Semalam, kita dikejutkan dengan berita penghijrahan Neelofa yang mengambil keputusan untuk mengenakan niqab pada penampilannya.
Berita itu disambut balk oleh semua pihak yang rata-ratanya terkejut namun gembira dengan tindakannya itu dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
Warganet juga terharu dengan perubahannya ini dan mengakui Neelofa layak digelar ‘influencer‘ sebenar kerana memberi pengaruh yang baik pada masyarakat.
Mereka yang mempunyai masa lampau yang buruk kadang kala menghasilkan masa depan yang terbaik.
MasyaAllah, memang ikon sebenar!
Beliau memilih untuk berhijrah ketika sedang berada di puncak karier. Ini bukti yang kita tidak perlu menunggu waktu yang ‘tepat’ untuk berubah kerana setiap saat adalah waktu untuk kita membaiki diri.
Perubahan tidak berlaku dalam satu malam. Ia memerlukan masa dan proses yang sewajarnya.
Keberanian itu adalah apabila anda melakukan sesuatu yang anda rasa betul biarpun apa jua risikonya. Beliau mungkin akan kehilangan beberapa tawaran menjadi model namun beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pintar. Tabik padanya!
kredit: twitter
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teguran Buat Wanita Yang Masih Perlukan Telekung Waktu Solat, Itu Maknanya Aurat Belum Tertutup Sempurna!
Telekung merupakan keperluan bagi wanita untuk menunaikan solat. Untuk solat, wanita perlu menutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, telekung ibarat pelengkap aurat wanita.
Hakikatnya, wanita juga boleh solat tanpa perlu memakai telekung, asalkan pakaian yang dipakai menutup aurat.
Yang menjadi persoalannya adalah mengapa ramai wanita masih lagi menunggu telekung jika mahu solat? Mengapa tidak terus solat sahaja? Bukankah aurat sudah ditutup, jadi mengapa tunggu lagi?
Ini persoalan yang ditimbulkan oleh seorang wanita bernama Sara. Keadaan ini sudah lama diperhatikan oleh Sara di surau-surau serta masjid-masjid. Sekiranya tiada telekung, maka terpaksalah tunggu hingga orang lain habis gunakan.
Menariknya, Sara juga turut menegur aurat wanita yang masih tidak tertutup sempurna walaupun bertudung. Semoga perkongsian Sara ini bermanfaat untuk hijabi di luar sana.
Solat Tanpa Telekung
Assalamualaikum, saya Sara. Dah lama sebenarnya nak nasihat secara umum pasal ini. Telekung dan aurat. Sepanjang pemerhatian aku dekat masjid-masjid, surau-surau yang ada kebanyakannya telekung tu jadi syarat nak solat.
Takda telekung tak dapat solatlah, kena tunggu orang lain habis solat baru dapat guna bergilir-gilir. Sampai lunyai telekung tu dengan kesan mekap dan macam-macam peta.
Islam dah mudahkan. Asalkan kita pakai tudung dah tutup paras bawah dada dan tak nampak bentuk, baju bawah punggung dan tidak ketat, kaki bertutup (stokin), pakai kain(skirt), seluar pun boleh asalkan longgar dan tidak jarang. Cukup untuk bawa solat.
Jika tak cukup syarat diatas ketahuilah anda tak sempurna tutup aurat. Kalau aku ada tertinggal syarat tutup aurat bagitahu. (Silakan kecam aku tak kisah)
Dah baik, cukup syarat semua tu tak perlu lagi nak bawak telekung dalam beg sentiasa, tak perlu lagi nak tunggu orang lain nak guna telekung, tak perlu pakai telekung yang tak berbasuh dan penuh dengan kesan mekap. As simple as that. Solatlah dengan selesa.
Tapi aku tahu ramai suka mekap dulu baru boleh siap pakai tudung. No problem. Korang ambik wuduk then pakai mekap dan pakai la tudung dan pakaian yang boleh bawa solat. Boleh je. Tapi bab mekap yang tak halal dan tak boleh bawa solat tu aku tak nak sentuh bab tu sebab dah lari topik. Kalau ada nak ulas pasal tu silakan.
Aku tegur sini sebab aku tak mampu nak nasihat seorang demi seorang. Aku tak nafikan telekung tu memang perlu kalau pakaian kita ada najis atau kotor dan kita tak yakin pakaian kita bersih nak guna untuk solat, bolehla pakai telekung.
Kang orang kata aku matikan adat melayu pulak sebab itu amalan pakai telekung adat orang melayu dari dulu sampai sekarang. Tapi negara lain takda pun istilah pakai telekung bila nak solat.
P/S: Aku kat sini bukan nak tunjuk pandai, alim bagai semua tu. Ini hakikat dan kenyataan yang nyata. Kalau nak terima silakan. Berlapang dadalah. Kalau taknak aku tak rugi dan aku dah sampaikan apa yang perlu sebab agama itu nasihat.
Sumber: IIUM Confessions
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Kumpul Duit Nak Pergi Buat Umrah, Boleh Ikut Cara Yang Ustaz Ini Kongsikan
Hajat dihati ingin menunaikan umrah namun apakan daya bajetnya tiada. Bila tengok kawan-kawan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, hati dipagut sedih kerana teringin juga hendak ke sana tetapi kekangan dari segi kewangan menjadi halangan.
