Apabila bercakap tentang alat solekan, concealer antara yang mesti ada. Selain menutup cela, concealor turut membantu menutupi lingkaran hitam bawah mata. Concealer yang ringan dan lembuit membantu solekan agar tidak mudah merekah.
Namun adakalanya solekan nampak kurang cantik apabila adanya rekahan atau garis-garis halus di bahagian bawah mata.
Berikut beberapa cara mudah bagaimana untuk mengelakkan daripada ianya berlaku.
Melembabkan Bahagian Bawah Mata
Setiap hari pastikan kawasan bawah mata terhidrat dengan baik dengan menggunakan krim mata. Ia dapat membantu menegangkan kulit dan mengurangkan kemunculan garis-garis halus.
Sapu Primer
Sapukan primer yang direka khusus untuk kawasan bawah mata sebelum mengenakan solekan. Primer mencipta permukaan licin, menjadikan solekan tahan lebih lama serta mengurangkan rekahan.
Pilih Concealer Yang Tepat
Pilih concealer yang ringan dan lembut, diformulasikan untuk kawasan bawah mata. Concealer ringan lebih fleksibel dan kurang berkedut. Elakkan formula tebal dan matte yang boleh menghasilkan garis halus.
Lapisi Dengan Bedak
Lengkapi solekan dengan bedak. Adalah sangat penting untuk membuang lebihan concealer dan garis-garis halus sebelum menyapu bedak.
BACA JUGA: Solekan Mata Ala Klasik Buat Wajah Nampak Wow! Ikut 3 Langkah Mudah Ini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tanpa Rasa Paranoid! Kempen Kid’s Safe Travel, Galak Ibu Bapa Bawa Anak-anak Bercuti Dengan Selamat
Pandemik COVID-19 yang melanda negara dua tahun lalu memberi kesan kepada kemasukkan jumlah pelancong ke negara ini. Pada tahun 2019, jumlah kemasukkan pelancong ke negara ini mencatat sebanyak 26 juta. Bagaimanapun hanya sejumlah 4.3 juta dicatatkan sejak 2020.
Jumlah berkenaan berjaya dikumpul hasil pelancongan dalam negeri bermula dengan ‘travel bubble di Pulau Langkawi’ disebabkan penutupan pintu sempadan. Tidak hanya sektor pelancongan yang terjejas, tumbesar anak-anak turut mengalami gangguan akibat daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kerana terpaksa berkurung terlalu lama disebabkan larangan melakukan aktiviti di luar.
Pencegahan terbaik anak-anak terkawal
Bercuti tanpa rasa paranoid, kempen Kid’s Safe Travel yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal. Sempena dengan pembukaan sempadan negara dan pengumuman fasa endemik oleh kerajaan bermula 1 April yang lalu, Pengasas Ola & Oli Sdn Bhd dan Jom Kembara Utan, Dr Nur Shasa Ain Tan Sri Abdul Aziz, 38, memperkenalkan ini yang bertujuan untuk memupuk budaya pencegahan agar pergerakkan kita lebih selamat dan terkawal.
Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri yang berlangsung di Banquet Hall Kelab Golf Contry Club (KLGCC) pada Ahad. Menurut Nancy, beliau gembira melihat anak Malaysia terutama sekali golongan muda menunjukkan kesungguhan dan inisiatif sendiri untuk memulihkan sektor pelancongan dan kebudayaan negara.
Inisiatif pulihkan industri pelancongan
Inisiatif kerajaan di bawah agenda Keluarga Malaysia kini berjaya menarik perhatian usahawan seperti Dr Shasa dan pasukannya di dalam membantu ekonomi negara pulih secara holistik.
“Saya percaya kesungguhan itu adalah atas dasar cintakan negara dan minat yang mendalam dalam mempromosikan keindahan negara yang mewah dengan pelbagai adat dan budaya.
“Apabila menyentuh mengenai topik kesihatan pula, selalunya kita kaitkan dengan perubatan. Seperti yang dinyatakan Dr Shasa, Kempen “Kids’ Safe Travel” adalah kempen yang lebih kepada memupuk budaya pencegahan agar pergerakan kita lebih selamat dan terkawal.
“Melalui kempen itu juga kita mengharapkan agar dapat menguatkan institusi kekeluargaan melalui pelancongan di dalam negeri bersama anak-anak dengan berobjektifkan melancong sambil mempelajari budaya, sains, seni dan alam semula jadi yang sangat istimewa di negara kita di atas platform menarik melalui animasi dan aplikasi Jom Kembara Utan,” ujar Nancy.
