yang sama, Lia berkata dia merasa cukup terharu dengan komen-komen positif yang dilemparkan netizen kepadanya, malah Lia berharap agar para peminat sentiasa mendoakan agar dia menjadi lebih baik di masa hadapan.
“Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.
“Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat,” katanya.
Sebagai rekod, pada sambutan ulangtahun kelahiran yang ke-30 tahun, lia telah memuatnaik gambar dirinya tampil bertudung litup serta menzahirkan ucapan terima kasih kepada mereka yang memberikan kata-kata positif serta mendoakan supaya dia mendapat hidayah untuk kekal berhijab.
Kerja sampai bila-bila pun tidak akan habis. Mungkin kita terlalu memaksa tubuh untuk melakukan banyak pekerjaan sehingga badan menjadi lesu. Jadual harian sentiasa padat dengan tugasan sehingga waktu makan dan tidur terabai.
Sebenarnya tubuh manusia mempunyai jadual waktu sistem badan. Ada waktunya untuk kita berehat, tidur, bersenam dan sebagainya. Namun kerap kali kita tidak mengikut jadual yang sepatutnya.
Jadual Waktu Sistem Badan Manusia
Waktu Pagi
3:00 pagi – 5:00 pagi
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 pagi – 7:00 pagi
Usus Besar – Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika membuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 pagi – 9:00 pagi
Perut – Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 pagi – 11:00 pagi
Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari 11:00 tengahari – 1:00 petang
Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkatkan kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang 1:00 petang – 3:00 petang
Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk dan tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 petang – 5:00 petang
Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 petang – 7:00 malam
Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam 7:00 malam – 9:00 malam
Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 malam – 11:00 malam
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 malam – 1:00 pagi
Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam 1:00 pagi – 3:00 pagi
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Inilah ringkasan jadual waktu badan manusia. Seeloknya cubalah ikut peraturan yang sepatutnya bagi tujuan untuk menjaga kesihatan tubuh. Jangan paksa badan kita untuk melakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa. Tubuh juga perlukan rehat.
Siti Khadijah, jenama yang sinonim dengan kualiti dan keselesaan produk pakaiannya mengumumkan keraian ulang tahun ke-15 dengan majlis perasmian Laman Khadijah - The Home...