Untuk menghasilkan kulit yang cantik berseri, krim malam antara salah satu produk yang sewajibnya kamu miliki. Bukan sahaja meningkat paras kolagen muka malah ia juga mampu menjadikan kulit wajah lebih muda dan tegang!
Oleh disebabkan itu, team Hijabista kali ini kongsikan kepada kamu tentang kebaikan krim malam dan juga cara-cara untuk memilih krim malam yang tepat! Jadi, jangan lupakan krim malam kamu ya!
Kepentingan Krim Malam Untuk Kulit Cantik
Krim malam membekalkan kelembapan kepada kulit wajah yang kekeringan akibat terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari sepanjang hari.
Meningkatkan paras kolagen dan mengurangkan kedutan. Kandungan vitamin yang terkandung dalam krim malam membantu meningkatkan keanjalan kulit.
Kandungan yang terdapat pada krim malam membantu memperbaiki peredaran darah dan menaikkan seri kulit anda.
Penggunaan krim malam juga membantu memperbaharui sel dan menyuburkan kulit. Parut jerawat dan bintik hitam pun semakin berkurangan
Penggunaan krim malam yang konsisten juga boleh membuatkan kulit semakin putih berseri.
Pemakaian krim malam mampu membantu penambahbaikan sel-sel kulit yang tercemar pada siang hari.
Antara perkara yang harus kamu tekankan ketika ingin membeli produk krim muka yang sesuai dengan kulit wajah adalah:
1. Menghindari produk yang mengandungi bahan alkohol
Kandungan alkohol dalam produk penjagaan muka dapat menjadikan kulit kering, kasar dan berpotensi menjadi iritasi.
Beberapa jenis alkohol yang tidak baik untuk kulit iaitu SD alcohol (40), Denatured alcohol, Isopropyl alcohol, Ethanol, Methanol dan Benzyl alcohol.
2. Krim malam tidak mengandungi SPF
Ads
SPF merupakan singkatan dari Sun Protection Factor, kandungan pelindung matahari yang mampu melindungi kulit dari sengatan matahari.
Oleh disebabkan itu, krim malam tidak seharusnya mengandungi SPF sepertimana krim siang. Lebih baik jika kamu memilih krim yang mengandungi bahan aktif seperti vitamin E, oil, serrat, ekstrak coffee bean, centella atau Liquorice.
3. Memilih krim malam yang bertekstur ringan
Fungsi krim malam ialah untuk memperbaiki masalah kulit, mengurangi kedutan di wajah dan membuat wajah menjadi lebih lembut.
Ads
Cara memilih krim malam yang tepat ialah yang bertekstur ringan. Krim malam yang bertekstur ringan sangat bagus untuk kulit yang berminyak dan kulit jenis kombinasi.
Penggunaan krim malam dengan tekstur ringan yang mudah menyerap ke kulit dan akan membuatkan kulit tidak akan terasa berminyak pada pagi hari.
4.Memahami jenis kulit untuk krim malam yang sesuai
Untuk kulit berminyak atau kombinasi, sebaiknya pilihlah krim malam yang ringan seperti gel.
Ads
Selain itu, bagi pemilik kulit yang kering, kamu pilihlah krim malam yang bertekstur pekat dan berat. Ini adalah kerana ia membantu untuk memberi kelembapan pada kulit wajah di malam hari.
Bagi jenis kulit yang normal, pilih krim malam dengan tekstur ringan.
5. Pilih krim malam sesuai dengan usia
Setiap usia pastinya menggunakan jenis produk yang berbeza. Hal ini termasuklah dalam pemilihan krim malam.
Misalnya, bagi wanita berusia 20 tahun, krim malam dengan tekstur ringan mampu untuk memberu nutrisi dan menjaga hidrasi kulit.
Sedangkan pemilik kulit usia 30 tahun, lebih sesuai dengan memakai krim malam yang kaya anti oksidan dan retinol.
Untuk usia 40 tahun, paling sesuai memilih krim malam dengan kandungan peptidesm. Fungsinya untuk mengatasi penuaan dan kedut pada wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak semua orang dikurniakan dalam keadaan atau suasana yang baik seperti orang lain. Ada orang yang terpaksa menempuh kehidupan dengan cara yang agak sukar yang tidak dapat kita bayangi.
Menjadi impian pelakon tanah air, Fauzi Nawawi, untuk membantu ramai orang bagi meringankan beban mereka. Kini, dia bergiat aktif dalam menjalankan aktiviti amal yang sudah lebih setahun lalu dilakukannya.
Fauzi Nawawi akui sudah lama menyertai sebuah projek jihad anak seni bagi membantu golongan yang ditimpa musibah. Katanya lagi, ini merupakan satu impian buat dirinya untuk berjasa sebagai anak seni.
Menurutnya sewaktu ditemu bual oleh Harian Metro, sepanjang melakukan aktiviti amal itu, Mohd Fauzi Mohd Nawawi atau lebih dikenali sebagai Fauzi Nawawi, jelas setiap pengalaman itu mengajar dia untuk lebih merendah diri. Bahkan, dia juga memahami erti untuk bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Allah SWT .
“Pengalaman dapat mendekati masyarakat mendidik hati untuk lebih merendah diri. Untuk sentiasa bersyukur terhadap apa yang kita miliki sedangkan lebih ramai orang susah dalam masyarakat,
“Saya mahu suatu hari nanti diingati sebagai seorang insan seni berjasa. Kalau diizinkan dapat rezeki lebih kelak, saya memang merancang untuk adakan projek amal kebajikan sendiri,” katanya.
Pelakon itu juga berkata hasratnya sudah lama tersimpan unyuk menyertai projek amal seperti ini. Niatnya juga pada awalnya untuk membantu warga seni yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19.
“Projek itu memfokuskan kepada pekerja seni, baik artis mahupun yang di belakang tabir. Kami bantu mereka yang terbabit dalam kemalangan, rumah terbakar dan kesulitan lain dihadapi,
“Kebanyakan warga seni tidak memiliki perlindungan insuran selain tiada pendapatan tetap. Jadi kami mahu ringankan beban mereka setakat yang yang kami mampu membantu,” ujarnya.
Bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada warga seni, malah dia juga membantu masyarakat biasa yang memerlukan. Fauzi juga berkata mereka juga memberi bantuan kepada mangsa yang ditimpa bencana seperti banjir.
Sumber: Harian Metro
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Semenjak Covid-19 menyerang negara, kini ramai yang sudah mula mengambil vaksin atas langkah berjaga-jaga dan juga antara salah satu usaha untuk menurunkan kadar peratusan Covid-19.
Majoriti dari masyarakat kita sudahpun berjaya mengambil vaksin dari pelbagai jenis, dan tidak kurang juga, ramai yang masih menunggu giliran untuk disuntik vaksin yang sudah disediakan oleh pihak kerajaan.
Usaha ini juga nampaknya disambut baik bukan sahaja dari netizen, malah juga selebriti tempatan. Salah satunya ialah Nurheliza Helmi atau lebih dikenali sebagai Heliza. Baru-baru ini Heliza, yang sememangnya sudah dikenali umum terutamanya cara pemakaiannya yang sopan dan melambangkan wanita muslimah, berkongsi pengalamannya mengambil vaksin Astra Zeneca (AZ) di laman Instagram dalam bentuk video. Video yang berdurasi pendek itu sangat menarik apabila Heliza mengambil semua babak perjalannya mengambil vaksin dari mula hingga ke akhir.
Warga net juga turut memberi komen positif dan menzahirkan rasa keterujaan mereka melihat selebriti kesayangan ramai ini selesai menerima vaksin untuk mencegah Covid-19. Ada juga yang berkongsi pengalaman disuntik menjadikan ruang komen begitu meriah!