Makanan tambahan melindungi anak ketika melancong
Dr Shasa yang juga bergelar seorang pakar Audiology pula berkata, objektif penganjuran Kempen Kids’ Safe Travel adalah bagi menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar dan mengelakkan daripada terus berkurung di rumah.
Menurut Dr Shasa sebagai seorang yang turut bergelar ibu, dia memahami perasaan sesetengah ibu bapa yang masih lagi paranoid untuk membawa anak mereka keluar kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19 apabila bergaul dengan orang ramai. Justeru, bagi memastikan ibu bapa dapat membawa anak mereka keluar dengan selamat beliau memperkenalkan makanan tambahan yang diperbuat daripada malt coklat keluaran syarikatnya Ola & Oli.
Dr Shasa juga berkata, formulasi produk SupeOla Immu B+ itu dibuat bersesuaian dengan selera kanak-kanak yang tidak menggemari produk makananan yang berperisa buah-buahan.
“Objektif kami memperkenalkan Kids’ Safe Travel adalah untuk menggalakkan ibu bapa membawa anak mereka keluar rumah serta menjalani kehidupan normal seperti sebelum zaman pandemik bagi menguatkan lagi institusi Keluarga Malaysia dan kembali memeriahkan sektor pelancongan negara.
“Bukan untuk mengembara semata-mata, makanan tambahan itu juga sesuai untuk diambil ketika keluar bersiar-siar dihujung minggu, atau pulang ke kampung untuk berhari raya dan ianya juga boleh diambil bagi kanak-kanak yang sudah pun ke sekolah,” katanya.
Menurut Dr Shasa lagi, mereka mensasarkan golongan kanak-kanak kerana golongan itu adalah pelapis masa depan negara. Justeru perhatian yang lebih harus diberikan kepada golongan itu kerana mereka bakal bergelar pemimipin satu hari nanti.
Galak makan makanan seimbang
Berkenaan pemilihan produk makanan tambahan, Dr Shasa berkata, walaupun mempunyai banyak pilihan makanan yang seimbang, namun bukanlah mudah untuk memaksa golongan kanak-kanak memakan makanan yang seimbang. Lebih-lebih lagi ketika melancong dan mengembara. Bagi memudahkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak kekal sihat katanya, menyebabkan dia memperkenalkan SupeOla Immu B+ yang dapat membantu menggalakkan peningkatan sistem imun badan.
“Kita adalah apa yang kita makan, akses anak-anak terhadap makanan memang banyak tetapi bukan senang untuk menggalakkan mereka untuk makan makanan yang seimbang terutama sekali ketika melancong.
“Idea untuk menghasilkan produk makanan tambahan ini tercetus ketika PKP di atas hasil kajian saya terhadap COVID-19 dan masalah pendengaran. Jadi salah satu cara untuk mencegah COVID-19 menjadi lebih teruk adalah meningkatkan sistem imunisasi anak melalui makanan tambahan.
“Selain daripada memperkenalkan produk kami, kempen ini juga bertujuan untuk mempromosikan melancong dan mengembara dengan selamat melalui kempen Kids’ Safe Travel. Di mana, kita masih boleh membawa anak-anak keluar tetapi haruslah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan dalam masa yang sama dapat menguatkan lagi sistem imunisasi mereka dengan makanan tambahan,” katanya.
Melancong adalah salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan keluarga. Kenapa perlu ada rasa paranoid untuk keluar, jika ada kawalan pencegahan. Mungkin ini pilihan terbaik untuk anda dan keluarga untuk menikmati suasana luar selepas pendemik.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Manis ‘Versatil’ Penampilan Iman Troye Gayakan Tudung Bawal, Tapi Netizen Perasan ‘Sesuatu’ Pula!
Setiap manusia mempunyai kecantikan pada ciri-ciri muka mereka yang tersendiri. Ada yang terlihat manis apabila tersenyum dan ada juga yang ‘masam’ muka pun comel sahaja bila dilihat.
Tapi kecantikan yang dimiliki pasti akan ada iras sedikit bersama orang yang mungkin di sekeliling mahupun jauh. Baru-baru ini pula, penyanyi Iman Troye dikatakan iras-iras dengan Datuk Seri Vida.
Mungkin Pelanduk Dua Serupa, Sekadar Iras Sahaja..
Masih baru dalam industri muzik tanah air, penyanyi Iman Troye atau nama sebenarnya, Siti Nur Alyssa Sahabuddin dikatakan mempunyai iras-iras wajahnya bersama usahawan terkenal, Daruk Seri Vida.
