Kecantikan

Pilih ‘Material’ Tudung Yang Betul Kalau Nak Rambut Sentiasa Sihat & Segar. Hijabi Perlu ‘Take Note’!

Share

Jika dibandingkan dengan wanita yang tidak bertudung, hijabi lebih memerlukan rawatan rambut kerana ia sering dilitupi oleh tudung. Kelemumur dan rambut gugur antara masalah utama yang sering dialami oleh hijabi.

Masalah ini timbul dek kerana kesalahan kita sendiri yang tidak begitu mengambil berat tentang penjagaan rambut. Jika dibiarkan, ia akan membahayakan rambut kita. Jadi, kenal pasti apakah kesalahan yang sering dilakukan oleh hijabi supaya kita tidak mengulanginya lagi.

1.    Ikat Rambut Ala Ponytail

Rambut yang diikat ke belakang atau high ponytail akan menyebabkan rambut menjadi stress kerana akar rambut akan tertarik dan menegang akibat ikatan yang terlalu ketat. Sebaiknya, ikat rambut pada bahagian tengkuk atau ikat dengan rendah. Barulah rambut menjadi lebih relaks.

2.    Sikat Rambut Dengan Sikat Bergigi Rapat

Sikat rambut bergigi rapat juga akan membuatkan rambut kita tertarik secara paksa dan ia tidak baik untuk rambut. Sebaliknya, pakai sikat yang bergigi jarang untuk merapikan rambut. Rambut juga tidak akan gugur.

3.    Gosok Rambut Dengan Kasar

Mengeringkan rambut kadangkala menjadi satu masalah bagi hijabi kerana kita perlu mengeringkan rambut sebelum memakai tudung. Jadi, anda akan jadi sedikit kelam-kabut.

Namun, jangan menggosok rambut terlalu kasar dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut menjadi semakin tidak sihat. Seeloknya, gosok dengan perlahan dan biarkan ia kering sendiri. Kurangkan penggunaan pengering rambut kerana ia juga tidak begitu baik untuk kulit kepala.

4.    Tak Beri Nutrisi Pada Rambut

Setiap hijabi memiliki keadaan rambut yang berbeza-beza. Berikan nutrisi tambahan seperti serum rambut sekiranya rambut anda memerlukannya.

5.    Salah Pilih Bahan Hijab

Pemilihan bahan hijab juga perlu diambil kira. Ada bermacam-macam-macam bahan hijab yang perlu kita tahu dan pilih dengan tepat. Pilih mengikut situasi. Contohnya, jika kita mahu bersukan, pilih hijab dengan kain yang tidak panas.

 

Published by
Naqiyatul Uzma