Apa yang menariknya lagi, Heliza juga turut berkongsi cara pemakaian yang sesuai dan sopan untuk mengambil vaksin. Pertanyaan dari peminatnya di ruang komen itu dijawab mesra dan sangat jelas.
Mesra, ringkas dan jelas kan jawapan Heliza kepada pertanyaan peminatnya? Sungguh peribadinya melambangkan wanita muslimah yang patut kita contohi! Jadi, pada pembaca Hijabista yang masih menunggu giliran untuk mengambil vaksin, jangan lupa gayakan gaya muslimah yang disarankan oleh Heliza okay?
Baru saja masuk hari kelapan berpuasa, hati sudah tidak sabar menanti detik hadirnya Syawal. Persiapan sudah diatur sebelum itu untuk memastikan penampilan dari ‘top to toe’ kelihatan sangat perfect.
Bukan sahaja memilih busana bersesuaian, hijab apa untuk disarung, malah aksesori seperti beg dan kasut turut menjadi pelengkap gaya raikan lebaran.
Meraikan Syawal selama sebulan, pastinya nanti pelbagai jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka. Jadi bagi memastikan gaya anda sentiasa ‘on point’, pilihan aksesori seperti kasut dan beg amat dititikberatkan.
Maklumlah sahaja, dengan busana yang sangat anggun, pastilah mahu melangkah dengan penuh yakin dan bergaya ke rumah sanak saudara serta sahabat handai.
Apatah lagi, bidikan lensa kamera yang pastinya tidak lepaskan peluang rakam momen terindah sewaktu berselfie.
Aldo, jenama kasut dan beg yang sangat diyakini dan menjadi pilihan hijabi masa kini. Rekaannya yang cantik dan selesa memberikan kegembiraaan sepanjang anda menyambut Syawal nanti.
Sempena Ramadan 2019, Aldo menyaksikan koleksi istimewa menampilkan kelainan dari rekaan sebelumnya. Didatangkan dengan rekaan yang selesa yang diperindah dengan batuan cukup memukau menjadikan penampilan anda bak seorang puteri raja dari kayangan.
Koleksi Ramadan 2019 ini amat sesuai sekali digayakan terutama untuk majlis makan malam yang sangat santai dan meriah.
Koleksi Aldo yang sangat mengasyikkan ini tampak mewah dengan perincian manik dijahit kemas serta pilihan rona garang yang begitu mencuri tumpuan dan menjadikan dirimu sungguh berharga kala menggayakannya.
Bagi menyerikan lagi Syawal nan mulia ini usah lepaskan peluang untuk memiliki koleksi beg dan kasut antaranya koleksi Unorenial, Faveth dan Cadycia yang hadir dalam pesona rona merah jambu dan hitam.
Juga miliki sandal Thoresian, Zaollan, Helmerdinger serta Faveth yang diilhamkan dalam koleksi rona hitam cukup eksklusif.
Tidak lengkap lebaran kali ini tanpa menyarung sandal koleksi Candice, Drerradia, Proadda dan Nanoic dalam warna pastel cukup memikat.
Malah sempena Ramadan ini, miliki koleksi beg Aldo dengan pembelian pada harga cukup istimewa iaitu RM399 sahaja untuk dua beg. Sangat berbaloi untuk anda milikinya sebagai koleksi kesayangan.
Termasuk juga dapatkan instant rebate RM120 dengan setiap pembelian bernilai RM600 untuk kasut pada harga normal. Wah, menarik bukan!
Pastinya Syawal ini dapat dirai penuh keriangan dengan gaya baru cukup memukau tika bertandang ke rumah sanak saudara atau sahabat handai.
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Media Contact, Ailin Chan atau emel terus di ailin@montreal.com.my.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Dipilih Penyanyi Wanita Malaysia Terbabit Dalam Konsert Udit Narayan In KL Kilafairy Mahu Arwah Ibu Jadi Saksi Pencapaian Epik Bersama Legenda Bollywood“Saya mahu arwah...