Gambar yang dimuatnaik oleh penyanyi itu mendapat perhatian ramai oleh warganet apabila ada yang menyamakannya bersama Datuk Seri Vida. Kata mereka lagi ada mempunyai ciri-ciri yang membuatkan kedua selebriti itu sama!
Artikel berkaitan: Beri Makan ‘Gelandangan’ Netizen Doakan Iman Troye Murah Rezeki
“Happy new year sayang! dah lama iman tak pakai bawal, cantik tak? anyways, holiday elok elok tau semua, nanti apa apa update iman kat dms okay!” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Seiras Datuk Seri Vida…congrats,
“Sekali tengok macam Dato muda versi muda,
“Tahniah Iman, bukan senang nak cari muka yang sama macam Datuk Seri Vida ini. Rare.” itulah antara komen yang diberikan oleh warganet.
Gaya Iman Tetap Manis Dan Menawan
Iman Troye juga tetap manis dan kelihatan sangat anggun mengenakan tudung bawal dan baju berwarna lembut di Pantai Klebang, Melaka. Ramai yang turut memujinya kerana kelihatan ‘simple’ namun comel sekali!
“Allahu cantiknya, bila lah aku nak cantik macam iman ni…
“Happy new year pretty Iman, hope you can achieve a lot and gain happiness as well with good memories for you!” pujian yang diberikan kepada Iman Troye.
Artikel berkaitan: ‘Sebagai Wanita Berhijab, Harap Dapat Beri Inspirasi’- Wajah Iman Troye Hiasi Times Square New York
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Restoran Makanan Korea Kegemaran Hijabi, Mesra Muslim. Boleh Nikmati Tanpa Bersalah!
Makanan Korea melonjak popular dalam kalangan hijabi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan kebangkitan Kpop dan Kdrama. Sejujurnya, agak sukar untuk menahan keinginan untuk BBQ Korea yang lazat, ayam goreng gaya Korea dan jjajangmyeon.
Untuk membantu anda memburu makanan Korea kegilaan ramai, ini 14 restoran Korea mesra Muslim di sekitar Lembah Klang untuk anda memuaskan keinginan anda.
Penafian: Walaupun sesetengah restoran ini tidak mendapat sijil halal, semua restoran hanya menggunakan bahan-bahan halal dan bukan daging babi dan tidak dimakan lemak babi, ramai juga yang sedang memohon pensijilan Halal mereka! Huraian di bawah untuk membantu memudahkan keputusan menjamu selera anda tentang status halal setiap restoran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
1. Mr. Dakgalbi
Tiada apa-apa yang mengalahkan keseronokan dan kepuasan makan dari pinggan panas bulat gergasi di tengah-tengah meja semasa perbualan hebat dengan rakan atau keluarga anda. Mr. Dakgalbi ialah restoran dakgalbi yang popular di Lembah Klang di mana anda boleh menikmati ayam tanpa tulang yang ditumis bersama kubis, ubi keledek, sos gochujang dan kek nasi Korea.
Pilih cincin keju untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, so cheesy! Atau hanya makan dengan nasi atau salad segar. Tamatkan hidangan anda dengan membenarkan kakitangan menambah semangkuk nasi untuk dimasak bersama dakgalbi yang tinggal.
- Alamat: MyTown, PV128, Melawati Mall
- Status Halal: Diperakui Halal
2. Kyochon 1991
Kyochon telah mengumpulkan pangkalan pelanggan setia yang kukuh sejak pembukaan kedai pertamanya di Malaysia dan mudah untuk memahami sebabnya. Gigit kepak dan drumette ayam yang lazat mengikut perisa pilihan anda. Paling popular ialah siri bawang putih soya dan lada merah! Jika anda ingin mencuba pelbagai perisa, dapatkan set gabungan atau pensampel, kemungkinan besar anda akan makan sehingga menjilat jari.
- Alamat: Pavilion Mall, MyTown, Gardens Mall
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
3. K Fry
Mungkin sukar untuk mempercayai bahawa K Fry adalah jenama tempatan yang berasal dari Johor! Hidangan khusus ayam goreng asli Korea dengan sentuhan bandar, mereka telah memenangi hati mereka yang meminati ayam goreng sejak pembukaan cawangan pertama.
Digoreng hingga berair, rangup kesempurnaan dan tersedia dalam 7 perisa berbeza, mustard madu, Yangnyeom pedas dan soya bawang putih! Anda mungkin akan terperangkap dalam dilema semasa beratur untuk memesan. Selain ayam goreng, mereka juga mempunyai set makan tengah hari, sup, mee, nasi goreng, bebola nasi dan banyak lagi dalam menu.