Berikut perkongsian daripada Ustaz Abdul Razzaq Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
TIP RINGKAS KUMPUL DUIT NAK MENUNAIKAN UMRAH
Biasanya kita berharap dan berdoa agar dilimpahkan rezeki ke tanah suci. Namun, adakah kita mulakan langkah ke arah itu atau kita duduk saja berdoa dan tunggu rezeki jatuh begitu saja.
Pertama sekali, NIAT. Ya, niat. Kalau kita tak ada niat nak pergi, agak-agak sampai ke kita ke sana? Niatkan “Duhai Allah, Saya nak pergi umrah tahun 2023. Insya Allah.”
Kedua, DOA. Minta pada Allah. Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa. Minta agar kita dapat mengerjakan umrah 2023. Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, minta apa yang anda nak minta. InsyaAllah yakinlah ALLAH akan makbulkan.
Ketiga, SIMPAN.
Kita ini bukan orang yang ada duit 6, 7 angka dalam bank. Jadi, kena ada effort mula menyimpan. Nak simpan kena istiqomah. Sediakan tabung, masukkan setiap hari.
Caranya, simpan ikut tarikh. 1hb RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…+29+30 = RM465.
Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan ataupun daftar terus umrah. Masukkan duit setiap bulan, tup-tup dah nak cukup. Sebulan sudah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Ketika hendak pergi In Shaa Allah ada saja rezeki lebih lain Allah nak bagi. Ada saja rezeki yang tak disangka-sangka.
Apabila sudah hendak cukup duit untuk buat umrah, In Shaa Allah tambah lagi sikit sahaja, campur bonus, duit daripada suami/isteri/anak cukuplah duit untuk belanja semasa umrah nanti.
Agak-agak boleh buat tak macam ini? Susah tak? Kalau hendak tahu, cubalah buat. Istiqomah. Setiap hari solat 5 waktu doakan agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah. InsyaAllah, anda akan memperoleh jalan untuk ke menunaikan umrah.
Ini sekadar perkongsian, anda mungkin ada cara lagi baik. Dan mungkin ada bajet yang lebih lagi. Sehari RM30/sehari RM50 dan lain-lain. Yang penting mulakan tindakan, doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.
Sumber kredit: Ustaz Abdul Razzaq Top image: Photo by mustafa-fathy- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Berhijab Ini Cipta ‘Sejarah’ Wanita Palestin Pertama Menang Pilihanraya AS
Seorang wanita, Ruwa Romman 29, menggemparkan dunia apabila berjaya mencipta sejarah sebagai wanita berketurunan Palestin-Amerika pertama yang berjaya memenangi jawatan pada pilihanraya Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan akhbar Arab News, Ruwa yang mewakili parti Demokratik itu telah dipertanggungjawabkan untuk memikul jawatan awam di negeri Georgia.
Setelah menerima undian majoriti pada Pilihanraya separa penggal pada minggu ini mewakili District 97 di Dewan Perwakilan Negeri Georgia.
Ruwa menang dengan bergaya apabila berjaya meraih undi hampir separuh, iaitu sebanyak 58 peratus.
Berjaya Kalahkan Parti Republikan! Dapat 58 Peratus Sokongan Penduduk
Pada piliharaya berkenaan, Ruwa telah berjaya menumpaskan pesaing sengit dari Parti Republikan yang menuduh dirinya menggunakan taktik kotor iaitu perkauman anti-Islam bertujuan menakut-nakutkan pengundi. Ini sekaligus telah mencemarkan imej Ruwa.
Bagaimanapun, ramai penduduk yang tidak terpedaya dengan dakyah yang dimainkan oleh parti Republikan itu.
Malah, majoriti penduduk daerah itu memberi sokongan penuh kepada Ruwa, semasa beliau berkempen. Selain itu, mereka juga melindungi Ruwa ketika diancam oleh pihak lawan.
Artikel berkaitan: Miliki Porshe Biru, Masya Masyitah Inspirasi Hijabi ‘Muda dan Kaya’
“Saya berjaya membina hubungan yang dipercayai dengan masyarakat di daerah itu, terutamanya dalam kumpulan konservatif yang keluar untuk menyokong dan mempertahankan saya daripada ‘serangan’ parti lawan,” kata Ruwa.
Untuk rekod, pentadbir Georgio yang baharu, Ruwa Romman dilahirkan di Amman, Jordan, kedua ibu bapanya berketurunan Palestin sebelum mereka berpindah ke Atlanta 22 tahun lalu pada usia Ruwa 7 tahun.
Sekadar info, District 97 merupakan sempadan negara yang dilakar semula pada tahun 2021, terletak di daerah Gwinnett, utara Atlanta. Antara bandar yang berada dalam daerah ini adalah Berkeley Lake, Duluth, Norcross dan Peachtree Corners.
Sumber: Arab News & Instagram Ruwa Romman
Artikel berkaitan: Menginspirasikan! Pelajar Perubatan Cemerlang Ini Berjaya Khatam Hafazan 30 Juzuk Al-Quran
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI