Pilih Busana Tradisional Songket, Buat Penampilan Anak Jutawan Ini Cukup Menyerlah Di Majlis Resepsi. WOW!

Share

Bukan mudah mencari busana pengantin yang bersesuaian untuk digayakan sempena majlis perkahwinan. Menjadi impian setiap wanita untuk tampil menarik dan bergaya dengan busana yang cukup indah untuk dikenang. Menjadi tugas seorang pereka pula yang bertanggung jawab bagi memastikan impian raja sehari itu menjadi kenyataan. Dan minggu lalu menyaksikan pereka terkenal, Fizi Woo tampil berani mereka busana cukup indah untuk raja sehari pasangan kepada dua anak jutawan terkemuka negara, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan sempena majlis resepsi.

Busana perkahwinan indah ini mendapat sentuhan cukup kemas dari perekanya, Fizi Woo. Biarpun busana ini kelihatan moden tetapi masih terserlah unsur tradisi apabila menggabungan fabrik songket dalam rekaannya.

Mengetengahkan rekaan yang dipanggil ‘Pleated Songket Dress With Tulle Applique’ dengan pilhan rona pastel memang menyerlahkan lagi penampilan raja sehari pada malam itu.

Dilengkapi kemasan layah paras dada tanpa aksesori sarat menyaksikan perkahwinan ini antara majlis yang paling ditunggu-tunggu tahun ini. Malah perekanya juga turut menyebut perkara sama dalam status di instagramnya.

Ternyata sentuhan rekaan Fizi Woo yang sentiasa tampil berani dengan lontaran idea luar biasa ini turut mendapat pujian dari netizen.

Rata-rata memuji busana yang digayakan kedua mempelai malam itu.

@rekaputeh amazing ! cantik sangat

@assioma01 stunning

@vitriainda amaaazingly beautiful

@sharifahnurainun The most beautiful bride for this year..cantik sgt2

@foogismama This baju is soooo exquisite

 Sebelum itu pasangan ini telah selamat diijab kabulkan pada Februari lalu. SM Faliq adalah anak kepada pewaris Naza sementara Chryseis Tan pula anak pewaris jutawan Tan Sri Vincent Tan.

Biarpun majlis resepsi berlangsung selepas beberapa bulan keduanya bergelar suami isteri, namun kehadiran tetamu antarabangsa merai kemeriahan majlis yang boleh dianggap sebagai ‘wedding of the year’

yang diadakan di Malaysia International Trade & Exhibiton Centre (MITEC).

KREDIT FOTO: INSTAGRAM FIZI WOO & CHRYSEIS TAN

Published by
Siti Zurina