- Alamat: 1 Utama, IOI City Mall, Suria KLCC, Sunway Pyramid
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
4. EID Authentic Korean Cuisine
Walaupun cawangannya terletak agak jauh dari pusat bandar KL, senarai ini tidak akan lengkap tanpa EID padanya. Dimiliki oleh pasangan Muslim Korea, cawangan EID di Itaewon ialah restoran Korea yang disahkan Halal pertama di Korea dan mesti dikunjungi apabila anda melancong ke Seoul. Dengan cawangan di Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan Seremban Gateway, ramai pelanggan setia percaya bahawa makanan di sini pastinya berbaloi.
Beberapa menu kegemaran dalam menu mereka termasuk bibimbap, bebola nasi kimchi dan bulgogi pedas! Menu EID juga terdiri daripada pilihan makanan ringan dan pencuci mulut seperti penkek ladu, sosej jagung dan soteok (sosej lidi dan kek beras). Anda disyorkan agar datang bersama rakan atau keluarga supaya anda boleh mencuba segala-galanya!
- Alamat: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.
- Status Halal: Dapur pusat milik orang Islam, disahkan halal.
5. Seoul Garden
Terkenal dengan gril tanpa asap proprietari 2 dalam 1 mereka membolehkan anda menikmati daging panggang dan memasak bahan-bahan dalam asas sup pada masa yang sama juga daging diperap yang lazat, BBQ Korea yang diperakui Halal terkemuka di Malaysia dan sudah pasti nama yang tidak asing lagi di kalangan penggemar BBQ. Dengan pilihan daging yang banyak seperti daging lembu bulgogi, ayam kimchi, dory lada hitam, sotong tom yam dan banyak lagi, menjanjikan pengalaman makan yang menyeronokkan bersama rakan dan keluarga.
Jika anda mengidam BBQ Korea namun teragak-agak untuk keluar untuk memuaskan keinginan, kini anda boleh dapatkan set Seoul Garden! Pengambilan sendiri juga disediakan dari semua cawangan Lembah.
- Alamat: IOI City Mall, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall dll
- Status Halal: Diperakui Halal
6. Nene Chicken
Nene Chicken menghidangkan ayam goreng asli Korea Selatan sejak 1999. Dengan lebih 1,200 cawangan di seluruh Korea Selatan, mereka menubuhkan cawangan Malaysia pertama di Genting Highlands pada 2018 dan kini mempunyai 10 kedai di seluruh negara. Bagi mereka yang mencari hidangan tambahan dan untuk berpeluh melalui hidangan anda, Ayam Goreng Panas Nene Chicken’s Freaking Hot Fried Chicken dan Mala Chicken sangat digemari dan pasti anda akan ketagihan! Bersedia untuk menjilat jari.
- Alamat: Avenue K, Sunway Putra, Paradigm Mall dll
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
7. Sopoong
Anda mungkin pernah melihat Sopoong di beberapa pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang! Restoran Korea yang mesra keluarga menawarkan pelbagai hidangan Korea yang boleh didapati pada harga yang berpatutan seperti nasi goreng kimchi cheesy, bibimbap, ayam goreng Korea, rebusan dan pelbagai hidangan mi.
- Alamat: Berjaya Times Square, IOI City Mall, The Starling Mall dll
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
8. Seoul Nami Korean BBQ
Terletak di Gardens Mall, SeoulNami menawarkan gril di atas meja BBQ Korea yang sangat menyeronokkan untuk makan bersama rakan atau keluarga. Item bintang pada menu mereka ialah Chuncheon Chicken BBQ mereka yang terkenal yang terdiri daripada potongan ayam lembut yang terdapat dalam empat perisa perapan, ayam lada panas berempah untuk mereka yang tidak keberatan untuk membakar selera mereka kepada ayam mentega madu manis untuk mereka yang tidak berani.
- Alamat: F-215 The Gardens Mall, Syed Putra Circle, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur.
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan halal, tiada daging babi, tiada lemak babi.
9. Sweet tree
Jika anda sedang mencari restoran Korea yang selesa untuk melepak, Sweetree pasti sesuai. Terletak di Ampang, restoran yang diperakui Halal ini menawarkan menu masakan Korea yang luas daripada dakgalbi hingga BBQ Korea, samgyetang, ayam goreng gaya Korea dan bingsu yang menyegarkan.
Kepelbagaian dalam rasa pastinya sesuai dengan Sweet tree. Jangan risau jika anda berkunjung dengan rakan yang tidak begitu menikmati makanan Korea, malah mereka mempunyai menu pasta, kentang goreng, stik ayam atau menu Vietnam, semuanya dengan sentuhan inventif!
- Alamat: Lot No. S.4 & S.5, 101, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
- Status Halal: Diperakui Halal
10. BBQ Chicken
BBQ Chicken ialah jenama Korea Selatan No. 1 francais yang membuka cawangan ke-1000 di Korea dalam tempoh hanya 4 tahun sejak membuka kedai pertamanya! Hari ini, ia hadir di 59 negara dengan pelbagai cawangan di Malaysia yang menawarkan ayam goreng yang lazat, berair dan berperisa diperap dengan 30 jenis rempah ratus asli.
Untuk membolehkan pelanggan Islam menikmati ayam mereka dengan penuh ketenangan fikiran, BBQ Chicken hanya menggunakan 100% bahan yang diperakui halal. Nikmati lebih daripada 11 jenis ayam goreng asli Korea sama ada anda suka manis, pedas atau super rangup!
- Alamat: Pusat Perdagangan Bangsar, Menara Faber, Tesco Extra Cheras dll
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
11. B.Station
Perkara yang paling kami gemari tentang B.Station ialah suasana yang nyaman, anda akan berasa selesa apabila anda melangkah masuk! Terletak di “Korea Town” Ampang yang popular, B.Station menonjolkan diri daripada restoran Korea lain di kawasan itu dengan menumpukan pada menyajikan makanan ala rumah yang sihat lagi lazat, dimasak tanpa MSG atau pengawet.
Bahan seperti tauhu dan kimchi yang digunakan dalam makanan mereka malah dibuat dari awal dengan hanya bahan-bahan terbaik. Walaupun restoran itu tidak disahkan Halal, mereka hanya menggunakan bahan-bahan yang disahkan Halal mempunyai chef Muslim.
- Alamat: C14-1 Jalan Ampang Utama 1/1, 68000 Ampang Jaya, Selangor.
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
12. Big Stick
Berasal dari Korea, merupakan restoran baru sahaja membuka cawangan di kaki lima Bukit Bintang di luar Pusat Beli-belah Lot 10 pada tahun 2020. Jika anda mengidamkan snek makanan jalanan Korea yang lazat dan asli semasa berada di kawasan itu, singgahlah di sini yang akan membuatkan selera anda. Menu paling laris mereka ialah cucuk ayam bikor, cucuk ayam tobokki cheesy, dan cucuk ayam berempah yang digandingkan dengan ramyeon yang lazat. Harga yang berpatutan!
- Alamat: Lot No. S.4 & S.5, 101, Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
13. Da On Fine Korean Cuisine
Mengkhususkan diri dalam santapan Korea, Da On menyajikan masakan tradisional Korea daripada rusuk daging lembu yang lazat kepada samgyetang (sup ayam ginseng), dakgalbi, bulgogi (daging perap), bibimbap (nasi campur dengan sayur-sayuran) dan periuk panas makanan laut. Hanya menggunakan daging dan bahan premium dalam semua hidangan dan menjamin pengalaman makan yang menyenangkan walaupun harganya mungkin lebih tinggi sedikit daripada restoran Korea lain di Lembah Klang.
- Alamat: Lot 6.40.00, 168, Bukit Bintang St, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
- Status Halal: Tiada daging babi dan lemak babi
14. Dookki
Jika anda suka tteokbokki, Dookki akan menjadi syurga di bumi untuk anda! Dookki ialah francais popular di Korea Selatan yang membuka cawangan pertamanya di Malaysia di IOI City Mall pada tahun 2019. Bahagian paling unik di restoran ini? Ia baru menyediakan bufet tteokbokki makan sepuasnya selama 90 minit lengkap dengan minuman ringan percuma.
Jamu enam jenis kek nasi kenyal yang diterbangkan dari Korea Selatan, dan gandingkan hidangan anda dengan kek ikan, ayam, makanan laut, tempura, sayur-sayuran, cendawan dan juga ramen. Kek nasi akan dimasak dalam periuk sup yang sedang mendidih (dengan tahap kepedasan kegemaran anda). Boleh memilih cincin keju berganda di sekeliling periuk anda!
- Alamat: L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC, 62502, Putrajaya.
- Status Halal: Hanya menggunakan bahan yang halal, tiada daging babi, tiada lemak babi, tiada alkohol.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI